Now Reading
“Kesian Kereta Depan” – Tindakan Individu Tarik Handbrake Waktu Tanah Runtuh Bikin Ramai Berang

“Kesian Kereta Depan” – Tindakan Individu Tarik Handbrake Waktu Tanah Runtuh Bikin Ramai Berang

Namun dia menjelaskan niatnya keluar dari kereta adalah untuk memeriksa sekiranya ada pokok berhampirannya yang akan turut tumbang sebelum meneruskan niat mengundurkan kereta sebaik keadaan selamat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Beberapa tempat di dalam negara kini sedang dilanda siri hujan lebat beserta ribut kuat sehingga menyebabkan banjir terutamanya di negeri Perak.

Malah, satu kejadian tanah runtuh turut dilaporkan berlaku di Balik Pulau, Pulau Pinang pada petang semalam (23 Oktober).

Beberapa rakaman dari dalam kereta yang dipandu menerusi jalan tersebut menyaksikan kejadian tanah runtuh berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Fenomena La Nina Dijangka Melanda Malaysia, Ini Punca Hujan Lebat Bertambah & Ketahui Risikonya

Baca Artikel Berkaitan: Tanah Runtuh Di TTDI: Tembok Sekolah Antarabangsa Roboh, Banyak Fasiliti Terjejas

Kejadian Tanah Runtuh Di Pulau Pinang Hampir Menimpa Beberapa Kenderaan

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kereta yang dikongsikan seorang pengguna TikTok (@danybhry), dapat dilihat kejadian tanah runtuh yang berlaku dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Sebelum kejadian, kelihatan beberapa penunggang motosikal berhenti di tepi jalan dan memberi isyarat tangan agar kenderaan dari arah bertentangan berhenti dan berpatah balik.

Namun beberapa pemandu tetap meneruskan perjalanan sehingga menyebabkan mereka hampir ditimpa tanah runtuh.

Dapat dilihat juga tanah runtuh dari atas bukit ke jalan raya itu turut menyebabkan satu tiang lampu jalan dan beberapa pokok rebah dengan sebilangan batu besar yang bergolek.

Di ruangan komen, beberapa individu mengucapkan rasa terima kasih kepada penunggang motosikal yang memberi amaran kepada kenderaan lalu lintas.

@danybhry Jadi depan mata. Bukit baru balik pulau tanah runtuh + pokok tumbang #penang #penangmalaysia #penangkini #fyp ♬ original sound – Daniel Bahary

Tonton video penuh [DI SINI].

Pemandu Tarik Handbrake Bila Tanah Runtuh Berlaku, Siap Keluar Kereta

Satu lagi rakaman yang dikongsi di akaun TikTok lain menunjukkan keadaan dari arah jalan bertentangan.

Sebaik sahaja tanah runtuh berlaku, individu tersebut telah memberhentikan kereta sepenuhnya dengan menarik brek tangan.

Dia juga dikatakan telah keluar daripada dalam kereta berdasarkan kepada bunyi pintu ditutup, menyebabkan kereta lain di hadapannya tidak dapat mengundurkan kenderaan.

Namun dia kemudiannya segera masuk semula ke dalam kereta dan mengundurkan kenderaannya juga.

Keluar Kereta Untuk Periksa Selamat Atau Tidak

Menerusi ruangan kapsyen, dia menjelaskan niatnya keluar dari kereta adalah untuk memeriksa sekiranya ada pokok berhampirannya yang akan tumbang sebelum meneruskan niat mengundurkan kereta.

“Saya keluar kereta dulu (nak tengok) ada pokok tak atas belah kereta, takut bersambung pokok lain tumbang. Tengok dah selamat baru masuk reverse kereta dan patah balik,” ujarnya.

Di ruangan komen, dia juga menjelaskan bahawa sebuah kereta terperangkap di antara dua pokok tumbang, tetapi tidak ditimpa dan hanya mengalami kerosakan pada bahagian bumper depan.

Sumber: TikTok
@myra_murf Rasa nk record naik bukit ni, sbb konon2 nk healing mcm naik cameron, hujung2 😭😭😭😭 ku kluaq kereta dlu tgk ada pokok dak atas belah keta aku ni tkut sat bersambung tumbang plk satg .. tgk selamat baru masuk gostan keta patah balik.. fuhhhh… Allah syg lgi ni. Hati2 semua musim2 hujan ni #pokoktumbang #penang #allahuakbar #allahummashollialasayyidinamuhammad ♬ original sound – MeMyra

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Berang Tindakan Pemandu Tarik Handbrake

Tindakannya menghentikan kenderaan dalam situasi cemas itu membuatkan ramai yang berasa berang dan menyifatkannya sebagai pentingkan diri.

Mereka mempersoalkan mengapa dia tidak segera berpatah balik setelah melihat tanah runtuh berlaku, seolah-olah tidak mempunyai tindakan refleks.

“Jangan la cemas sampai tarik handbrake. Kesian kereta depan tu, naya,” kata seorang individu.

Malah ada yang berpendapat bahawa kenderaan lain di depan boleh terselamat jika dia tidak menghentikan kenderaannya.

Seorang individu turut membandingkan tindakannya dengan pengguna jalan raya lain yang bertindak pantas dan berpatah balik dalam situasi tersebut.

Namun dalam keadaan sebegini, tidak semua orang berpengalaman. Mungkin ada yang terlampau terkejut atau pertama kali berdepan situasi mencemaskan seperti ini.

Sumber: TikTok

Jalan Tun Sardon Ditutup Sehingga Petang Sabtu

Berdasarkan laporan Kosmo, kejadian tanah runtuh itu berlaku di Jalan Tun Sardon (Jalan Bukit Baru), Balik Pulau, dengan panggilan diterima oleh pihak bomba pada 4.56 petang semalam (23 Oktober).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat negeri, John Sagun Francis, tiada mangsa yang terperangkap dalam insiden tersebut.

Sehubungan itu, Jalan Tun Sardon ditutup buat sementara waktu sehingga 6 petang Sabtu ini (25 Oktober) bagi kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang menasihati pengguna jalan raya agar menggunakan laluan alternatif dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd