Bayi Sering Menangis Bila Kereta Berhenti Buat Ibu Ayah Pening. Ini Rupanya Penjelasan Saintifik
Ramai berkongsi bahawa mereka turut berdepan situasi sama apabila bayi menangis ketika kereta tidak bergerak.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali membawa bayi kecil menaiki kereta, mesti ibu ayah ada berasa sedikit cuak lebih-lebih lagi jika hanya berdua dan bagi perjalanan jarak jauh.
Ini kerana ada bayi yang pasti akan menangis setiap kali diletakkan di dalam car seat di tempat duduk belakang.
Memandangkan penggunaan car seat penting bagi keselamatan bayi, ibu ayah terpaksa menahan telinga sahaja mendengar tangisan dan jeritan si kecil.
Baca Artikel Berkaitan: Bayi Terdedah Risiko ‘Positional Asphyxia’ Jika Dibiarkan Lama Dalam Car Seat
Baca Artikel Berkaitan: Bayi Dah Masuk Fasa Makan Makanan Pejal? Ini Panduan Penting Buat Ibu Ayah Di Luar Sana
Wanita Kongsi POV Bayi Menangis Apabila Kereta Berhenti
Itulah yang disaksikan seperti yang tular di TikTok (@norshuhadaiman) baru-baru ini, apabila seorang wanita sedang memandu kereta.
Dia menunjukkan bagaimana bayinya yang sedang berada di dalam carseat di tempat duduk belakang tiba-tiba menangis sebaik sahaja kereta berhenti di lampu merah.
Kedengaran juga wanita itu cuba memujuk bayinya yang menangis dengan begitu kuat tetapi tidak berhasil.
Namun sebaik sahaja wanita itu mula memandu kereta kembali, bayinya terus mendiamkan diri.
@norshuhadaiman baby siapa macamni jugak? 👶🏻🤣 #motherhood #momlife #baby #postpartum #pregnancy ♬ Funny – Gold-Tiger
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Alami Situasi Sama Sewaktu Bawa Bayi Naik Kereta
Video berkenaan telah tular sehingga mencecah 1.7 juta tontonan serta lebih 131 ribu tanda suka.
Orang ramai turut membanjiri ruangan komen dan berkongsi bahawa mereka juga berdepan situasi sama dengan bayi ketika memandu kereta.
“Ini sejenis anak soleh saya ni. Kadang tu saja slow dari jauh-jauh sambil dalam hati berdoa supaya lampu isyarat tukar hijau cepat-cepat,” kata seorang wanita.
Sesetengah pengguna media sosial pula berseloroh dengan keadaan itu.
“Masa dalam perut dulu sis drive hari-hari kot sebab tu dia suka berjalan,” kata seorang wanita.
Ada juga yang memberi ‘nasihat’ agar wanita itu tidak membawa bayinya ke Melaka kerana pasti terpaksa berhenti lama di lampu isyarat merah.






Keadaan Di Dalam Kereta Seolah-Olah Seperti Dalam Rahim Ibu
Melihat situasi itu yang turut dikongsi ramai, pasti timbul persoalan mengapa bayi menangis sebaik sahaja pergerakan kereta terhenti.
Ini adalah saling tidak ubah seperti bayi yang menangis apabila buai tidak lagi dihayunkan.
Menurut penjelasan saintifik, bayi sebenarnya selesa dan senang tertidur di dalam kereta kerana pergerakannya yang seakan-akan meniru pergerakan semasa di dalam rahim.
Penyelidik mendapati bahawa pergerakan hayunan yang berterusan dan lembut mengawal sistem pusat, motor dan jantung bayi yang membantu memberi ketenangan.
Oleh itu, apabila pergerakan yang memberi ketenangan itu tiba-tiba terhenti, bayi dipercayai terkejut sehingga menyebabkan mereka terjaga atau menangis.
Bunyi Frekuensi Rendah Kereta Seperti ‘White Noise’
Selain itu, bunyi frekuensi rendah yang dihasilkan oleh kereta juga merupakan satu jenis ‘white noise’ yang boleh menyerupai irama seperti di dalam rahim.
Satu kajian mendapati bahawa bayi yang diberi dengar white noise sedemikian meningkatkan kebarangkalian tidur dalam masa lima minit dari 25% ke 80%.
Malah, penggunaan car seat yang seolah-olah memeluk bayi juga membuatkan mereka rasa lebih selesa dan selamat.
Ini 4 Jenis Car Seat Mengikut Tahap Umur Kanak-Kanak
Menurut National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), pemilihan car seat yang bersesuaian adalah mengikut kepada tahap umur bayi dan kanak-kanak dengan penggunaan bermula sejak mereka baru sahaja dilahirkan.
Bagi bayi baru lahir sehingga tiga tahun, bayi disarankan agar diletakkan di dalam car seat yang dipasang secara terbalik atau ‘rear-facing’.
Namun bayi berumur satu tahun juga boleh menggunakan ‘forward-facing’ car seat sehinggalah mencecah umur tujuh tahun.
Booster seat pula boleh digunakan bagi kanak-kanak yang sudah berumur empat tahun sehingga 12 tahun.
Jika anak anda sudah mencapai tinggi yang bersesuaian, boleh mula menggunakan tali pinggang keledar secara terus tanpa sebarang booster.

Baca Artikel Berkaitan: Kerap Ditenung Bayi? Ini Penjelasan Berdasarkan Kajian Pakar
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dikecam Persoal Isteri Kerana Tak Masak Penat Jaga Bayi Meragam
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.