Now Reading
[Video] Pakar Psikologi Jelaskan Kenapa Ramai Remaja Masa Kini Gagal Kawal Emosi

[Video] Pakar Psikologi Jelaskan Kenapa Ramai Remaja Masa Kini Gagal Kawal Emosi

Menurut pakar psikologi Amirul Ramli, kajian mendapati remaja pada masa kini hidup dalam tempoh yang dianggap sebagai zaman paling stres dalam sejarah moden.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dapat dinafikan bahawa sejak kebelakangan ini, banyak insiden tidak diingini yang berlaku dalam kalangan para pelajar sekolah, dari kes buli fizikal, pencabulan malah pembunuhan.

Keadaan ini sekaligus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai tentang apakah yang menyebabkan sesetengah golongan remaja bertindak di luar kawalan.

Ada yang berpendapat bahawa keadaan ini berlaku akibat penggunaan media sosial dan pendedahan kepada kandungan kurang bersesuaian tanpa kawalan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini 3 Perkara Yang Boleh Ganggu Emosi Tanpa Sedar

Baca Artikel Berkaitan: “Emosi Lebih Stabil” – Pakar Dedah Kerap Sertai Event Sosial Mampu Pulihkan Kesihatan Mental

Kesihatan Mental Golongan Muda Semakin Merosot

Baru-baru ini, pakar psikologi Amirul Ramli, menerusi hantaran di TikTok (@amirul.ramli) telah mengulas serba sedikit mengenai insiden berkaitan.

“Sama ada dunia ni buat remaja makin stres ataupun ketahanan remaja terhadap stres merosot?” soalnya.

Menurutnya, satu kajian yang dijalankan mendapati remaja pada masa kini sememangnya hidup dalam tempoh yang dianggap sebagai zaman paling stres dalam sejarah moden.

Dia turut memetik satu kes yang berlaku pada Jun lalu apabila seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membunuh ibu dan abangnya akibat mengalami tekanan perasaan kerana sering dipaksa belajar.

‘Unhappiness Hump’ Kurang Menonjol, Mungkin Kerana Kesihatan Mental Terganggu Sejak Remaja

Para penyelidik mendedahkan bahawa trend tidak gembira yang dikenali sebagai ‘unhappiness hump‘ dalam kalangan individu pertengahan umur (mid-life) tidak lagi menonjol.

Mereka mencadangkan bahawa perubahan ini disebabkan oleh kesihatan mental golongan muda yang semakin merosot.

Mereka pada mulanya mendapati trend itu hilang apabila menganalisis data di Amerika Syarikat (US) dan United Kingdom (UK), namun kajian lanjut menunjukkan ia merupakan masalah yang berlaku di seluruh dunia.

Sumber gambar: Canva

Stres Akan Buatkan Sistem Emosi Ambil Alih Fungsi Otak

Menjelaskan lebih lanjut, Amirul berkata bahagian otak remaja yang mengawal impuls iaitu korteks prefrontal akan menjadi lemah apabila terdedah kepada stres berpanjangan.

Katanya apabila keadaan ini berlaku, sistem emosi akan mengambil alih menyebabkan mereka akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan apabila berasa marah.

“Jadi dorongan nak marah, balas dendam atau buat sesuatu yang berbahaya akan terus dibuat. Tak berfikir panjang,” jelasnya.

@amirul.ramli

♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth

Tonton video penuh [DI SINI].

Ini 3 Perkara Buatkan Kawalan Diri Remaja Menjadi Lemah

Dalam pada itu, Amirul turut menjelaskan mengapa kawalan diri remaja masa kini semakin lemah sehingga berlakunya pelbagai insiden dalam kalangan mereka.

#1. Ransangan Digital

Penggunaan skrin termasuk media sosial seolah-olah sudah menjadi satu kewajipan dalam kalangan orang ramai termasuklah remaja.

Pendedahan yang berterusan terhadap kandungan dalam talian ini menyebabkan otak mereka dibanjiri dopamin atau mengalami ‘dopamine overload’

Perkara ini seterusnya akan menyebabkan kesukaran untuk fokus, sabar dan mengawal diri serta mengganggu emosi dan kegembiraan.

Baca Artikel Berkaitan: Kerap Tonton Media Sosial? Awasi Tujuh Tanda ‘Dopamine Overload’ Ini

#2. Tekanan Akademik & Sosial

Tidak boleh dinafikan lagi bahawa remaja turut berdepan tekanan akademik dan sosial yang semakin teruk pada masa kini sehingga membuatkan mereka stres.

Hormon stres yang dihasilkan seperti kortisol akan membuatkan otak sukar untuk bertenang.

Malah seperti yang didedahkan dalam satu kajian, pendedahan berterusan kepada stres boleh menyebabkan perkembangan tingkah laku neuro tidak bersesuaian.

Sumber gambar: Canva

Baca Artikel Berkaitan: Ini 9 Tanda Badan Anda Miliki Hormon Kortisol Yang Tinggi

#3. Kurang Interaksi Dunia Sebenar

Dengan penggunaan platform media sosial dan permainan dalam talian secara harian, golongan remaja dilihat makin kurang terlibat dengan interaksi di dunia sebenar.

Sebaliknya mereka hanya tertumpu kepada interaksi secara maya menerusi avatar atau akaun media sosial.

Amirul menjelaskan bahawa perkara ini dapat menyebabkan sifat empati mereka berkurangan.

Perkara ini seterusnya akan mengganggu kawalan emosi dan meningkatkan rasa impulsif sehingga timbulnya masalah buli, bertindak agresif dan tingkah laku luar kawalan.

Sumber gambar: Canva

Baca Artikel Berkaitan: Individu Narsisisme Digital Boleh Murung Kerana Ketagih Likes & View Di Media Sosial

Baca Artikel Berkaitan: [Video] ‘Popcorn Brain’ Jadi Punca Individu Sukar Fokus & Tak Produktif. Ini Info Penting Ramai Terlepas Pandang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd