Aksi Doktor ‘Mengumpat’ Pesakit Di Media Sosial Cetus Perdebatan Ramai Pihak
Dakwa doktor tersebut, pesakit itu didakwa sengaja meminta si ibu bercakap bagi pihak dirinya ketika melakukan pemeriksaan dalam bilik konsultasi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebagai seorang pekerja, adalah penting untuk sentiasa menjaga kelakuan diri dan beretika bagi memelihara nama baik organisasi serta imej diri sendiri.
Sikap bertanggungjawab dan profesional bukan sahaja mencerminkan keperibadian seseorang, tetapi juga menunjukkan tahap komitmen terhadap tugas yang diamanahkan.
Dalam bidang perkhidmatan khususnya, integriti memainkan peranan penting dalam membina kepercayaan pelanggan atau individu yang berurusan dengan kita.
Doktor Bengang Pesakit Minta Tolong Ibu Jawabkan Soalan Ketika Dalam Bilik Konsultasi
Baru-baru ini, seorang doktor perubatan menerusi perkongsian di laman Threads mengundang perhatian ramai selepas menegur sikap pesakitnya yang berumur 22 tahun.
Jelasnya, walaupun sudah dewasa, pesakit tersebut masih bergantung kepada ibunya apabila berurusan di klinik.
“Menyampah betul la budak umur dah 22 tahun masuk bilik konsultasi tapi mak yang sibuk jadi tukang cakap anak sakit apa dan sebagainya. Mintak MC (sijil sakit) pun mak yang cakap. Adoi adik kau tak ada mulut ke?” tanya petugas perubatan itu.

Sumber: Pexels
Dakwa Si Ibu Bantu Dapatkan MC 2 Hari Untuk Pesakit
Menurut doktor itu, dia tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya pesakit berdepan keadaan yang menyukarkannya untuk bercakap. Namun, pesakit itu didakwa sengaja meminta si ibu bercakap bagi pihak dirinya.
“Kalau memang ada keperluan khas, kita sebagai doktor akan faham dan cuba toleransi. Tapi kalau pesakit tu memang tak ada isu, kita tanya sakit apa? Mak jawabkan. (Doktor) tanya batuk atau kahak ke?
“Mak jawab kahak kot, tapi dia senyum pandang mak, minta mak jawabkan. Kita pun jadi aik? Akhirnya mak cakap, ‘Sebenarnya dia (anak) nak MC 2 hari tapi takut nak cakap sebab tu saya temankan’,” dakwanya.
Pesakit Gen Alpha Lebih Mudah Beri Respon Ketika Lakukan Pemeriksaan Kesihatan
Tambah doktor itu, isu ini bukan melibatkan generasi muda pada masa kini tetapi masalah pesakit itu sendiri. Nasihatnya, kelakuan meminta tolong ibu bapa dalam setiap urusan perlu dihentikan agar ia tidak dijadikan norma dalam kalangan masyarakat.
“Jangan biasakan. Selepas umur 18 tahun, individu boleh tandatangan sebarang persetujuan secara sendiri melainkan seseorang tu tak waras memang ada sakit mental lain cerita.
“Doktor tanya pesakit sebab nak tahu punca sebenarnya sakit apa jadi boleh berikan rawatan terbaik. Nanti tak dapat rawatan betul kata doktor salah la, tak betul la,” katanya.



Aduan Doktor Tentang Sikap Pesakit Cetus Perdebatan
Dalam masa sama, perkongsian dan pandangan doktor itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai yang berpendapat bahawa dia bersikap tidak profesional dan kurang beretika kerana bercakap belakang pesakitnya seperti itu.
“Risau aku jumpa doktor sekarang. Doktor zaman sekarang pun boleh tahan suka mengata pesakit eh. Mungkin budak tu ada anxiety teruk. Saya dulu pun pernah anxiety teruk. Nak pergi kedai runcit pun menggigil,” kata seorang wanita.
“Golongan profesional sepatutnya kena profesional kan? Yelah bekerja dengan individu yang ada pelbagai sejarah hidup, awak kena ada empati,” tambah seorang lagi warganet.
Walaupun sesetengah netizen bersetuju dengan pandangan bahawa perbuatan berkata-kata belakang pesakit itu adalah kurang beretika, ramai juga menegur sikap individu yang mengharapkan bantuan penjaga semasa lakukan pemeriksaan kesihatan.
“Ya tak beretika, tapi konteks ni pun membimbangkan. Tak kan la umur 22 tahun tapi masih tak berani nak pertahankan diri sendiri?” tanya seorang pengguna Threads.
Dalam masa sama, seorang individu berkata bahawa petugas perubatan tidak mempunyai hak untuk berkata buruk tentang pesakit kepada orang lain.
“Kalau saya dapat pesakit macam ni pun, jujurnya saya pun akan judge mereka juga. Kita semua manusia kan. Tapi kadang-kadang lebih baik simpan saja dalam hati daripada cakap kuat-kuat.
“Pensyarah saya pun selalu pesan, ‘Sebagai ahli farmasi, kamu mesti bertindak secara profesional. Kamu boleh menilai pesakit dalam hati, tapi jangan sekali-kali tunjuk di wajah atau mengadu dekat sesiapa. Jadi ahli farmasi tidak beri kamu hak untuk buat begitu. Sentiasa kekal profesional’,” katanya.








Netizen Tegur Jangan Sentiasa Harapkan Bantuan Ibu
Sementara itu, sesetengah individu berkata bahawa segala pandangan doktor ini adalah wajar dan sepatutnya dijadikan pengajaran untuk semua pesakit dewasa.



Baca Artikel Berkaitan: “Budak Gen Z Sekarang..” – Wanita Tegur Sikap Staf Kerap Main Telefon Ketika Bekerja
Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Sikap Toksik ‘Bos’ Yang Boleh Jadi Sebab Pekerja Letak Jawatan
Baca Artikel Berkaitan: 12 Staf Kantoi Kutuk Bos Dalam Grup WhatsApp, Influencer Buat Laporan Polis & Pejabat Buruh [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.