“Tetamu Kena Beli Tiket Ke?” – Pelamin Kahwin Dipasang Di Gerabak KTMB Raih Perhatian Ramai
Sebagai info, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan Charter Train yang membolehkan orang ramai menyewa kereta api khas sejak September 2021.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ketika melakukan penyediaan untuk kenduri kahwin, banyak perkara yang perlu dirancang dengan awal agar tidak mengganggu kelancaran majlis.
Salah satunya adalah memilih lokasi bersesuaian dengan kebanyakan pasangan pengantin mengutamakan dewan, hotel atau kawasan acara outdoor.
Namun ada juga pasangan yang memilih lokasi lain dari yang lain seperti di atas kapal cruise dan di zoo.
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Filem Pendek” – 37 Photographer Hadir Ke Majlis Perkahwinan Rakan Raih Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: Tular Iklan Hotel Di Johor Bahru Jual Pakej Perkahwinan Ikut Bangsa, Ramai Persoal Kenapa Harga Berbeza
Backdrop Pelamin Dipasang Dalam Gerabak KTM
Itulah yang turut disaksikan menerusi satu hantaran tular di TikTok (@floralheaven) yang memaparkan keadaan ketika backdrop pelamin sedang dipasang oleh satu kedai bunga, Floral Heaven.
Yang menariknya, pelamin itu dipasang di dalam gerabak kereta api! Gerabak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu dipercayai sedang diletakkan di kawasan depot kereta api.
“Mesti korang tak tahu yang korang boleh mengadakan perkahwinan di dalam gerabak KTM.
“Dah tentu bukan lokasi perkahwinan yang tipikal. Selamat datang ke pelamin KTM,” katanya.
@floralheaven Definitely not your typical wedding venue.. welcome aboard the KTM pelamin 🤭😍 #weddingkl #pelamindeco #florist ♬ suara asli – astrooo🪐
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Tertarik Idea Adakan Majlis Perkahwinan Dalam Tren KTMB
Menjenguk ke ruangan komen, ramai yang tertarik dengan perancangan mengadakan majlis perkahwinan di dalam gerabak kereta api itu.
Sesetengah individu juga terfikir jika pasangan pengantin saat pertama berkenalan di dalam gerabak KTMB.
Namun timbul beberapa soalan seperti di manakah pasangan pengantin dan tetamu akan menaiki kereta api tersebut serta tempat menghidangkan makanan.
Dalam masa sama, beberapa pengguna media sosial turut berseloroh dengan bertanya sama ada tetamu perlu membeli tiket untuk menaiki kereta api.
“Another level kahwin lari ke? Bagus juga idea ni. Intimate wedding. Satu gerabak je kan. Jenuh juga banyak-banyak gerabak,” kata seorang individu.









KTMB Tawar Perkhidmatan Charter Train, Sewaan Kereta Api Khas
Sebagai info, KTMB sebenarnya menawarkan perkhidmatan Charter Train yang membolehkan orang ramai menyewa kereta api khas sejak September 2021.
Seperti pada Mei 2024, tular apabila perayaan ulang tahun Pinkish Festival dianjurkan di dalam sebuah gerabak kereta api KTMB yang melakukan perjalanan dari Stesen Kuala Lumpur ke Serendah.
“Perkhidmatan ini mendapat sambutan menggalakkan dan pernah disewa khas oleh pihak-pihak kementerian, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta dari dalam dan luar negara serta persatuan-persatuan,” kata KTMB.
Baca Artikel Berkaitan: KTMB Beri Penjelasan Tentang Penganjuran Pinkfish Festival Dalam Kereta Api
Menerusi laman web KTMB, terdapat empat jenis Charter Train yang boleh disewa iaitu:
- Gerabak Konferens (Conference Coach) yang dilengkapi bilik mesyuarat, tempat berehat, bilik kawalan audio dan video serta TV LCD.
- Gerabak Chillax (Chillax Coach) yang sesuai bagi aktiviti santai seperti percutian syarikat, perjumpaan kelab buku, malah piknik.
- Gerabak Acara (Event Coach) untuk menganjurkan acara yang merangkumi 1 ruang acara, 36 kerusi dan 1 tandas.
- Selun Khas (Saloon Coach) bagi perjalanan kelas pertama yang merangkumi ruang makan, bilik tidur, tandas dan pantri dengan reka bentuk seakan-akan hotel.
Kos sewaan khas kereta api juga bergantung kepada jarak perjalanan, jenis gerabak, jumlah hari perjalanan dan sebarang perkhidmatan tambahan.
Baca Artikel Berkaitan: Nak Cuba Travel Ke Singapura Naik Kereta Api? Ini Panduan Untuk Anda
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tiga Keretapi Di KL Dalam Satu Shot, Jurugambar Tunggu 4 Jam Untuk Hasil Foto Menakjubkan
Baca Artikel Berkaitan: Acara Keretapi Sarong Raih Anugerah Best ASEAN Cultural Preservation Effort 2025
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



