Now Reading
[Foto] Isu Pemakaian Keffiyeh Palestin Oleh Pekerja Kedai Serbaneka, Ramai Beri Pendapat Berbeza

[Foto] Isu Pemakaian Keffiyeh Palestin Oleh Pekerja Kedai Serbaneka, Ramai Beri Pendapat Berbeza

Pihak atasan di cawangan itu juga berkata akan mengemukakan surat peringatan kedua kepada pekerja berkenaan sekiranya dia masih memakai sedemikian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Isu pembantaian rakyat Palestin oleh rejim Zionis sememangnya mendapat perhatian masyarakat dunia dengan ramai yang mula menyatakan sokongan secara terbuka.

Bukan sahaja menerusi kritikan dan demonstrasi jalanan, orang ramai turut menunjukkan solidariti dengan memakai simbol-simbol tanah suci itu seperti keffiyeh dan gambar buah tembikai.

Namun ada yang berpendapat pemakaian simbol sedemikian mungkin kurang sesuai di tempat-tempat tertentu yang tertakluk kepada etika dan kod pemakaian.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ceddy Jelaskan Makna 3 Corak Pada Keffiyeh Palestin

Baca Artikel Berkaitan: Tunjuk Solidariti Buat Palestin Guna Gambar Tembikai, Apa Maksudnya?

Baca Artikel Berkaitan: Negara-Negara Barat Utama Mulai Iktiraf Palestin, Perancis Yang Terbaharu

Kedai Serbaneka Didakwa Larang Pekerja Pakai Keffiyeh

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai antara seorang pekerja dan pihak atasan di satu cawangan kedai serbaneka popular dalam negara.

Difahamkan pekerja tersebut ditegur kerana pemakaiannya yang dilarang dan akan diberi surat peringatan buat kali kedua.

“Tak dibenarkan pakai. Lagi sekali nampak syarikat beri surat peringatan kedua. Terima kasih,” tertulis pada mesej didakwa diterima daripada bos.

Menerusi gambar yang dikongsi, dapat dilihat pekerja terbabit yang bertudung juga telah membalut keffiyeh Palestin di kepalanya.

Gambar itu dipercayai diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) ketika pekerja berkenaan sedang berada di bahagian kaunter kedai.

Gambar tular di media sosial.

Orang Ramai Berbeza Pendapat Tentang Isu ‘Dress Code’ Di Tempat Kerja

Insiden itu membuatkan warganet berasa kurang senang dan mengajak orang ramai agar memboikot kedai serbaneka itu yang dilihat seolah-olah menghalang solidariti terhadap Palestin.

Namun sebaliknya, ramai juga yang berpendapat bahawa setiap syarikat atau tempat kerja mempunyai etika pemakaian yang tersendiri.

“Tempat kerja kan ada etika dan kod pemakaian. Tolong hormati juga. Mungkin boleh pakai kain itu untuk tunjukkan sokongan apabila keluar ke pusat beli-belah dan sebagainya,” kata seorang pengguna media sosial.

Seorang individu turut mendakwa bahawa etika pemakaian kedai serbaneka tersebut tidak membenarkan pekerja untuk mengenakan sebarang pakaian atau aksesori kepala termasuk topi.

Dalam masa sama, segelintir individu juga berkata bahawa kedai serbaneka tersebut sememangnya termasuk dalam senarai boikot sebelum ini.

Sumber: Threads

Maksud 3 Simbol Utama Pada Keffiyeh Palestin

Sejak kebelakangan ini, penggunaan keffiyeh Palestin sudah banyak dilakukan oleh orang ramai sebagai simbol solidariti dan tanda penentangan terhadap jenayah genosid Israel.

Kain itu sendiri mengandungi beberapa simbol yang melambangkan budaya hidup masyarakat di Palestin, antaranya:

  • Jala ikan – simbol ikatan antara nelayan Palestin dan Laut Mediterranean.
  • Daun zaitun – Merupakan salah satu industri pertanian utama di Palestin, menjadi simbol kekuatan, daya tahan dan ketabahan rakyatnya.
  • Garisan tebal – Laluan perdagangan yang bersejarah di Palestin iaitu Incense Route.

Menurut pakar pakaian Palestin dan felo penyelidik kanan di Metropolitan Museum of Art, Wafa Ghnaim, penggunaan keffiyeh mula dikaitkan dengan nasionalisme Palestine dan sebagai simbol solidariti terhadap penjajahan Israel sejak 1960an. 

Baca Artikel Berkaitan: Suria KLCC Didakwa ‘Anti-Palestin’, Persoalannya Betul Atau Tidak?

Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Tak Patuh ‘Dress Code’ Restoran Mewah, Pelanggan Disuruh Pakai Kain Pelikat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd