Now Reading
KJ Kongsi Pendapat Trump Boleh Bertindak Jika Malaysia Tarik Balik Jemputan

KJ Kongsi Pendapat Trump Boleh Bertindak Jika Malaysia Tarik Balik Jemputan

Kata KJ, Malaysia perlu mainkan peranan bijak dan dalam masa sama jujur kepada prinsipnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump telah dijemput untuk datang ke Malaysia bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini.

Perkara itu kemudiannya mencetuskan perdebatan di mana ramai kurang bersetuju dengan kedatangan Trump.

Namun Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan jemputan terhadap Presiden AS itu bukan dibuat atas kapasiti Malaysia semata-mata, sebaliknya mewakili ASEAN secara keseluruhan, lapor Malaysia Gazette.

Kata beliau lagi, platform ini juga secara tidak langsung memberi ruang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyatakan pendirian Malaysia mengenai isu Palestin secara terus kepada Presiden AS itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir turut memuat naik satu video di media sosialnya meminta untuk menarik semula jemputan kepada Trump.

KJ beri pendapat apa boleh berlaku jika tarik semula jemputan kepada Trump

Terbaharu bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin berpandangan, sekiranya Trump tidak dijemput pemimpin AS itu akan bertindak balas.

“Dia (Trump) akan bertindak balas sama ada, dia akan letak tarif (90%) ataupun dia akan buat sekatan baru. Dia akan buat, sebab bagi dia tiada masalah.

“Malaysia ini kecil saja. Dia kata okay ‘awak tarik balik jemputan, saya akan buat tarif naik sehingga 90%. Saya boleh buat itu’,” jelasnya, dalam siaran podcast Keluar Sekejap pada baru-baru ini.

Berpendapat kerajaan perlu ‘play smart’

Katanya lagi, Malaysia perlu mainkan peranan bijak dan dalam masa sama jujur kepada prinsip.

“Maksudnya apabila dia ada di sini. PMX (Anwar Ibrahim) kena cakap depan-depanlah. Okay, selamat datang ke Malaysia untuk Sidang Kemuncak ASEAN. Dalam masa sama dengan hormat, dengan diplomasi, sebab ini seni diplomasi lah hubungan antarabangsa.

“Kita hargai usaha anda (Trump) membantu ketika Kemboja dengan Thailand berperang, puji dia sikitlah. Selepas itu kata ‘tetapi kami mempunyai kebimbangan yang serius terhadap sokongan anda kepada Israel’,” ulas KJ mengenai jemputan itu.

Hari ini (2 Oktober) Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh turut menggesa kerajaan untuk membatalkan jemputan Trump sekiranya aktivis misi kemanusiaan Malaysia yang terlibat dalam Global Sumud Flotilla tidak dibebaskan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd