“Ini Yang Buat Rakyat Malaysia Makin Tak Sihat” – Coach Fitness Bimbang Lihat Trend Koktail Jellyball Cheese
Menerusi video tular, kelihatan peniaga sedang meletakkan bebola jeli dan selambak keju parut ke atas cawan koktail buah tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi menarik tumpuan para pembeli, golongan peniaga akan sentiasa berinovasi dengan jualan mereka. Namun kadangkala, eksperimen mereka itu menjadi ‘perangkap’ yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai.
Antara trend makanan yang popular sehingga ke hari ini adalah keju. Kalau boleh setiap menu nak diletakkan cheese. Ada sesetengah jenis menu yang sesuai dengan produk tenusu tersebut.
Bagaimanapun, ada juga hidangan yang tidak. Malah penduduk luar negara sebelum ini juga pernah mengecam makanan yang dibanjiri keju melimpah kerana berpendapat ia hanya merosakkan kelazatannya.
Baca Artikel Berkaitan: PHM Gesa Hentikan Trend Makan ‘Cheese Leleh’, Perangkap Yang Boleh Jejaskan Kesihatan
Baca Artikel Berkaitan: “Susah Ke Nak Jaga Kesihatan?” – Ramai Persoal Pelanggan Rela Beratur Panjang Demi Slime Cheese
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hidangan Di Malaysia Dibanjiri Keju Terima Banyak Kecaman Dari ‘Mat Saleh’
Coach Fitness Risau Lihat Trend Makanan Tinggi Gula
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang coach kecergasan dikenali sebagai Tareq (@tareqfit) menegur trend makanan yang digemari segelintir golongan masyarakat iaitu koktail buah yang dicampur sekali dengan bebola jeli (jelly ball) dan keju parut.
Menerusi video perkongsian, selambak keju tersebut diletakkan di atas cawan yang dipenuhi dengan koktail.
Walaupun ia kelihatan meriah, namun Tareq tidak bersetuju ia menjadi satu trend. Jelasnya, makanan-makanan sebegitu yang membuatkan ramai di kalangan rakyat Malaysia semakin tidak sihat.
Coach itu berkata, menu berkenaan tidak masuk akal dan mengarut. Tambahnya, ia juga adalah antara sebab mengapa ramai individu mengidam hidangan manis pada setiap hari.
“Ini yang buatkan ramai rakyat Malaysia tidak sihat. Craving gula dan minuman tidak sihat. Apa benda aku (peniaga) letak atas meja, aku letak je. Janji minuman aku viral nombor satu di Malaysia. Kenapa mengarut? Cheese pun masuk sekali dalam minuman dah,” kata Tareq.
Makanan Dibanjiri Keju Tingkatkan Risiko Penyakit Bahaya
Menurut Tareq, pengambilan makanan dan minuman tidak sihat sebegitu mengundang penyakit berbahaya seperti kanser, diabetes dan kolestrol yang tinggi.
“Mulut kita bukan sampah. Satu cawan dah berapa ribu kalori? Gula tinggi, khasiat kosong. Aku tengok pun seram. Jangan jadikan benda ni kebiasaan korang,” ujarnya.
Dalam masa sama, Tareq juga menasihati golongan food blogger untuk menghentikan promosi makanan tidak sihat sebegini.
“Allah tak mencipta makanan untuk kita buat benda yang tidak masuk akal. Allah cipta makanan supaya kita sihat, kita boleh beribadah dan teruskan hidup. Aku baru baca semalam, keadaan pesakit kanser di Malaysia meningkat.
“Salah satu (punca) konten mengarut macam ni. Kalau tak ada orang tegur, tak akan ada kesedaran dan akhirnya ramai dapat penyakit,” kata Tareq di akhir perkongsian.
@tareqfit #malaysiatiktok🇲🇾 #malaysiatiktok🇲🇾❤️✌️ #malaysiatiktok ♬ original sound – TAREQ FIT
Tonton video penuh [DI SINI].
Warganet Harap Orang Ramai Hentikan Trend Makanan Tidak Berkhasiat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan setiap teguran dilontarkan Tareq.
“Betul bos. Mengarut makanan macam tu. Kesian budak-budak kecil terpengaruh,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah segelintir individu turut berkata masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan yang diberikan Tuhan Maha Esa dengan mengambil makanan berkhasiat dalam rutin harian.
“Terima kasih atas nasihat dan pencerahan tentang kesihatan. Dalam kehidupan ni, satu benda paling berharga adalah kesihatan yang Allah berikan kepada kita. Jadi jagalah kesihatan supaya kita dapat beribadat kepadaNya,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, seorang wanita berkata air kosong sebenarnya adalah lebih sedap berbanding dengan minuman manis.
“Dulu saya suka minum air-air macam tu. Apa sahaja air cheese semua saya beli. Entah kenapa dalam setahun dua ni dah tak beli air macam tu. Cut sugar dan banyak minum air kosong je. Lama-lama air kosong tu la air paling sedap saya rasa,” kata wanita tersebut.






Kadar Obesiti & Berat Badan Berlebihan Di Malaysia Melonjak Lebih 50%
Untuk info, Malaysia kini berdepan krisis kesihatan yang semakin membimbangkan yang mana seorang daripada dua orang dewasa mengalami berat badan berlebihan atau obesiti dengan peratusannya melonjak daripada 44.5% pada 2011 kepada 54.4% pada 2023.
Keadaan ini jadi lebih serius apabila ia dilalui oleh kumpulan tertentu sebagai contoh, kaum India mencatat kadar obesiti tertinggi iaitu 63.9%, diikuti wanita pada 54.7%, dan mereka yang berumur 50-59 tahun sebanyak 60.9%.

Kalau anda nak tahu cara pemakanan individu menyumbang kepada masalah berat badan melampau ini.
Kajian mendapati 95.1% rakyat Malaysia tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya pada setiap hari dengan purata hanya dua hidangan berbanding lima hidangan yang disarankan.
Baca Artikel Berkaitan: Krisis Kesihatan Malaysia: Separuh Populasi Rakyat Alami Masalah Berat Badan Berlebihan
Baca Artikel Berkaitan: ‘Kuah Banjir’ Punca Berat Badan Naik, Malaysia Negara Obesiti Tertinggi Di Asia Tenggara
Baca Artikel Berkaitan: 11 Juta Dewasa Di Malaysia Alami Masalah Berat Badan Berlebihan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.