Dah Hon Banyak Kali, Sekumpulan Mat Motor Buat Lagak ‘Superman’ Hingga Halang Ambulans Undang Kecaman
Petugas ambulans tersebut berkata dia bersama rakan lain pada ketika itu sedang bergegas mahu menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui setiap individu harus sentiasa berwaspada dan cakna apabila menggunakan jalan raya. Perlu ingat, sikap cuai bukan sahaja mementingkan diri sendiri tetapi juga mampu membahayakan nyawa orang lain.
Seperti sebelum ini, seorang lelaki telah menegur pemandu Perodua Bezza yang berhenti dalam petak kuning. Aksi tersebut menyebabkan ambulans di lokasi kejadian tidak dapat melepasinya.
Ia sekaligus menyebabkan perjalanan ambulans ke hospital yang terletak berhadapan jalan tergendala.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Petak Kuning Kena Kosong!” – Pemandu Ambulans Tegur Kereta Halang Laluan Ketika Dalam Tugas
Baca Artikel Berkaitan: “Pekak Bukan Alasan” – Kenalan Mendiang Tampil Bersuara Isu Kereta Halang Ambulans
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Toyota Camry Halang Laluan Ambulans Saat Kecemasan Undang Kecaman
Mat Rempit Halang Laluan Ambulans Di Lebuh Raya
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@syafievans) apabila seorang petugas ambulans dikenali sebagai Syakirin Syafi meluahkan rasa kecewa dengan sikap pengguna jalan raya yang tidak memikirkan keadaan sekeliling.
Menerusi video perkongsian, kelihatan sekumpulan penunggang motosikal dengan selamba melakukan aksi ‘superman’ secara beriringan antara satu sama lain dan menghalang laluan kanan lebuh raya.
Ia bukan sahaja jelas mengundang bahaya, malah lagak aksi berkenaan turut menghalang pergerakan ambulans yang sedang melalui kawasan tersebut.
Geng Motosikal Buat Onar Walaupun Sedar Kehadiran Ambulans
Jelas petugas ambulans itu, dia bersama rakan sekerja yang lain sedang dalam kecemasan bagi menyelamatkan mangsa kemalangan. Walaupun sudah dihon berulang kali, geng ‘superman’ itu masih berdegil dan tidak mengendahkan ambulans tersebut.
Dalam klip berdurasi 20 saat, kelihatan lima individu yang meniarap atas motosikal itu akhirnya mula beralih ke laluan kiri.
“Kami respon satu kes MVA (kemalangan jalan raya) car skidded (kereta yang terbabas) di lebuh raya.
“Kami ni dah la nak cepat lepas tu dalam perjalanan ke sana ada pula geng-geng budak tak berapa cerdik ni buat aksi b*ngang depan kami. Kami bagi hon pun buat tak tahu. Betul-betul menyusahkan orang” katanya di ruangan kapsyen.
@syafievans Kami respond satu kes mva car skidded di highway . Kami ni dah la nak cepat lepastu Dalam perjalan nak kesana ada pulak geng² budak tak berapa cerdik ni buat aksi bangang pulak depan kami. Kami bagi hon pon depa buat tak tahu . Haish betul² menyusahkan org depa ni. #fyp #CapCut ♬ original sound – SyakirinSyafi
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Bengang Dengan Sikap Penunggang Motosikal Halang Laluan Ambulans
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak berpuas hati dengan sikap penunggang motosikal yang enggan memberi laluan kepada kenderaan kecemasan itu.
“Geng-geng tak membantu masyarakat, lagi menyusahkan,” kata seorang pengguna TikTok.
“Diorang tak tahu ke orang yang tengok kelakuan mereka tu tak rasa kagum pun. Orang menyumpah lagi ada la,” tambah seorang individu.
Malah ramai turut mempersoalkan penunggang motosikal yang melakukan aksi tersebut di tempat yang sibuk seperti lebuh raya.
“Tak faham motif berlumba dekat lebuh raya dan menyusahkan orang lain. Bukannya Malaysia ni tak ada litar lumba. Kenapa nak ambil risiko nyawa di jalan raya?” tanya seorang wanita.
Sementara itu, seorang petugas ambulans lain turut berkongsi pengalamannya dihalang ketika sedang bertugas.
“Masa saya bertugas dalam ambulans dulu, pemandu Mercedes-Benz dan BMW yang dipandu oleh sejenis spesis lagilah buat bod*h, buat tak dengar, dan buat tak nampak.
“Diorang selamba halang depan ambulans kita macam jalan tu diorang yang punya. Nasib baik pesakit yang kita hantar ke hospital dapat diselamatkan,” katanya.








Pemandu Jalan Raya Perlu Beri Laluan Kepada Kenderaan Kecemasan
Menerusi perkongsian Majlis Keselamatan Jalan Raya di laman Facebook, Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah menyatakan hak memberikan laluan kepada kenderaan yang menyalakan lampu mata arah atau siren.
Sebagai seorang pengguna jalan raya yang berhemah, anda hendaklah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan agar semua urusan berjalan dengan lancar.
Menurut Kaedah 9 Kaedah-Kaedah Lalulintas 166/59 iaitu Kesalahan Tidak Beri Laluan, pemandu boleh dikenakan tindakan sekiranya disabitkan kesalahan.
Apabila menghampiri apa-apa kenderaan kecemasan seperti polis, bomba atau ambulans, bunyi siren atau loceng, tatacara pemanduan mestilah ke sebelah kiri atau kanan dan berhenti bagi memudahkan laluan kenderaan kecemasan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Honda Civic Ikut Rapat Belakang Ambulans & Memandu Secara Bahaya Undang Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Tular Rakaman Dashcam Nissan Almera Ikut Ambulans Dari Belakang Undang Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Myvi Halang Ambulans Bawa Pesakit Dikecam [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.