“Ada Yang Berani Berkasar Kalau Tak Bagi” – Ariff Peter Ingatkan Wanita Jauhi Lelaki Kerap Minta Duit
Kadangkala, ada sesetengah wanita yang sanggup memenuhi setiap permintaan pasangan sebagai contoh memberikan mereka duit walaupun tahu lelaki itu hanya duduk goyang kaki tanpa sebarang usaha.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Memang tidak dapat dinafikan, bukan semua di kalangan masyarakat yang hidup mewah dan cukup serba-serbi. Oleh disebabkan itu, golongan ini perlu berusaha lebih untuk kehidupan yang lebih selesa.
Pun begitu, ada juga segelintir individu yang mengambil kesempatan terhadap pasangan mereka.
Ia bukan sahaja membebankan tetapi jika sikap itu dibiarkan berlarutan, bimbang individu tersebut akan terus meminjam duit tanpa segan silu dengan memberikan alasan munasabah.
Jauhi Lelaki Yang Suka Minta Wang Dari Wanita
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila content creator, Ariff Peter menegur kaum Hawa di luar sana agar tidak termakan dengan kata-kata lelaki yang mahu mengambil kesempatan terutamanya dalam bab duit.
Jelasnya, segelintir individu sanggup melakukan apa sahaja semasa berkenalan dengan seseorang. Namun menurut Ariff, sikap tersebut adalah salah dan perlu dijauhkan.
“Dia (lelaki) dengan tak ada usahanya senang-senang minta (duit). Semetara tu, kau pula bersusah payah berusaha lebih kononnya nak mewujudkan apa yang dia minta tu,” katanya.
Ada Yang Sampai Sanggup Pukul & Berkasar Jika Permintaan Wang Tidak Dipenuhi
Tambah Ariff, segelintir golongan lelaki yang selalu ‘diberi muka’ sanggup berkasar dan naik tangan apabila tidak dihulurkan wang seperti diminta.
Malah ada juga individu tidak bertanggungjawab memancing orang lain dengan alasan hidup susah, walhal wanita yang meminjamkan duit bukanlah daripada keluarga berada atau hidup dalam keadaan mewah.
“Alasan dia mak ayah orang susah. Hidup dia susah. Kerja la kalau kau tak ada duit. Bukan main berlambak-lambak lagi kerja separuh masa dekat Kuala Lumpur ni. Aku pun belajar juga dulu dengan tak ada mak.
“Tak ada sesiapa yang sara masa aku belajar. Alhamdulillah berjaya juga aku graduasi, tanpa perlu aku mengemis dan menyusahkan orang-orang dekat sekitar aku tu.
“Kalau kau bercinta dengan lelaki yang selalu minta duit pasangan, elok tinggalkan je la. Sebelum kahwin pun tiada tanggungjawab nak cari duit, inikan pula bila dah kahwin nanti,” kata Ariff.
@ariffpeter ♬ Mencintaimu Piano Cover – Ray Peaceano
Tonton video penuh [DI SINI].
Lelaki Yang Baik Akan Malu Untuk Minta Wang Daripada Wanita
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan setiap pandangan dilontarkan Ariff.
“Sama macam adik perempuan aku. Dia kerja tapi tiap-tiap bulan asyik cakap tak cukup. Rupanya bila dapat gaji, kasi teman lelaki dia. Akhirnya, aku mengamuk dan suruh mak aku pegang kad bank dia. Nak duit belanja minta dekat mak. Sampai la sekarang mak aku masih pegang kad tu,” kata seorang lelaki.
Segelintir individu berkata golongan lelaki sebegitu sengaja memanipulasikan wanita untuk kepentingan diri sendiri.
“Yang minta-minta duit ni la selalu acah tersakiti konon perempuan tak boleh susah senang bersama. Padahal dia (lelaki) ada waktu senang je. Masa susah hilang,” ujar seorang pengguna TikTok.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Apa Kesan Pada Sistem Otak Jika Selalu Kena ‘Gaslighting’ Dengan Orang Sekeliling?
Sementara itu, sikap mengemis duit daripada kaum Hawa itu dikatakan boleh menjatuhkan maruah seorang lelaki.
“Orang yang betul-betul susah sebenarnya dia malu nak minta duit. Sebab sepanjang dia susah tu pun bukan asyik jumpa orang baik. Kadang-kadang orang selalu bagi, walaupun kita tak minta pun orang duk perli.
“Maruah memang tergugat. Jadi kita rela usaha daripada minta. Kalau memang dah terdesak, orang cakap bukan-bukan, doa baik-baik je mampu. Jadi perempuan ingat, lelaki yang baik ego dia lagi tinggi.
“Dia malu nak minta duit perempuan. Tolong pandai beza orang sayang dengan yang ambil kesempatan. Tahu sayang, tapi jangan tinggalkan otak di belakang,” kata seorang netizen.










Pilih Calon Suami Terbaik Sebelum Bina Rumah Tangga
Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, adalah penting bagi setiap wanita memilih lelaki yang terbaik bagi menjadi imam dan juga pembimbing.
Jika lelaki itu kerap minta duit tanpa alasan munasabah, apa yang membuatkan anda yakin mereka akan sediakan nafkah asas seperti mana ditetapkan syarak sebagai contoh makanan, alat kebersihan diri, tempat tinggal dan seumpamanya.

Berikut kami kongsikan juga red flag lelaki yang lain anda boleh perhatikan:
- Pasangan tak mahu daftar nikah
- Sering menggunakan ayat agama untuk memberi ugutan
- Kritik minat pasangan
- Malas berusaha untuk keluar dari kesusahan
- Pentingkan diri sendiri
- Panas baran
Baca Artikel Berkaitan: Ini Antara Red Flag Masa Couple Yang Paling ‘Common’. Yang #5 Tu Tolonglah Kawal Sikit!
Baca Artikel Berkaitan: Para Wanita Kongsi Gelagat ‘First Date’ Dengan Lelaki Kedekut. Macam-macam Ya!
Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 Ciri-ciri Suami ‘Red Flag’ Yang Kaum Wanita Perlu Tahu
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.