“Ramai Je Pelukis Berbakat Dekat Malaysia” – Karakter Animasi Pada Muka Buku Didakwa Guna AI Raih Perhatian
Menurut salah seorang daripadanya, penerbit buku sepatutnya menggunakan hasil tangan profesional seperti pelukis bagi menghasilkan rekaan animasi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada ketika ini, ramai yang terdedah dengan kemudahan teknologi canggih seperti Artificial Intelligence (AI) sebagai alat bantu dalam urusan harian, pekerjaan, dan juga bidang kreatif.
Pun begitu, tidak dinafikan ada juga yang berasa tergugat dengan kemajuan ini terutamanya bila AI semakin ‘pintar’ hingga dikatakan mampu menggantikan kerja manusia.
Seperti dalam satu kajian baharu, AI sudah mula menggantikan pekerja baharu dalam lingkungan usia 22 hingga 25 tahun di Amerika Syarikat (AS). Hasil kajian itu jelas menunjukkan bahawa alat AI seperti ChatGPT mengubah cara pasaran kerja berfungsi.
2 Gadis Persoal Gambar Animasi Pada Muka Buku Yang Didakwa Guna AI
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@sblchjfsi) apabila dua orang gadis meluahkan rasa kecewa mereka selepas mengunjungi sebuah kedai buku. Mereka mendakwa salah satu buku yang dijual di premis berkenaan menggunakan gambar animasi yang dijana AI.
Dalam video perkongsian, terpapar ilustrasi seorang guru bersama anak-anak muridnya pada muka depan buku terbabit.
“Orang Malaysia yang guna AI untuk buat duit memang tak pernah gagal mengecewakan aku,” kata pemilik video.
Menurut salah seorang daripadanya, penerbit buku sepatutnya menggunakan hasil tangan profesional seperti pelukis bagi menghasilkan rekaan animasi terbabit. Mereka menyifatkan AI sebagai punca masyarakat hilang pekerjaan.
“Bro, ini sangat memalukan. Aku benci ‘seni AI’. Sebenarnya AI punca sebenar pengangguran,” katanya lagi.
Sebagai seorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang seni lukisan, gadis itu kesal penggunaan AI semakin mendahului sekaligus menenggelamkan bakat pelukis sebenar.
@sblchjfsi bro this is so humiliating.. i hate "ai art" ts is the real cause of unemployment btw … #aislop #malaysiahariini #aiart #psa (yesss im buying #spyxfamily ♬ Elegant and gentle, Boccellini's Menuet – Kohrogi
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Bimbang AI Mampu Ambil Alih Kerja Manusia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan gadis itu berhubung dengan penggunaan AI pada masa kini.
“Tolong la jangan normalisasikan sikit-sikit nak guna AI. Selamatkan generasi masa depan dalam industri kreatif sekarang!” tegur seorang lelaki.
“Bila nampak seni AI, saya dah tak berminat dah,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah, ada yang berasa was-was dengan kualiti penulisan buku tersebut selepas melihat ilustrasi muka depannya menggunakan AI.
“Kalau ada produk yang keluarkan pembungkusan AI, iklan AI atau apa-apa yang menggunakan AI ni, rasa macam terbantut nak beli produk diorang. Rasa macam kalau benda ni pun kau guna AI apatahlah lagi kualiti produk kau. Mesti lagi murah dari harga yang kau jual,” ujar seorang netizen.
Sementara itu, sesetengah warganet pula berpendapat bahawa AI ini tidak sewajarnya mengambil alih tenaga kerja manusia sepenuhnya.
“Korang kalau nak guna AI untuk kegunaan peribadi boleh. Tetapi untuk melibatkan bisnes janganlah pakai AI sepenuhnya. Ingat AI ini adalah teknologi bukan pengganti. Jangan disebabkan AI bangsa negara kita tiada kerja,” kata seorang lelaki.







Ramai Anak Muda Mahir Dalam Bidang Seni
Berbicara mengenai isu ini, ramai penggiat seni lukis turut berkongsi karya mereka kepada orang ramai. Pemilik akaun Threads, (@peach.hy97) berpendapat bahawa hasil tangan pelukis sebenar jauh lebih bernilai dan berkualiti berbanding yang dihasilkan oleh AI.
Sekilas pandang, macam ilustrasi anime!
View on Threads
View on Threads
Memang tidak dapat dinafikan banyak sebenarnya pelapis seni lukis di negara ini. Malah ramai juga di antara mereka yang lebih mementingkan kualiti karya mereka berbanding bayaran diterima.
“Bagi aku kalau nak buat mural, biarlah rekaan tu nampak best bukan sebab duit semata-mata. Lukis pun biar sampai jadi. Kalau tak dapat 100% sekurang-kurangnya 90% nampak jadi.
“Sepanjang lima tahun aku jadi muralist sepenuh masa, aku baru faham yang hasil kerja lagi penting dari duit. Duit akan habis,” kata seorang pelukis mural.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Cipta Gambaran Masuk Pintu Syurga Guna AI?
Baca Artikel Berkaitan: Malaysians Spooked By “Mystery Person” In Ghibli-fied Images – AI Tapping Into Supernatural?
Baca Artikel Berkaitan: “Respect Keluarga Mereka” – Gambar AI Pelajar UPSI Tular Cetus Perdebatan Netizen
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



