Tular Doktor Salah Dos PCM Untuk Bayi, Boleh Sebabkan Keracunan Berbahaya
Berdasarkan perkongsian seorang ibu, doktor telah menetapkan dos paracetamol (PCM) 11ml buat bayinya yang berusia setahun, sedangkan dos yang sebenar hanyalah 3ml.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila anak-anak jatuh sakit, mestilah ibu ayah akan terus membawa mereka ke klinik bagi mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
Walaupun sakitnya cuma demam yang tidak begitu panas, kalau dibiarkan sahaja risau pula makin bertambah teruk.
Namun siapa sangka, ada juga kes di mana doktor telah menetapkan dos yang salah buat pesakit, menyebabkan wujudnya risiko keracunan.
Baca Artikel Berkaitan: Ejen Insurans Dedah Wad Kanak-kanak Di Hospital Sekitar Lembah Klang Penuh Akibat Influenza
Baca Artikel Berkaitan: Kes HFMD: Ini Simptom Yang Ibu Ayah Kena Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Nasihat Elak Letak Tuala Basah Waktu Anak Demam. Boleh Terkena Sawan!
Wanita Dedah Doktor Beri Dos PCM Salah Buat Anaknya
Seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu di Threads (@raihannahhusna), dia mendedahkan ketakutan sebaik sahaja tersedar bahawa dos ubat yang diberi kepada bayinya adalah berlebihan.
Menurutnya, bayinya yang baru berusia satu tahun telah diberi ubat paracetamol (PCM) Uphamol 250mg/5ml dengan dos 11ml oleh doktor.
Namun apabila dia menyemak semula, bayinya yang mempunyai berat 10 kg sepatutnya hanya memerlukan dos 3ml (15mg/kg).
“11 mililiter. Saya percaya nasihat doktor sehinggalah saya semak sendiri,” katanya.
Sebaliknya, dos yang ditetapkan oleh doktor adalah bersamaan dengan 55mg/kg yang amat hampir dengan paras toksik bagi hati kanak-kanak.
“Ini bukan kesalahan kecil. Ini adalah potensi mengambil dos berlebihan bagi seorang bayi. Saya marah sebab perkara ini boleh menjadi amat berbahaya,” ujarnya lagi.
Ibu Ayah Perlu Semak Semula Dos Yang Ditetapkan
Wanita itu berkata pasti ramai ibu ayah tidak terfikir untuk mempersoalkan dos yang ditetapkan doktor.
“Jangan rasa serba salah bertanya dan mengesahkan. Percaya, tapi sahkan balik kerana satu kesalahan boleh mengubah segalanya,” katanya.
Dia juga meminta doktor atau pakar pediatrik agar tidak meremehkan pemberian dos yang sebenar buat kanak-kanak.
Dalam masa sama, dia menegaskan bahawa dia tidak pasti sama ada kesalahan itu dilakukan oleh doktor, farmasi atau jururawat.
View on Threads
Cara Kira Dos PCM Buat Kanak-Kanak
Walaupun kesalahan doktor menetapkan dos mungkin jarang terjadi, ibu ayah masih boleh mengambil inisiatif sendiri untuk membuat semakan semula.
Dos PCM boleh dikira sendiri dengan mudah, namun formulanya bergantung kepada jenis PCM yang diberi.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita, bagi PCM 250mg/ml, kiraannya adalah seperti berikut.
Dos PCM = Berat anak (kg) x 15mg/kg x (5ml/250mg) = Berat anak (kg) x 0.3
Bagi PCM 120mg/5ml pula:
Dos PCM = Berat anak (kg) x 15mg/kg x (5ml/120mg) = Berat anak (kg) x 0.625
Nak lagi senang, ibu ayah juga boleh menggunakan formula pengiraan PCM yang banyak tersedia secara dalam talian.
View on Threads
Simptom Keracunan PCM Boleh Berlaku Dalam Tempoh 24 Jam
Berdasarkan laman web Cleveland Clinic, seseorang yang mengambil dos PCM berlebihan boleh mengalami keracunan PCM.
Ini merupakan situasi berbahaya lebih-lebih lagi dalam kalangan anak kecil memandangkan hati tidak dapat memproses dos ubat yang berlebihan.
Pun begitu, simptom overdose tidak berlaku serta merta dan tempohnya berbeza bergantung kepada bentuk PCM yang diambil. Antara simptom termasuk:
- Mual dan muntah berterusan.
- Sakit di sebelah kanan perut di bawah tulang rusuk.
- Hilang selera makan.
- Kepenatan melampau.
- Air kencing gelap atau berdarah, atau kurang kencing.
- Bingung, mengantuk dan pitam.
- Kulit dan mata kelihatan kekuningan (jaundice),
- Masalah bernafas.
- Penglihatan kabur.
Jika ibu ayah mendapati sebarang simptom di atas dan merasakan si kecil mungkin mengalami keracunan PCM, segera bawa mereka ke jabatan kecemasan hospital.
Kaedah Rawatan Keracunan PCM Bergantung Kepada Masa Insiden Berlaku
Keracunan PCM yang tidak dirawat dengan serta-merta boleh menyebabkan kerosakan dan kegagalan hati, kegagalan buah pinggang, pankreas bengkak (pancreatitis), malah kematian.
Rawatan yang diberi bagi keracunan PCM pula bergantung kepada bila kanak-kanak telah mengambil dos berlebihan itu.
Jika keracunan berlaku dalam tempoh kurang 30 minit sebelum rawatan diberi, doktor mungkin akan mengeluarkan ubat menerusi kaedah mengepam perut (gastric lavage).
Dalam tempoh empat jam, kanak-kanak mungkin diberi arang yang diaktifkan (activated charcoal) yang akan mengelakkan bahan toksik itu daripada diserap oleh tubuh badan.
Melebihi tempoh lapan jam, ubat-ubatan N-acetylcysteine (NAC) akan diberi bagi mengelakkan kerosakan hati dengan dosnya bergantung kepada tahap keracunan PCM.
Dalam kes kerosakan pada hati sudah terlalu teruk, kanak-kanak mungkin perlu melalui proses pemindahan hati.
Baca Artikel Berkaitan: Aiskrim Sebagai ‘Ubat’? Ini Penjelasan Pakar Pediatrik
Baca Artikel Berkaitan: Pakar Perjelas Senarai Ubat Yang Ibu Ayah Perlu Elak Jika Anak-anak Positif Influenza
Baca Artikel Berkaitan: Demam Anak Tak Kebah Lepas Dah Makan Ubat? Doktor Jelaskan Boleh Jadi Simptom Penyakit Kawasaki
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.