Now Reading
“Hey Wasap Less” – Scammer Menyamar Jadi Khairul Aming Untuk Bayar ‘Cukai’ Sambal Nyet

“Hey Wasap Less” – Scammer Menyamar Jadi Khairul Aming Untuk Bayar ‘Cukai’ Sambal Nyet

Individu tidak bertanggungjawab itu telah meminta RM200 selain berkata dia akan menghadiahkan sebotol Sambal Nyet selepas transaksi dilakukan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dah nak masuk 2025, tetapi kes penipuan atas talian dilihat menjadi-jadi. Tambah pula dengan teknologi moden semakin canggih, memang ramai individu boleh tertipu lebih-lebih golongan warga emas yang tidak begitu mahir menggunakan gajet.

Antara nama yang selalu terkait dan digunakan sebagai taktik scam adalah usahawan, dan content creator terkenal Khairul Aming (KA). Seperti sebelum ini, suaranya telah diubah oleh scammer menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) dalam mempromosi kuali masak jenis non-stick.

Bukan itu sahaja, individu tidak bertanggungjawab lain pula pernah menyunting gambar KA menggunakan Photoshop seolah-olah dia sedang mempromosi peranti jenama Apple.

Baca Artikel Berkaitan: “AI Disalah Guna” – Suara Khairul Aming Disunting Untuk Taktik Pemasaran Bikin Ramai Bimbang

Baca Artikel Berkaitan: “Kedai Tu Tak Wujud” – Scammer ‘Photoshop’ Gambar Khairul Aming Untuk Promosi Peranti Apple

Scammer Menyamar Jadi Khairul Aming Minta RM200, Gunakan Bisnes Sambal Nyet Sebagai Alasan

Taktik penipuan dengan menyamar sebagai Khairul Aming tidak terhenti di situ.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads (@khidrrr), apabila seorang lelaki dikenali sebagai Khidr berkongsi tangkap layar WhatsApp yang menunjukkan individu tidak dikenali menyamar menjadi usahawan Sambal Nyet itu.

Difahamkan, tangkap layar tersebut diambil daripada Instagram (@less.ml) iaitu penjual akaun Mobile Legends (ML).

Menerusi foto itu, kelihatan tagline yang digunakan scammer adalah lain daripada kebiasaan. Selalunya KA akan menyebut, “Hey what’s up guys” tetapi scammer itu menghantar, “Hey wassap less.”

Mengakui dirinya sebagai KA, individu itu telah meminta RM200 dengan alasan mahu membayar ‘cukai’ perniagaan Sambal Nyet.

“Bank saya sedang dalam penyelenggaraan (maintenance). Lepas habis selenggara, saya akan beli semua akaun ML dan hadiahkan satu bekas Sambal Nyet,” kata si scammer.

View on Threads

Scammer Beri Maklumat Bank Atas Nama ‘Amirul’

Individu itu kemudiannya menghantar maklumat bank kepada pengendali akaun @less.ml untuk urusan transaksi wang. Hantaran itu lebih mencurigakan apabila nama pemilik akaun bank adalah Amirul dan bukannya Khairul Aming.

“Amirul tu anak buah saya. Awak tak perlu risau sebab saya memang Khairul Aming,” kata scammer itu lagi.

Menerusi semakan kami, seorang pengguna X (Twitter) mendakwa hantaran tangkap layar tersebut merupakan konten sahaja dan bukannya perbualan sebenar di antara penjual dan pembeli akaun ML.

Namun sejauh manakah kebenaran dakwaan itu tidak dapat kami pastikan.

Sumber: X

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Scammer Berlakon Sebagai Khairul Aming

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai terhibur dengan cara scammer itu cuba menipu orang lain untuk mendapatkan wang tunai.

“What’s up guys terus jadi wassap less,” kata seorang lelaki.

“Dia (Khairul Aming) jual Sambal Nyet dalam masa 19 saat dapat 1 juta. Apa benda minta RM200 hmm,” kata seorang lagi individu.

Malah segelintir individu turut mempersoalkan taktik penipuan yang dikatakan sudah lapuk.

“Dah 2025, masih ada scammer macam ni. Basi, basi,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, warganet juga mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dengan perangai licik scammer bagi mengaut keuntungan.

“Kalau ada yang percaya lagi taktik scammer ni, tak tahulah nak cakap apa. Cuma nak pesan berhati-hatilah dik. Orang jahat ramai dekat luar tu,” kata seorang wanita.

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sunting Suara Pakar Guna AI Untuk Promosi Ubat Pil, Polis Kesan Akaun TikTok

Tips Elak Kena Tipu Dengan Scammer

Walaupun sudah banyak peringatan dihebahkan tentang kes scam di Malaysia, namun masih ada yang terjerat dengan modus operandi.

Bagi mengelakkan anda daripada menjadi salah seorang mangsa jenayah penipuan ini, berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Jangan klik pada mana-mana pautan yang meragukan terutamanya link pendek bit.ly.
  • Jangan hantar maklumat peribadi kepada pihak tidak dikenali seperti kad pengenalan dan kata laluan akaun bank.
  • Elak kongsi nombor TAC atau OTP dengan orang lain.
  • Muat naik aplikasi true caller untuk mengesan nombor scammer.

Hati-hati semua!

Baca Artikel Berkaitan: Niat Nak Beli Kasut Nike Air Jordan RM135, Sekali Ditipu RM5,000

Baca Artikel Berkaitan: Pernah Kena Scam? Ini Cara Semak Nombor Akaun Atau Nombor Telefon Scammer

Baca Artikel Berkaitan: 73% Rakyat Malaysia Jadi Mangsa Scam, Paling Banyak Menerusi Panggilan Telefon – Laporan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd