“Mana Pergi Snek Murah?” – Wanita Nigeria Kecewa Makanan Di Pasar Malam Malaysia Semakin Mahal
Wanita dikenali sebagai Claire itu berkata makanan seperti sushi, shawarma serta pizza tidak sepatutnya dijual di pasar malam.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak dahulu lagi, masyarakat Malaysia sudah terbiasa pergi cari pasar malam atau gerai tepi jalan bagi mendapatkan makanan yang lebih murah berbanding tempat lebih eksklusif sebagai contoh pusat beli-belah.
Namun semakin lama, harga sesetengah makanan dijual di dalam pusat beli-belah adalah jauh lebih murah dan berpatutan.
Seperti sebelum ini, seorang pengguna X berkongsi menu Tori Meshi Chicken Mushroom Baked Rice yang dibeli di AEON hanya berharga RM3.90 sahaja.
Sesetengah netizen mendakwa bahawa harga jualan di premis terkenal itu mampu milik dan berbaloi dengan kuantitinya daripada makanan yang diniagakan di pasar malam.
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Dah Terbalik” – Ramai Tak Sangka Harga Makanan Di Pusat Membeli-belah Lagi Murah Dari Pasar Malam
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Harga Colek Naik Mencanak? Ini Pandangan Netizen
Baca Artikel Berkaitan: “Dapat Tu Je?” – Gadis Kecewa Dicaj RM8 Untuk Nasi Putih & Seketul Kecil Daging Kicap
Wanita Nigeria Kongsi Harga Makanan Di Pasar Malam Malaysia Semakin Mahal
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@owenclairee) apabila seorang wanita Nigeria yang tinggal di Malaysia dikenali sebagai Claire berkongsi pandangannya tentang situasi pasar malam di negara ini.
Jelasnya, ‘vibe’ dan budaya pasar malam ini sudah berubah dengan ketara berbanding dengan dahulu yang jauh lebih murah.
Selain itu, suasananya sudah tidak setaraf dengan konsep pasar malam yang sepatutnya meriah, santai dan mesra poket bagi semua lapisan masyarakat.

“Malaysia semakin hilang budaya asalnya. Pasar malam sudah tidak terasa seperti pasar malam lagi.
“Harga barangan pula melampau, seakan-akan seperti di pasar raya. Coklat dan kek keju (cheesecake) perlahan-lahan gantikan karipap. Shawarma pula gantikan roti,” luahnya.
Wanita Kesal Pasar Malam Kini Seolah-olah Jenama Lifestyle Yang Mewah
Bukan sahaja dari aspek harga, malah Claire juga menekankan jenis menu dijual kini lebih kepada hidangan mewah dan ekslusif yang boleh didapatkan di kafe misalnya berbanding makanan murah dan mampu milik seperti satu masa dulu.
“Kembalikan semula budaya lama pasar malam. Singkirkan vendor ala kedai runcit besar tu. Mana pergi vendor makeup RM2-RM5, snek-snek murah?
“Sekarang semuanya terlalu curated (disusun supaya nampak eksklusif) macam jenama lifestyle, bukannya pasar malam. Korang betul-betul buat hati saya hancur,” tambah Claire di ruangan kapsyen.
Memetik maklumat pada laman Youtube Claire, dia merupakan seorang content creator yang banyak berkongsi tentang kecantikan, travel food dan fesyen.

Lihat perkongsian penuh [DI SINI].
Wagyu & Sushi Tidak Sesuai Dijual Di Pasar Malam
Menerusi satu lagi hantaran, Claire turut berkongsi pandangannya tentang makanan lain yang tidak patut dijual di pasar malam. Antaranya adalah pizza, tiramisu, makanan dengan terlampau banyak keju, minuman mahal, tanghulu (strawberi disaluti gula), sushi, tako, daging wagyu dan banyak lagi.
“Saya tak peduli dengan hari moden dan trend aesthetic kamu,” katanya.

Lihat perkongsian penuh [DI SINI].
Ramai Serik Dengan Harga Melampau Di Pasar Malam
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai khususnya penduduk tempatan bersetuju dengan pandangan Claire.
“Pasar malam sangat seronok masa zaman kanak-kanak. Sekarang semuanya mahal,” kata seorang wanita.
“Pergi pasar malam nak beli ice blended. Tapi semua jual matcha dengan kopi. Pulangkan balik ice blended!” tambah seorang lagi netizen.
Malah ada yang berkata makan di medan selera pusat beli-belah adalah jauh lebih murah berbanding di pasar malam.
Sementara itu, ramai turut mempersoalkan peniaga yang menjual hidangan mahal seolah-olah kafe dan restoran mewah.
“Betul, kenapa orang jual tiramisu dengan harga dekat pasar malam?” tanya seorang individu.
“Saya dah muak dengan semua benda viral ni. Bawa balik pisang goreng plain, keropok lekor tanpa cheese leleh. Coklat banjir, kunafa, pistachio semua ni diabetes,” kata seorang pengguna TikTok.





Baca Artikel Berkaitan: Wanita Terkejut Air Suam Di Restoran Sekitar KL Cecah RM7, Cekik Darah!
Baca Artikel Berkaitan: “Kalah Dekat Mall” – Netizen Persoal Harga Makanan Di Food Festival Sangat Mahal
Baca Artikel Berkaitan: Harga Bayar Tidak Sama Dengan Yang Dipamerkan? Lakukan Aduan Menerusi ezAdu KPDN
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.