[Video] UAI Perjelas Hukum Jalani Pembedahan Buang Tahi Lalat
Segelintir individu tidak suka apabila mukanya dipenuhi tahi lalat meskipun kecil dan tidak memudaratkan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui kecantikan sangat sinonim dalam ‘kamus’ para wanita. Bukan sahaja dalam bidang fesyen, tetapi juga dengan memperoleh kulit muka yang berseri dan mulus.
Sesetengah individu juga lebih yakin untuk berjumpa dengan orang lain apabila wajah sihat dan bebas dari segala parut atau cela.
Dengan teknologi masa kini, pelbagai kaedah boleh dilakukan bagi mendapatkan kulit yang cantik. Sehinggakan ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit bagi mendapatkan laser atau pembedahan rawatan muka.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Malaysia No. 6 Tercantik Di Asia, Kalahkan Indonesia & Singapura
Boleh Ke Jalani Prosedur Pembedahan Untuk Hilangkan Tahi Lalat Pada Muka?
Baru-baru ini, pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi satu sesi tazkirah ada mengulas tentang hukum individu melakukan prosedur pembedahan bagi membuang tahi lalat yang terdapat pada wajah.
Soalan: Apakah hukum seseorang wanita membuang tahi lalat yang mencacatkan muka?
Menurut beliau, hukum membuang tahi lalat dari muka boleh dikira haram atau harus berdasarkan situasi dan niat seseorang itu.

Sekiranya individu berniat untuk mengubah ciptaan Allah SWT, maka ia adalah haram. Ia boleh berlaku apabila seseorang bersifat tamak dan menginginkan kecantikan luar biasa sehingga terlupa tentang Maha Pencipta.
Jelas UAI, dalam sebuah dalil hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa Allah melaknat orang-orang yang mengubah segala ciptaan-Nya.
Daripada Abdullah bin Mas`ud RA:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَنَ الوَاشِمَاتِ وَالمُسْتَوْشِمَاتِ وَالمُتَنَمِّصَاتِ مُبْتَغِيَاتٍ لِلْحُسْنِ مُغَيِّرَاتٍ خَلْقَ اللَّهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melaknat wanita-wanita yang mentatu dan yang meminta ditatu, wanita-wanita yang mencukur alis, demi mencari keindahan dan mengubah ciptaan Allah.”
[Riwayat al-Tirmidhi (no. 2706)]
Tahi Lalat Yang Memudaratkan Boleh Dikategorikan Sebagai Masalah Kesihatan
Bagaimanapun, ada juga situasi di mana anda diharuskan untuk membuang tahi lalat di muka. Sekiranya tahi lalat tersebut membawa kemudaratan atau mencacatkan wajah, maka prosedur menghilangkannya adalah dibenarkan.
“Orang tak boleh nak tengok muka dia sebab banyak sangat tahi lalat. Maka ia dipanggil sebagai masalah kesihatan. Bila ada masalah kesihatan termasuk tahi lalat yang banyak mencacatkan muka, maka Nabi SAW suruh berubat,” tambah pendakwah itu.

Untuk info, tahi lalat selalunya bersifat kekal namun mungkin boleh berubah warna, bentuk dan ukuran atau hilang seiring dengan perjalanan usia, bergantung kepada individu.
Baca Artikel Berkaitan: “Pembedahan Plastik Untuk Cantikkan Kulit Hingga Ubah Ciptaan Allah SWT Adalah Haram” – Mufti Pulau Pinang
Hukum Buang Tahi Lalat Guna Bahan Semula Jadi
Jabatan Mufti Negeri Selangor pula berkata menghilangkan tahi lalat menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti madu atau bawang putih adalah harus.
Imam Khatib Asy-Syarbini di dalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj ada mengatakan hukum membuang tahi lalat adalah harus atas dua syarat:
- Proses membuang tahi lalat itu tidak memudaratkan diri
- Untuk menutup aib supaya nampak normal, selesa dan kemas

Memetik portal rasmi, membuang tahi lalat tidak termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah SWT, kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang di luar daripada kebiasaan seperti pembedahan plastik untuk kecantikan.
Berbeza dengan pandangan di atas, UAI mengulas hukum bagi mereka yang mahu menjalani proses pembedahan untuk membuang tahi lalat.
Baca Artikel Berkaitan: Maksud Disebalik Tahi Lalat Anda
Baca Artikel Berkaitan: Selamba Guna Kondo Di KL Untuk Buat Pembedahan Kosmetik, Doktor Vietnam Ditahan Imigresen
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



