Ini Hukum Wanita Islam Ikuti Trend ‘Body Tea’ Di Media Sosial
Trend ‘body tea’ melibatkan para wanita yang sengaja menunjukkan bentuk badan mereka di khalayak ramai.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Di dunia moden kini, rata-rata orang ramai sudah pun mempunyai akaun media sosial di platform bebeza. Ada yang menggunakannya untuk tujuan kerja, namun segelintir individu hanya menganggapnya sebagai hiburan bagi mengisi masa lapang.
Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa penggunaan media sosial juga ada batasnya. Tanpa disedari, segelintir individu mudah terpengaruh dengan sesetengah trend misalnya di TikTok yang akhirnya membawa kepada kemudaratan.
Terutamanya golongan Muslim kerana beberapa jenis trend bercanggah dengan syariat Islam seperti meniru budaya agama lain, menjatuhkan maruah diri, mempamerkan aurat dan banyak lagi.
Baca Artikel Berkaitan: “Kena Bijak Guna Media Sosial” – Wanita Ini Tegur Individu Sebar Aib Sendiri Guna Trend Di TikTok
Baca Artikel Berkaitan: Trend Menari Sambil Terima Duit Raya Boleh Jatuh Hukum Haram – Mufti Terengganu
Baca Artikel Berkaitan: “Orang Islam Pun Buat” – Trend ‘Baju Butterfly’ Cetus Kebimbangan Ramai
Wanita Adalah Sebaik-baik Perhiasan Di Dunia
Antara ikutan sesetengah pengguna media sosial pada ketika ini ialah trend ‘body tea‘. Ia bukan sahaja disertai penduduk luar negara, tetapi juga golongan wanita di Malaysia.
Apa itu trend ‘body tea’? Ia melibatkan para wanita yang mempamerkan bentuk badan sebenar mereka di khalayak ramai. Kebanyakan individu mahu menunjukkan bahawa berat badan tidak mempengaruhi rupa tubuh seseorang. ⌛
Wanita yang mengikuti trend ini akan memakai pakaian yang besar dan longgar, namun kemudian menarik bahagian baju tersebut supaya kelihatan sendat, seolah-olah ingin menonjolkan bentuk tubuh badan.
“Walaupun gemuk, tetapi tetap ada ‘body tea’,” kata pengikut-pengikut trend terbabit.
Bagaimanapun, aksi menayangkan badan adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pendedahan aurat kepada umum boleh mengundang fitnah, membuka ruang kepada pandangan haram serta merendahkan martabat wanita muslimah.

Sumber: Pexels
Apa Ciri-ciri Wanita Solehah?
Islam sangat menghormati dan mengangkat kedudukan wanita. Mereka diberikan penghormatan tinggi dalam dari segi hak, maruah serta tanggungjawab.
Dalam hadis diriwayatkan Abdullah bin ‘Amr RA, Rasulullah SAW bersabda:
الدُّنْيا مَتاعٌ وَخَيْرُ مَتاعِ الدُّنْيا المَرْأَةُ الصّالِحَةُ
Maksudnya: “Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”.
[Riwayat Muslim]
Berdasarkan hadis di atas, Imam al-Qurtubi menjelaskan bahawa antara ciri wanita solehah adalah:
- Wanita yang apabila dipandang oleh suaminya, mampu menyejukkan hati dan menenangkan jiwa
- Wanita yang taat kepada suaminya
- Wanita yang menjaga kehormatan diri dan harta ketika suami tiada di sisi
Wanita Dilarang Menayangkan Perhiasan Tubuh Badan
Tambahan pula, menjaga kehormatan diri merupakan perkara wajib sebagaimana diperintahkan agama Islam. Allah SWT berfirman:
قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ ۖ٣٠﴾ وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30)
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.”
[Surah al-Nur (30-31)]
Perbuatan menunjukkan bentuk tubuh secara terbuka bukan sahaja boleh mengundang pandangan tidak baik dan berunsur nafsu, tetapi juga boleh menimbulkan fitnah serta menjejaskan maruah wanita sendiri.
Lebih parah lagi apabila video atau gambar trend ‘body tea’ ini mengundang kepada gangguan seksual dan komen yang tidak senonoh.
Trend ‘Body Tea’ Tidak Sepatutnya Jadi Ikutan Para Muslimah
Islam mengajar umatnya untuk sentiasa menutup pintu fitnah dan penjagaan aurat tidak kira wanita atau lelaki. Sehubungan itu, trend tidak bermoral sebegini perlu dihentikan agar ia tidak menjadi satu fenomena pada akan datang.
Dalam masa sama, setiap muslimah perlu ingat bahawa nilai diri tidak terletak pada rupa paras atau bentuk tubuh, tetapi pada iman, akhlak dan ilmu.
Orang Ramai Pertikai Aksi Wanita Berhijab Bangga Sertai Trend ‘Body Tea’
Menjengah ke ruangan komen perkongsian trend ‘body tea’ ini, rata-rata para Muslim mempersoalkan wanita Islam yang menayangkan tubuh badan mereka.
“Malu la sikit,” tegur seorang warganet.
Malah segelintir netizen turut berkata bahawa trend tidak senonoh ini tidak melambangkan melambang tudung dipakai oleh sesetengah wanita yang menyertai trend itu.
“Tahu tak apa maksud hijab?” tanya seorang pengguna TikTok.
“Subhanallah, kau pakai hijab. Hijab tu melambangkan kesopanan, maruah, dan harga diri,” ujar seorang individu.
Malah ada juga yang bersetuju bahawa trend ini jelas menjatuhkan martabat diri di kalangan masyarakat.








Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



