Now Reading
“Siap Ada Persembahan Tarian!” – Ramai Terpegun Lihat Deko The Curve Sempena Deepavali

“Siap Ada Persembahan Tarian!” – Ramai Terpegun Lihat Deko The Curve Sempena Deepavali

Dekorasi bersempena Deepavali di The Curve, Mutiara Damansara itu turut dihiasi dengan kolam bunga yang besar, replika bunga merak dan banyak lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, penganut Hindu sekali lagi akan menyambut perayaan Deeepavali pada 20 Oktober akan datang.

Berbaki kurang daripada satu bulan ini, orang ramai khususnya kaum India sudah mula membuat persiapan termasuklah dekorasi rumah, kuih raya, pakaian baharu dan sebagainya.

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, banyak juga pusat membeli-belah di negara ini sudah tampil dengan hiasan tema Deepavali yang luar biasa.

Dekorasi Perayaan Deepavali Meriahkan Centre Court, The Curve

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai WanderFie (@wanderfie_) berkongsi beberapa foto serta video pusat membeli-belah The Curve, Mutiara Damansara yang meriah dengan dekorasi perayaan Deepavali.

Hiasan kolam tema bunga yang berwarna-warni di Centre Court itu sememangnya menghidupkan suanana Deepavali yang akan disambut tidak lama lagi.

Sumber: Facebook The Curve, Mutiara Damansara

Bukan itu sahaja, terdapat juga hiasan bunga, replika Diya (pelita tanah liat kecil berisi minyak) serta burung merak, lampu neon dan banyak lagi.

“Vibe Deepavali di The Curve ni memang 😍. Tak boleh move on dengan terowong arch yang bawa terus ke kolam dan dias berwarna-warni.

“Mall mana lagi ada deko Deepavali cantik-cantik? Kongsilah gambar korang. Saya rancang nak lawat pusat beli-belah nanti,” kata wanita itu.

View on Threads

Jelas wanita tersebut, persembahan dendangan Tabla dan Dolak turut menjadi ‘highlight’ di The Curve. Ia juga disertai pengunjung kanak-kanak di sana. Memang meriah!

View on Threads

Persembahan Tarian Sempena Luminous Deepavali Menanti Hingga 20 Oktober 2025

Menerusi semakan kami di Instagram The Curve, terdapat banyak lagi aktiviti bersempena Deepavali yang boleh dinantikan orang ramai. Antaranya:

  • 11 Oktober: Tarian Folk dan Odissi
  • 12 Oktober: Tarian Vilakku dan permainan Krishna
  • 18 Oktober: Tarian semi-classical dan Kuthu untuk kanak-kanak
  • 19 Oktober: Tarian burung merak dan fusion (gabungan budaya)
  • 20 Oktober: Tarian semi-classical, Dhandiya dan Oyilattam

Ramai Puji Usaha Pasukan The Curve Bagi Semarakkan Vibe Deepavali

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai kagum dan berpuas hati dengan usaha yang diberikan bagi menghidupkan pusat membeli-belah itu dengan vibe Deepavali.

“Macam pertama kali nampak dekorasi Deepavali gah macam ni. Cantik betul. Tahniah The Curve. Korang hasilkan deko terbaik setakat ni,” kata seorang pengguna Threads.

Malah segelintir individu turut menunjukkan minat mereka untuk melihat sendiri dekorasi itu depan mata.

Sementara itu, segelintir individu berharap agar dekorasi gah sebegitu diteruskan untuk perayaan akan datang.

“Cantiknya. Boleh anak-anak enjoy kepelbagaian budaya di Malaysia. Kudos kepada semua pusat beli-belah yang tunjukkan penambahbaikan (dekorasi Deepavali) tahun ini. Harapnya lebih banyak lagi untuk festival selepas ini,” ujar seorang wanita.

Sumber: Threads

Deko Deepavali Di Pusat Membeli-belah Lain

Pusat membeli-belah lain juga tidak terlepas membuatkan orang ramai terkesima dengan dekorasi Deepavali tahun ini. Berikut kami kongsikan antaranya:

#1. IOI City Mall, Putrajaya
View on Threads
#2. The Gardens Mall
#3. Aeon Mall, Taman Maluri
View on Threads
#4. Sunway Carnival Mall
#5. Suria KLCC
Sumber: Threads (@afrina_d)

Baca Artikel Berkaitan: “Meriah Warna-warni!” – Deko Tema Deepavali Di Suria KLCC Tarik Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Pakai Sari Sempena Deepavali, Pramugari AirAsia Dapat Pujian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Light It Up: 9+ Deepavali Videos That’ll Make You Cry, Laugh & Dance!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd