Lelaki Berjaya Jual Koleksi Kad Pokémon Pada Harga RM1,870,000, Siap Ada Kad Edisi Holo Terhad!
Menurut pengumpul kad Pokémon Damiral Imran, nilai pasaran koleksi itu sebenarnya melebihi RM2 juta.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
“Gotta catch ’em all!”
Itulah slogan ikonik siri animasi Pokémon yang menjadi kegemaran ramai lebih-lebih lagi dalam kalangan generasi 90-an.
Malah ada juga yang membelanjakan wang demi mengumpul kad Pokémon, satu koleksi penting bagi peminat kipas-susah-mati.
Namun siapa sangka kerana hobi menyimpan koleksi kad Pokémon ini, seorang lelaki telah akhirnya bergelar jutawan!
Baca Artikel Berkaitan: Uniqlo Umum Kolaborasi Dengan Kad Pokémon & Aplikasi Pokémon Trading Card Game Pocket
Koleksi Kad Pokémon Dijual Pada Harga RM1,870,000
Seperti yang diumumkan oleh seorang pemungut kad Pokémon Damiral Imran, koleksinya telah berjaya dijual dengan harga RM1,870,000 kepada seorang warganegara.
“Dari sebuah bilik kecil di Shah Alam, kepada mencipta sejarah dalam dunia Pokémon. Ini bukan sekadar jualan, ini kisah minat, usaha dan legasi.
“Dari minat ke legasi, ini menandakan satu daripada detik terbesar dalam perjalanan saya. Setiap kad, setiap kotak, setiap malam tanpa tidur, semuanya berbaloi,” katanya.
Malah dia turut menggambarkan bahawa penjualan koleksi kad Pokémon itu bukanlah pengakhiran, tetapi permulaan bagi sesuatu yang lebih besar.
Gambar yang dikongsi olehnya memaparkan ribuan (mungkin juga puluh ribuan!) kad Pokémon yang menjadi bukti dedikasi bertahun-tahun lamanya.
Terdapat juga koleksi kotak-kotak ‘bundle’, booster, kad bergred dan kad edisi holo amat terhad yang sangat bernilai dalam koleksinya. Ini membuktikan bahawa dia bukan seorang kolektor yang calang-calang!
Sesetengah kad yang dimiliki olehnya mempunyai nilai puluhan ringgit setiap satu termasuk kad Charizards, Pokémon legenda dan kad promo edisi-terhad.
Orang Ramai Kagum Lihat Koleksi Kad Pokémon, Namun Ada Yang Gelarnya ‘King Scalper’
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai dari seluruh dunia mengucapkan tahniah kepada Damiral dan turut kagum melihat koleksi berharganya.
Seorang warganet turut berkata bahawa kejayaannya itu pasti membuatkan individu yang gemar memperlekehkan koleksi kad sedemikian terdiam.
Ada juga yang memberi cadangan kewangan kepadanya.
“Bro, you boleh pencen goyang kaki dah. RM1.8 juta letak dalam ASB. Setiap tahun dividen 5%,” katanya.
Namun dalam masa sama, terdapat juga segelintir individu yang menyifatkan Damiral sebagai seorang scalper.
“Kami sekarang beri gelaran King Scalper kepada anda,” kata salah seorang daripada mereka.










Nilai Pasaran Koleksi Kad Pokémon Lebih RM2 Juta
Sekitar 10 hari lepas, Damiral telah mula menawarkan koleksi kad Pokémon itu dan mencari pelabur atau pemungut yang berminat.
Walaupun nilai pasaran koleksinya berjumlah RM2,025,000, namun dia hanya mahu melepaskannya pada harga RM1,870,000.
Damiral juga memberi peluang kepada pembeli untuk menukar koleksinya dengan sebuah kereta Porsche 911 Carrera 4S dan bayaran tunai RM1,000,000.
Malah dia turut menawarkan komisyen sebanyak RM50,000 kepada sesiapa yang berjaya mendapatkan pembeli untuknya.
Pembeli juga bakal menerima satu kad bonus yang dikatakan bernilai lebih RM50,000 secara percuma.
Memang bernilai betul koleksi dia ye! 🤯

Kad Pokémon Jadi Buruan Para Peminat, Siap Ada Acara Lelongan
Menjadi fenomena global terutamanya dalam kalangan anak-anak 90-an, kad Pokémon telah pertama kali dikeluarkan di Jepun pada tahun 1996.
Kalau anda nak tahu, setiap pek kad Pokémon yang dijual mempunyai design kad yang rawak.
Maksudnya kalau nak kumpul kad yang berlainan, memang kena ‘try and error’ banyak kali. Sebab tu anda boleh lihat Damiral mempunyai banyak kad serupa.
Nak dapatkan koleksi lengkap juga agak mustahil kerana terdapat sekurang-kurangnya 25,000 kad bagi versi Jepun sahaja.
Malah ada juga pek mengandungi kad yang amat jarang ditemui (rare) termasuklah yang dikenali sebagai ‘shiny’ Pokémon dengan nilai lebih tinggi (boleh mencecah ratusan ribu) dan dapat dijual pada harga yang mahal.
Siap ada acara lelongan kad Pokémon lagi!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.