Now Reading
[Video] Lelaki Kongsi Cabaran Orang Buta Nak Berjalan Dengan Selamat Walaupun Guna Laluan Tactile

[Video] Lelaki Kongsi Cabaran Orang Buta Nak Berjalan Dengan Selamat Walaupun Guna Laluan Tactile

Lelaki dikenali sebagai Ammar itu berkata, golongan buta penglihatan bergantung kepada pendengaran dan deria sentuhan untuk mengetahui keadaan sekeliling.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, ramai juga di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri dalam golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Meskipun sudah banyak fasiliti disediakan bagi memudahkan mereka, namun tidak semua di antaranya yang efisien.

Seperti sebelum ini, seorang lelaki berkerusi roda dikenali sebagai Izhar Idham menunjukkan situasi sekumpulan golongan istimewa sedang berjalan sekitar ibu kota, Kuala Lumpur.

Dedahnya, geng berkerusi roda itu tidak dapat melintasi jalan raya tersebut dengan mudah akibat pembahagi (divider) yang menghalang.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Dedah Punca Sebenar Golongan OKU Sukar Berjalan Sendirian Sekitar Kuala Lumpur

Ada Individu Salah Guna Laluan Tactile Yang Disediakan Untuk Golongan Buta

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@driving4dummies) apabila seorang lelaki bernama Ammar Anas berkongsi kisah seorang individu buta penglihatan iaitu Razlan.

Jelas Ammar, orang buta akan menggunakan laluan tactile (tactile paving/guiding blocks) yang disediakan di tempat awam agar mereka boleh berjalan dengan selamat.

Bagaimanapun, laluan itu telah disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Dalam satu kes yang pernah berlaku sebelum ini, ramai penunggang motosikal di sebuah stesen MRT telah meletakkan kenderaan dua roda mereka itu di laluan tactile sekaligus menyebabkan Razlan tidak boleh menggunakannya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Buta Penglihatan Gigih Alihkan Motor Yang Halang Laluan Pejalan Kaki OKU

Sumber: Instagram (@nadiatul_farhana)

Jelas Ammar, mungkin ramai yang pernah nampak laluan tactile di tempat umum selama ini tetapi tidak tahu fungsi sebenarnya.

Orang Buta Guna Pendengaran & Deria Sentuhan Untuk Berjalan

Menurut Ammar, Razlan bergantung kepada pendengaran dan deria sentuhan untuk mengetahui keadaan sekelilingnya. Oleh disebabkan itu, laluan tactile itu membantu individu OKU tersebut melalui jalan yang selamat.

Ada dua jenis bentuk laluan tactile, iaitu bentuk bulatan kecil (blister/bonggol timbul) dan juga barisan yang panjang (directional/jalur timbul).

Tactile bulat bermaksud individu perlu lebih peka dan berhati-hati kerana ia kebiasaannya berada di persimpangan atau kawasan di mana mereka perlu melintasi jalan.

Sumber: Freepik

Lintasan Zebra Tanpa Bunyi Isyarat Menyukarkan Golongan Buta Untuk Cakna Dengan Keadaan Sekeliling

Namun antara masalah utama kawasan lintasan zebra (zebra crossing) adalah sesetengah daripadanya tidak mempunyai bunyi isyarat.

“Bagi kita (manusia normal) mungkin tiada masalah. Tapi untuk orang buta macam Razlan, tanpa bunyi ni mereka susah nak tahu bila masa yang selamat untuk melintas.

“Walaupun lampu dah hijau untuk pejalan kaki, tapi masih kena berhati-hati dan tengok jalan sebelum melintas supaya kita tak kena langgar dengan kereta macam ni (pemandu tidak memberhentikan van walaupun ada individu mahu melintas),” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pejalan Kaki Kongsi Sikap Pemandu & Rider Tidak Beri Laluan Di Lintasan Zebra

Tambah lelaki itu, mungkin sesetengah masyarakat di luar sana tidak menyedari cabaran yang perlu ditempuhi golongan OKU untuk berjalan dengan selamat terutamanya di kawasan yang sibuk.

“Ada orang lain yang berjuang setiap hari untuk benda yang kita anggap mudah. Mereka tak perlu simpati tetapi sedikit keprihatinan daripada kita semua. Jadi bila kita faham, kita akan lebih berhati-hati supaya semua orang termasuk Razlan boleh rasa selamat untuk berjalan di negara sendiri,” kata Ammar.

@driving4dummies Berjalan jalan sekejap bersama @MrRanggaPnNadia buat saya banyak berfikir. Laluan tactile yang kita nampak setiap hari, sebenarnya jadi panduan utama bagi mereka yang tak dapat melihat. Tapi bila laluan tu dihalang, perjalanan mereka pun terganggu. Terima kasih Nadia & Razlan, pasangan paling ceria yang pernah saya jumpa!! #BlindnessAwarenessMonth #PedestrianAwareness ♬ original sound – Ammar Anas

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Insaf Selepas Lihat Cabaran Golongan OKU Untuk Berjalan Dengan Selamat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji Ammar atas inisiatifnya menyebarkan kesedaran kepada orang ramai tentang cabaran OKU di Malaysia.

“Saya sangat hargai apa yang awak buat. Bukan tingkatkan kesedaran je, tapi juga ajar orang tentang impak (hantaran di) TikTok dan keberkesanannya. Saya sokong awak 100%,” kata seorang netizen.

Perkongsian ini nyata membuatkan orang ramai lebih peka apabila segelintir individu berkata mereka tidak akan lagi mengganggu laluan tactile.

“Saya tak akan parking motosikal macam har*m jadah lagi,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ada juga yang berpendapat individu yang meletakkan kenderaan di laluan tactile hanya memikirkan tentang diri mereka sendiri.

“Perangai pentingkan diri. Parkir atas laluan pejalan kaki sedangkan masih banyak lagi tempat letak kereta khas untuk mereka. Alasan clishe macam ‘parking tak cukup’ memang jadi modal utama,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@driving4dummies)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Nak Bantu Golongan Buta Jalan Di Kaki Lima? Ini Panduan Yang Tepat

Baca Artikel Berkaitan: Kisah Murid Darjah Satu Pimpin Ibu dan Ayah Buta Sewaktu Orientasi Undang Sebak Netizen

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Rakan Tolong Pegang Makanan Murid OKU Di Sekolah Bikin Ramai Terharu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd