“Premium & Mewah” – Sampul & Cawan Deepavali CBTL Curi Tumpuan, Pelanggan Kagum Dengan Sentuhan Eksklusif
Antara paket raya Deepavali The Coffee Bean & Tea Leaf yang mencuri tumpuan adalah angpau dengan imej cawan kopi yang disertakan sekali dengan lining berkilau warna unggu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, penganut Hindu di Malaysia akan menyambut perayaan Deepavali atau turut dikenali sebagai ‘Festival of Lights’ pada 20 Oktober ini.
Suasana kemeriahan tersebut dapat dirasai melalui pelbagai dekorasi indah dan gah yang menghiasi pusat beli-belah di seluruh negara. Antara yang mencuri tumpuan termasuklah Suria KLCC, The Curve, IOI City Mall, Putrajaya dan banyak lagi.
Selain itu, banyak jenama turut tidak melepaskan peluang memperkenalkan barangan ekslusif sempena sambutan penuh warna ini.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Kenapa Deepavali Digelar ‘Festival of Lights’, Wajib Ada Pelita!
Baca Artikel Berkaitan: Suria KLCC Sambut Deepavali Dengan Tema ‘Lotus of Light’ Di 3 Shopping Mall
Baca Artikel Berkaitan: “Siap Ada Persembahan Tarian!” – Ramai Terpegun Lihat Deko The Curve Sempena Deepavali
Lelaki Kagum Lihat Cawan & Paket Raya Deepavali Dari The Coffee Bean & Tea Leaf
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Vindh berkongsi keterujaannya selepas melihat cawan kopi yang dibeli olehnya mempunyai corak kolam bersempena dengan sambutan Deepavali tidak lama lagi.
Vindh yang membeli minuman di The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) pada awalnya tidak menyedari terdapat cawan istimewa untuk perayaan berkenaan. Dia hanya perasan corak cantik tersebut selepas meneguk kopinya.
Bukan sahaja cawan, malah dia juga menerima paket angpau yang premium. Menerusi foto dikongsi, terdapat beberapa corak angpau termasuklah gambar kolam dan cawan minuman CBTL dengan lining unggu berkilau.
“Wow langsung tak sangka. Lepas buat bayaran, barista tu bagi saya sampul duit raya yang nampak super premium dan mewah. Saya terus terdiam hampir lima saat sebab terkejut,” katanya.
Tak Pernah Terima Paket Raya Deepavali Yang Cantik Seperti Dari CBTL
Jelas Vindh, ia merupakan rekaan paket duit raya Deepavali paling cantik yang diterima olehnya selama ini.
“Saya tak pernah jumpa mana-mana rangkaian francais kopi yang buat macam ni. Terima kasih Coffee Bean kerana meraikan bersama kami.❤️” tambahnya lagi.
View on Threads
Ramai Turut Terpegun Lihat Cawan & Angpau Deepavali CBTL
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai bersetuju bahawa rekaan tema Deepavali untuk angpau dan cawan kedai kopi itu sememangnya cantik dan menghidupkan lagi budaya perayaan berkenaan.
“Wow, sebagai seorang pereka grafik sendiri, saya boleh katakan ini memang rekaan yang bagus. Cara yang kreatif untuk meraikan perayaan bersama orang lain,” kata seorang individu.
Malah ramai juga yang tertarik dan berkata mereka akan singgah ke mana-mana cawangan CBTL bagi mendapatkannya.
“Saya nak beli satu (minuman) sebab nak sokong usaha mereka (The Coffee Bean & Tea Leaf),” kata doktor perubatan terkenal Dr Malar.
“Cantiknya duit raya tu! Aduh harap masih ada lagi la nak dapatkan hari ni,” ujar seorang pengguna Threads.
Sementara itu, sesetengah warganet berkata mereka akan terus menyokong bisnes The Coffee Bean & Tea Leaf selepas ini.
“CBTL memang sentiasa jadi tempat kegemaran saya. Sekarang saya ada satu lagi sebab untuk suka tempat ni,” kata seorang wanita.









CBTL Keluarkan 5 Rekaan Sampul Raya Deepavali
Untuk info, anda boleh mendapatkan satu paket sampul Deepavali eksklusif dari The Coffee Bean & Tea Leaf dengan setiap pembelian minimum RM38. Lebih menarik lagi, setiap sampul turut disertakan dengan baucar diskaun khas di dalamnya.
Kesemua lima rekaan paket raya Deepavali ini tersedia sehingga 20 Oktober 2025 selagi stok masih ada.
Baca Artikel Berkaitan: Celebrating Creativity: Deepavali Fun, Vibrant Performances & More This October Weekend
Baca Artikel Berkaitan: Pakai Sari Sempena Deepavali, Pramugari AirAsia Dapat Pujian Ramai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



