Now Reading
“Sambil Promote Tapi Buat Kerja Amal” – Aksi Wanita Bersihkan Peralatan Playground Raih Pujian Ramai

“Sambil Promote Tapi Buat Kerja Amal” – Aksi Wanita Bersihkan Peralatan Playground Raih Pujian Ramai

Difahamkan dia membuat content itu sebagai satu cara mempromosikan sabun yang digunakan dan dijual olehnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Boleh dikatakan setiap kawasan perumahan mempunyai taman permainan tersendiri yang dilengkapi peralatan seperti gelongsor, buaian dan tempat bergayut.

Malangnya terdapat banyak taman permainan yang terbiar dan menjadi kotor setelah sekian lama tidak dibersihkan dan diselenggara.

Perkara ini menyebabkan orang ramai tidak lagi membawa kanak-kanak bermain di sana kerana risau dengan risiko jangkitan kuman dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: “Rasa Culture Shock” – Rakyat Indonesia Terkejut Taman Permainan Di Malaysia Boleh Main Secara Percuma

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Bina Mini Library Di Taman Permainan, Berjaya Pupuk Amalan Membaca Kanak-kanak Setempat

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Wanita Jadikan Taman Permainan Sebagai Tempat Tinggal Undang Pelbagai Reaksi Orang Ramai

Wanita Bersihkan Taman Permainan Sampai Hilang Lumut

Baru-baru ini, seorang wanita yang gemar membuat content mencuci telah mengambil inisiatif sendiri untuk membersihkan peralatan di sebuah taman permainan.

Menerusi video yang dikongsi di TikTok (@homehabit), dapat dilihat taman permainan itu sudah dalam keadaan yang amat usang, namun tidak dinyatakan di manakah lokasinya.

Tanpa menggunakan sebarang peralatan khas seperti water jet, dia mencuci taman permainan itu hanya dengan menggunakan berus dan sabun.

Dilihat juga dia menggunakan air yang dibawa di dalam botol kerana dipercayai tiada sumber air lain di sana.

Difahamkan dia membuat content sedemikian sebagai satu cara mempromosikan sabun yang digunakan dan dijual olehnya.

@homehabit Part 1 of Cleaning Taman Permainan Paling Berhantu di Malaysia. You wont believe what happened in Part 2. Ready for Part 2? Follow for more! #cleantokmalaysia #cleaningpublicplaces #thebrushsystembyhomehabit #pencuciviral #scrubabath ♬ original sound – Home Habit

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Puji Tindakan Wanita Bersihkan Taman Permainan

Tindakan mulia wanita itu telah menerima pujian orang ramai yang membanjiri ruangan komen.

Para ibu turut menyatakan ucapan terima kasih kerana membersihkan taman permainan yang menjadi tempat tumpuan bagi kanak-kanak.

“Sebagai mak yang ada anak 2 tahun suka main playground, terima kasih. Anak dah besar nanti kita nak buat cuci-cuci macam ni juga,” kata seorang wanita.

Ada juga individu yang berkata mereka akan membeli produk tersebut selepas melihat wanita itu melakukan kerja amal.

“Terima kasih sambil promote dan buat content, tapi buat kerja amal,” kata seorang individu.

Seorang pengguna media sosial turut berharap agar penjual lain turut membuat content sedemikian dengan membersihkan ruangan awam sebagai salah satu cara mempromosikan produk mereka.

Sumber: TikTok

Wanita Pernah Beberapa Kali Membersih Di Ruangan Awam

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama wanita itu membersihkan ruangan awam. Sebelum ini dia dilihat mencuci papan tanda jalan dan juga tempat menunggu bas.

Malah banyak content yang dihasilkan adalah berkenaan membersihkan tandas dan lantai di rumah.

@homehabit & at least i got things cleaned 💕 #pencuciviral #scrubabath #cleantokmalaysia #cleaningpublicplaces #thebrushsystembyhomehabit ♬ original sound – WYA ADRIAN | DJ
@homehabit Cleaning the places no one wants to but somebody has to… #cleaningpublicplaces #cleantokmalaysia #scrubabath #thebrushsystembyhomehabit #pencuciviral ♬ original sound – Lmusic

Geng Motor Cuci Homestay Raih Pujian Ramai

Melihat individu membersihkan rumah atau suatu kawasan memang akan membuatkan kita rasa senang hati.

Sekitar Februari lalu, tular apabila sekumpulan geng motor ‘Limitless’ dengan 13 orang individu membersihkan homestay yang didiami dengan sangat baik.

Bukan setakat menyampu rumah dan membuang segala sampah, mereka juga dilihat siap mencuci lantai simen di halaman rumah sebelum check-out.

“Tak macam 13 orang, macam tiga orang je duduk homestay ni. Terima kasih semua pelanggan sebab tolong jaga rumah dengan baik 🥰,” kata tuan rumah berkenaan.

Mereka turut menerima pujian daripada orang ramai kerana tidak meninggalkan rumah inap yang ditempah dalam keadaan kotor seperti sesetengah individu.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Geng Motor Dipuji Jaga Kebersihan Homestay, Siap Cuci Lantai Simen Sebelum Check-out

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kotor & Berlumut, Tindakan Pemuda Cuci Tempat Ambil Wuduk Raih Pujian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Campur Produk Pencuci Dengan Peluntur Boleh Sebabkan Keracunan & Maut


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd