CEO Petronas Mohon Maaf Terlibat Dalam ‘Champagne Shower’ Di Pentas F1 Singapura
Insiden itu berlaku ketika Presiden dan CEO Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik, mewakili kumpulannya untuk menerima trofi di atas pentas pada 5 Oktober lalu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum bahawa arak merupakan salah satu minuman yang diharamkan sama sekali ke atas umat Islam.
Bukan itu sahaja, sebenarnya seorang Muslim dilarang mempunyai sebarang kaitan dengan arak sama ada menggunakan, membeli atau menjualnya.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak acara yang dijalankan, terutamanya yang dianjurkan oleh bukan Muslim, melibatkan hidangan alkohol.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Minum Air Halal Guna Botol Arak, Apa Hukumnya?
Baca Artikel Berkaitan: Umat Islam Haram Pakai Baju Ada Tulisan Atau Jenama Arak & Judi
CEO Kumpulan Petronas Terlibat Dalam Acara Champagne Shower F1 Di Singapura
Terdahulu, orang ramai mengecam tindakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik kerana terlibat dalam acara ‘champagne shower’ di pentas Formula 1 (F1) di Singapura pada 5 Oktober lalu.
Insiden itu berlaku setelah pelumba George Russell dari kumpulan Mercedes AMG Petronas F1 memenangi perlumbaan dan Tengku Taufik mewakili kumpulan itu untuk menerima Winning Constructor Trophy di atas pentas.
Menjadi kelaziman di acara F1, champagne shower diadakan di atas pentas dan dia dilihat disembur dengan arak seperti yang dapat disaksikan dalam video tular.
Tengku Taufik turut bersama-sama kekal di atas pentas bagi sesi mengambil gambar bersama para pemenang.
Lenjun baju di simbah arak 🤔🤦♀️
— ReeN 🇵🇸 (@ReeNGaston) October 6, 2025
– serious question.. memang tak boleh skip ker acara simbah arak tu ?
Kalau wajib sgt pun, tak boleh tukar dgn air berkarbonat ?
Petronas ni syarikat MELAYU kan ?
Dah 51 tahun kot 🤔 pic.twitter.com/uAykVaXRO1
Ramai Anggap Acara Champagne Shower F1 Bukan Guna Wine Tanpa Alkohol
Di samping itu, orang ramai turut mempertikaikan tentang jenis wine yang digunakan dalam champagne shower terbabit.
Pada 4 September lalu, F1 mengumumkan minuman French Bloom dari jenama Moet Hennessy akan menjadi minuman sparkling wine bebas alkohol rasmi di acara tersebut.
Berdasarkan laman web rasmi, minuman sparkling itu dihidangkan di seluruh Paddock Clubs yang dikendalikan oleh F1 dan garaj F1, serta ‘dirancang di ruang hospitaliti lain’.
Pun begitu, sesetengah individu berpendapat champagne shower yang diadakan itu dan disembur kepada Tengku Taufik bukanlah menggunakan minuman sparkling wine tanpa alkohol berkenaan.
Malah Ketua Penerangan Armada Bersatu Harris Idaham Rashid, mendakwa champagne yang digunakan itu adalah champagne rasmi F1 dari jenama Moët & Chandon dengan kandungan alkohol sebanyak 12%, lapor MalaysiaGazette.
Ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan Tengku Taufik itu. Mengulas lanjut, seorang pengguna media sosial turut mendakwa CEO Petronas sebelum ini biasanya meninggalkan pentas bagi mengelakkan acara champagne shower.
There is no verified evidence that Moët & Chandon currently offers a truly non-alcoholic version of its champagnes or sparkling wines. There are some listings and rumors, but none seem credible or confirmed.
— kayuhikmat (@alexanderialeo) October 6, 2025
While Moët Hennessy has introduced a non-alcoholic sparkling wine brand French Bloom as an F1 partner, the actual celebratory champagne sprayed on the podium in Singapore remains alcoholic Moët & Chandon champagne
— Zack (@zamrio101) October 7, 2025
Kalau Abu Dhabi punya race, boleh la percaya “sparkling water” tapi ini Singapore🫠
— Soft (@ans2lee_) October 6, 2025
Elite Malay doing elite Malay things
— atipan (@atipan_21) October 6, 2025
Kebiasaannya bila Ceo Petronas diminta utk sampaikan hadiah pd pemenang F1, dia akan cepat2 turun pentas sblm acara sembur champagne dimulakan. Entah apa jadi dgn T Taufik ni? Dia pulun sekali
— estahir (@estahir1) October 6, 2025
CEO Kumpulan Petronas Mohon Maaf Atas Insiden Champagne Shower
Sehubungan itu, Tengku Taufik telah mengeluarkan satu kenyataan berkait insiden berkenaan pada malam semalam (7 Oktober).
Dia menjelaskan bahawa insiden itu berlaku secara spontan sementara mengakui bahawa perkara itu mungkin tidak bersesuaian.
Dalam masa sama, Tengku Taufik menegaskan bahawa dia tidak mengambil sebarang minuman beralkohol sebagai seorang Muslim.
Dia bagaimanapun berkata dirinya sendiri sepatutnya lebih cakna tentang sensitiviti akibat terlibat dengan sambutan sedemikian.
“Oleh itu, saya ingin memohon maaf atas sebarang perasaan tersinggung yang tidak disengajakan dan akan mengambil tanggungjawab penuh atas tindakan saya,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.