Now Reading
“Selalu Nampak Ayah Tolong Ibu” – Aksi Anak Kecil Rajin Buat Kerja Dapur Raih Pujian

“Selalu Nampak Ayah Tolong Ibu” – Aksi Anak Kecil Rajin Buat Kerja Dapur Raih Pujian

Menurut si ibu, anak lelaki dikenali sebagai Mohammad Adam itu rajin menolongnya memasak lebih-lebih lagi menyediakan sarapan sebelum bertolak ke sekolah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Secara umumnya, ibu dan ayah adalah antara insan terpenting yang membantu dalam membentuk tingkah laku si anak. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sebenarnya memang betul bahawa anak kecil ini mudah terpengaruh. Jika anda memberikan contoh yang baik, maka Insya-Allah mereka akan meniru dan membentuk tabiat positif sejak awal lagi.

Namun jika mereka sering melihat perlakuan yang negatif, hal itu juga mudah diserap dan menjadi kebiasaan dalam diri mereka.

Baca Artikel Berkaitan: “Sejuk Perut Mak” – Anak-anak Bantu Angkut Barang Sejurus Bapa Pulang Berniaga Dipuji Ramai

Anak Lelaki 5 Tahun Tolong Ibu Lakukan Kerja Di Dapur

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@aliaroslannnn) apabila seorang wanita dikenali sebagai Alia berkongsi telatah anak lelaki yang bijak dan rajin membantu dirinya di dapur.

Menerusi video perkongsian, kelihatan anak sulung bernama Mohammad Adam Hariz itu sedang mengacau makanan dimasak dalam periuk sambil berdiri di atas bangku kecil.

Dalam masa sama, kelihatan juga beberapa klip menunjukkan Adam sedang membersihkan pinggan mangkuk di singki dapur.

“Sebab dia nampak ayah selalu tolong ibunya, jadi anak ni akan ikut. Love you abang. Ya, anak saya ni dia nampak dan ikut contoh ayahnya, dan dari didikkan cikgunya di sekolah juga.

“Tak apa anak-anak ni, bagi je dia buat. Kalau nampak sekecil-kecil usaha dia, ucapkan terima kasih walaupun masih cacamarba dia basuh tu tak apa biarkan lama-lama diorang tahu. Nama pun belajar kan, kita dulu pun macam tu,” kata Alia.

Anak Rajin Sediakan Sarapan Sendiri Sebelum Bertolak Ke Sekolah

Alia selepas dihubungi TRP berkata, si manja rajin membantunya walaupun pada hari persekolahan.

“Sebelum pergi sekolah pun dia akan tolong masak sarapan di dapur. Simple je roti pita balut dengan telur. Tapi dipantau oleh saya,” kata si ibu.

Tambahnya, dia akan kerap memberi pujian kepada si kecil agar dia sentiasa bersemangat dan rasa dihargai apabila membantu orang tuanya.

“Lepas dia cuci saya puji dia. Dah selesai dia cuci biar dalam setengah jam dia dah duduk depan main dengan adik, baru la saya cuci semula,” kata Alia.

Anak Sulung Turut Bantu Ibu Sapu Lantai Rumah & Jaga Adik Kecil

Bukan sahaja urusan di dapur, malah Adam juga dikatakan sering meringankan ibunya dengan beberapa perkara lain.

“Sejak pindah rumah baru ni, dia kerap tolong saya. Jadi saya dah belikan kerusi yang lebih selamat untuk dia. Sebenarnya, banyak lagi dia tolong saya. Sapu sampah, lap meja lepas makan, tolong pakaikan baju adik dia dan angkat kain,” katanya.

Perkongsian ini nyata mendapat perhatian ramai selepas video tersebut ditonton sebanyak 3.6 juta kali setakat artikel ini ditulis (15 Oktober 2025).

@aliaroslannnn Ya, sebab dia nampak ayah nya selalu tolong ibunya, jadi anak ni akan ikut. Loveyou abang 🥹🤍 #momoftwoboys #princesstreatment #firstborn ♬ som original – alfa.lyrics

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Harap Ibu Ayah Tidak Jemu Didik Anak Untuk Sentiasa Membantu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji sikap Adam yang rajin membantu ibu dan ayah tanpa berkira.

“Bagus dik. Nanti dah kahwin mesti automatik faham apa itu tanggungjawab. Ni ada orang tolong bini, maknya marah. Lelaki tak perlu masuk dapur katanya,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah ramai bersetuju bahawa golongan ibu bapa memainkan peranan penting bagi mendidik anak menjadi insan bertanggungjawab dan prihatin.

“Betul. Mulakan dari ayah. Anak akan ikut tanpa kita suruh. Anak saya baru 1 tahun 8 bulan dah sibuk nak vacuum rumah, menyapu, ambilkan kasut mommy setiap kali keluar sebab dia selalu tengok daddy buat macam tu untuk mommy,” ujar seorang netizen.

Sementara itu, segelintir individu turut berharap agar golongan penjaga sentiasa memberikan semangat kepada si kecil jika mereka mahu membantu melakukan kerja rumah.

“Satu je nak pesan, kalau anak dah tolong kita jangan pernah merungut. Bersih ke tak takpe nanti kita basuh balik. Biarkan dia, risau kalau kita complaint itu ini tak kena. Nanti dia dah tak nak tolong kita,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@aliaroslannnn)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Kanak-kanak Bantu Ayah Tebar Roti Canai Ketika Cuti Sekolah Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Gigih Terjemah Bahasa Isyarat Pada Ibu Bapa OKU Ketika Hadiri Ceramah Agama [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Bagus Didikan Ibu Bapa” – Murid Lelaki Salam & Peluk Pak Guard Raih Perhatian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd