Ejen Hartanah Terkejut Pelanggan Tak Nak Berurusan Kerana Post Tentang Palestin
Ejen hartanah berkenaan turut berpendirian pelanggan tidak mempunyai hak dalam mengawal apa yang ingin dimuat naik di media sosial dan tidak akan berhenti menyokong Palestin.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pembantaian rakyat Palestin oleh rejim Israel bukanlah suatu perkara yang baharu. Malah disebabkan konflik ini puluhan ribu nyawa telah terkorban dan mereka terdiri daripada warga emas, ibu mengandung dan juga kanak-kanak.
Ramai yang turut menunjukkan solidariti mereka dengan memboikot mana-mana produk atau jenama yang menyokong rejim Zionis.
Bahkan insiden yang berlaku membabitkan perserta Global Sumud Flotilla di mana kapal mereka dipintas oleh tentera Israel telah membuka mata masyarakat di seluruh dunia.
Oleh itu, ramai yang tidak mahu kekal diam sebaliknya terus bersuara menerusi pelbagai platform antaranya adalah media sosial.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: PU Rahmat Dedah Dibogelkan 3 Kali, Percaya Tentera Israel Penakut [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ardell Aryana Dirawat Di Hospital, Nadzmi Dedah Alami Bahu Koyak
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan Rizalman Bangkitkan Isu Mahram Peserta Misi Global Sumud Flotilla Cetus Perdebatan
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Israel Mula Perbicaraan Usir Peserta Sumud Flotilla Tanpa Notis Awal – Adalah
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Israel Dakwa Akan Hantar Pulang Peserta Misi GSF Yang Ditahan Ke Eropah
Ejen hartanah terkejut pelanggan tiba-tiba tak nak berurusan
Terbaharu, seorang ejen hartanah telah menjadi perhatian selepas berkongsi mengenai seorang pelanggan prospeknya yang secara tiba-tiba tidak mahu berurusan kerana hantaran yang dimuat naik di media sosial.
Menerusi satu tangkap layar yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Threads, awalnya kelihatan dia bertanya adakah pelanggannya itu masih berminat dengan sebuah rumah.
Malah dia turut mengatakan sekiranya masih berminat, dia boleh membawa pelanggan tersebut untuk melihat pamerannya atau rumah contoh (showhouse).
Beri alasan kerana ejen hartanah itu membuat hantaran mengenai isu negara lain (Palestin)
Pelanggan itu kemudiannya memaklumkan dia masih berminat namun tidak mahu meneruskan urusniaga dengan ejen berkenaan.
Pelik dengan perkara itu, ejen hartanah itu lalu bertanya apakah puncanya. Pelanggan berkenaan mengatakan sebagai seorang jurujual dia sepatutnya mengelak daripada membuat hantaran mengenai isu tentang negara lain di media sosial.
“Maaf untuk saya berkata seperti ini, tetapi jika awak ingin menjadi seorang jurujual, tolong elak daripada membuat hantaran tentang isu mengenai negara lain di media sosial anda.
“Tidak semua orang mempunyai pandangan yang sama dengan anda (not everyone will be on the same page),” kata pelanggan itu.
Balas mesej dengan mengatakan ‘Free Palestin’
Ejen berkenaan kemudian membalas mesej tersebut dengan emoji ketawa dan menyoal adakah negara yang dimaksudkannya adalah Palestin?
Malah dalam mesej itu dia turut mengatakan ‘bebaskan Palestin’ serta chant ‘from the river to the sea Palestine will be free!’ sebelum menyekat nombor pelanggan tersebut.

Dedah pelanggan berbangsa Melayu dan bertudung
Lebih mengejutkan apabila ejen hartanah itu mendedahkan pelanggan tersebut seorang berbangsa Melayu muslim dan bertudung. Dalam masa sama dia turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana terus menyokong dan berdiri teguh dengan Palestin selain meminta orang ramai terus bercakap mengenainya.
“Pertama sekali, saya tidak menggunakan akaun perniagaan untuk bercakap atau membuat hantaran tentang Palestin. Kedua, sekiranya saya melakukan perkara itu, ia adalah akaun saya.
“Pelanggan tidak mempunyai hak dalam mengawal apa yang ingin saya hantarkan di media sosial. Saya tidak pernah bercakap atau memintanya menyokong Palestin.
“Walau apa pun, saya tidak akan berhenti berkongsi dan bercakap tentang Palestin, kerana apa yang utama pada saya adalah kemanusiaan dan agama saya terlebih dahulu. Ia tidak mempunyai kaitan dengan bangsa atau agama. Ini mengenai individu, masalah tentang orang kita,” tulisnya.

Ramai sokong ejen hartanah dan lega tak berurusan dengan orang sebegitu
Melihat di ruangan balas, ramai yang lega ejen hartanah itu tidak terus berurusan dengan pelanggan seperti itu.
Malah ada yang suka dengan cara ejen hartanah tersebut membalas semula kepada pelanggan wanita terbabit.
Ada juga mengatakan tindakan pelanggan tersebut amat memalukan.
“Patut balas setepek, saya pun tak berminat berurusan dengan penyokong zionis”

“Kepada pelanggan tu, awak amat memalukan! Buta mata buta hati!”

“Tak apa anggap itu sebagai berkat, sampah yang menunjukkan dirinya sendiri”

“Siapa yang kisah dia ‘same page’ ke tak? Main character sindrom kuat sangat orang tu”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.Â



