Now Reading
“Kucing Aku Cakap Ini AI” – Wanita Bawa Si Bulus Hiking Bikin Ramai Kagum

“Kucing Aku Cakap Ini AI” – Wanita Bawa Si Bulus Hiking Bikin Ramai Kagum

Wanita itu turut membawa bersama bagpack kucing dan treats bagi memastikan keselesaan si bulus sepanjang pendakian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dapat disangkal lagi, pencinta kucing mesti akan berikan yang terbaik buat si bulus kesayangan. Dari makanan yang berkhasiat ke tilam empuk dan persekitaran selesa.

Ada juga pemilik kucing yang kerap membawa mereka keluar berjalan, lebih-lebih lagi jika tinggal di kawasan rumah bertingkat.

Namun boleh dikatakan rata-rata kucing mesti nak duduk di rumah dan tidur sahaja. Bila bawa keluar terus menggelupur!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Bandar Pulang Ke Kampung, Tak Mahu Keluar Peti Sebab Panas

Baca Artikel Berkaitan: “Satu Kerja Kena Berhenti Setiap Aras” – Aksi Kucing Naik Lif Nak Balik Rumah Raih Perhatian Ramai

Wanita Bawa Kucing Hiking, Siap Main Air Di Air Terjun

Seekor kucing bagaimanapun berjaya membuktikan kepada orang ramai yang ada sebilangan kecil si bulus rasa gembira apabila dibawa keluar dari rumah.

Berdasarkan hantaran tular di TikTok (@lyrarooo), seorang wanita yang dikenali sebagai Lyra membawa kucingnya menyertai aktiviti mendaki.

Dengan memakai tali leash yang dipegang tuannya, kucing berwarna hitam itu dilihat merayap di celahan batu dan akar pokok.

Yang menariknya, si bulus itu tidak takut air seperti kebanyakan kucing lain. Siap main di kawasan air terjun yang cetek!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Comel Mata Memandang, Berat Bahu Memikul” – Lelaki Ini Pikul Kucing Sepanjang Acara Larian!

Wanita Bawa Bagpack Untuk Angkat Si Bulus

Mungkin ada yang terfikir, si bulus itu tak penat ke atau kelaparan sepanjang pendakian?

Namun melihat kepada video itu, Lyra telah membawa backpack khas yang digunakan bagi mengangkat kucingnya apabila mendaki di kawasan sukar.

Kucing hitam itu turut disuap treats beberapa kali sewaktu mereka berhenti berehat seketika. Jadi jangan risau dia kelaparan.

Di ruangan komen, Lyra meminta agar kaki hiking yang turut membawa kucing mereka bersama di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menghubunginya.

@lyrarooo KL/SEL Cat hiking kakis please HMU 🥹❤️ Many thanks to other hiking kakis for the videos ☺️✨ #cathiking #malaysia #cattok #catcommunity #adventurecat ♬ オリジナル楽曲 – Lyra

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Bandingkan Kucing Mereka Sendiri Dengan Si Bulus Yang Suka Outdoor

Melihat kucing hitam itu yang sukakan outdoor memang membuatkan orang ramai rasa kagum dan membandingkan dengan kucing mereka.

“Macam mana didik sampai bijak macam ni? Teringin nak bawa, tapi bila fikir, baru naik kereta semua histeria terus,” ujar seorang individu.

“Kucing saya jangan kata nak bawa main kat luar. Baru bawa depan rumah tengok ada jiran cuba datang dekat, malam tu confirm demam,” seorang lagi berkata.

Ada yang turut berkongsi ‘aib’ si bulus sendiri yang hanya mahu tidur sahaja di rumah, siap di bilik yang dipasang aircond.

Dalam masa sama, beberapa warganet berkongsi gambar kucing peliharaan mereka yang turut menikmati aktiviti outdoor. Ada si bulus yang suka mandi pantai juga!

Seorang wanita pula berasa jika kucing juga boleh hiking, apalah alasan dia gagal berbuat sedemikian.

“Kucing aku cakap ni AI,” seloroh seorang individu.

Sumber: TikTok

Persediaan Untuk Bawa Kucing Keluar Berjalan

Melihat si bulus yang aktif seperti di atas, mungkin ada sesetengah yang rasa tertarik untuk bawa kucing peliharaan mereka berjalan juga.

Namun jangan ambil mudah dengan perkara ini serta lakukan langkah-langkah persediaan terlebih dahulu agar si bulus dalam keadaan selesa dan selamat apabila menjejakkan kaki keluar rumah. Antaranya:

  • Latih kucing memakai leash dan harness di halaman rumah atau kawasan berdekatan.
  • Latih kucing untuk duduk di dalam bagpack khas dengan selesa.
  • Memakaikan collar yang lengkap dengan namanya dan nombor telefon sekiranya dia tersesat.
  • Pasangkan mikrochip dan/atau alat penjejak (GPS) pada kucing.

Penting juga untuk memastikan kucing anda telah menerima suntikan vaksin untuk mengelak daripada dijangkiti sebarang penyakit ketika berada di luar.

Setelah balik dari luar pula, segera letakkan ubat kutu atau parasit mengikut dos ditetapkan oleh doktor haiwan. Ingat, jangan beli ubat kutu kucing sembarangan.

Namun jangan pula paksa kucing untuk terus berada di luar jika dia kelihatan amat takut dan tertekan kerana boleh ganggu tahap kesihatannya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Boleh Kena Sawan Jika Pakai Ubat Kutu Botol Hijau – Klinik Veterinar

Baca Artikel Berkaitan: Ada Pelihara Kucing? Pastikan Ikut Jadual Pembersihan Ini Agar Keselesaan Si Bulus Terjamin

Baca Artikel Berkaitan: Ini Lima Tingkah Laku Kucing Yang Sebenarnya Tidak Normal, Boleh Jadi Simptom Masalah Kesihatan Serius


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd