[Video] Dulu Sate, Kini Nasi Lemak Jadi Rebutan Pengunjung Food Festival Di China
Menurut seorang peniaga sate dikenali sebagai Sinwan, penganjur food festival di Nanjing, China itu mahu membuat kelainan pada tahun ini dengan membawa makanan dari negara luar ke acara tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Seperti yang kita tahu, rakyat Malaysia amat menggemari hidangan nasi lemak yang kaya dengan aroma. Ia bukan sahaja sesuai untuk sarapan pagi malah juga untuk makanan tengahari dan juga makan malam.
Bukan sahaja penduduk tempatan, malah rakyat luar negara turut bersetuju dengan perkara tersebut. Seperti pada tahun lalu, seorang penulis dan kolumnis The Sydney Morning Herald, Ben Groundwater yang berpangkalan di Sydney menyifatkan nasi lemak sebagai hidangan terbaik untuk bersarapan.
Dalam artikelnya, Groundwater juga menyenaraikan beberapa lokasi menarik untuk mencari hidangan nasi lemak di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur.
Baca Artikel Berkaitan: Penulis Australia Pilih Nasi Lemak Sebagai Hidangan Untuk Bersarapan
Baca Artikel Berkaitan: “Sek Kito Jangey Pecoh” – Bazar Ramadan Dikendali Komuniti Kelantan Di Mesir Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Kedai Nasi Kandar Pertama Di Tokyo Laku Keras
Nasi Lemak Jadi Rebutan Ramai Di Karnival Makanan Di Nanjing
Terbaharu, nasi lemak ini menambah hati warga China pula. Tular satu hantaran di laman TikTok (@sinwantz_) apabila seorang peniaga dikenali sebagai Mohammad Amni Sinwan menunjukkan situasi pengunjung yang ramai di karnival dianjurkan sekitar Nanjing, China.
Karnival tersebut bukan sahaja dimeriahkan dengan menu tempatan, malah bersempena dengan ulang tahun karnival tersebut yang ke-33, penganjur telah membawa pelbagai aneka makanan dari luar negara.
Siapa sangka, peniaga dari Malaysia juga dijemput untuk berniaga di sana. Menerusi video perkongsian, kelihatan pengunjung dari negara Tanah Besar China itu sedang menyerbu sebuah gerai nasi lemak.
“Seumur (hidup) baru nak jumpa makanan Malaysia macam ni la gayanya,” kata Sinwan.
Kongsi Sinwan, satu hidangan nasi lemak dijual dengan harga lebih kurang RM20. Bukan itu sahaja, gerai cendol yang berada di sebelahnya juga dilihat laku keras dengan jumlah pengunjung yang ramai.
@sinwantz_ Replying to @Noga Store Seumur Baru Nak Jumpa Makanan Malaysia Macam Ni lah gaya nya #sinwantz #fyp #fypシ゚ #abangsataynanjing ♬ original sound – sinwantz_
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: Legenda Nasi Lemak, Kisah Di Sebalik Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia
Sate Sold Out Dalam Masa 4 Jam!
Difahamkan sebelum nasi lemak menjadi rebutan, ramai di kalangan rakyat China turut menggemari makanan warisan Malaysia yang dijual oleh Sinwan iaitu sate.
Dalam satu hantaran lain, kelihatan orang ramai beratur panjang bagi mendapatkan set sate bersama nasi impit itu. Ada juga hari di mana sate itu habis terjual dalam masa empat jam sahaja!
@sinwantz_ Sini event 4 Jam Je sehari, ingat Cukup lah Untuk 4 Jam. Last-Last 2 Jam Dia Kasi Licin Semua. Mmg Padu Orang Nanjing #fyp #sinwantz #foryoupage #china ♬ original sound – sinwantz_
Tonton video penuh [DI SINI].
Sama seperti di Malaysia, proses membakar sate itu dilakukan di hadapan orang ramai. Menurut anak kelahiran Jerantut Pahang tersebut, dia tidak mengubah resepi sate tetapi mengolah sedikit dari aspek kepedasannya.
Lebih mencuri perhatian, Sinwan akan memakai Baju Melayu setiap kali berniaga. Jelasnya, dia bukan sahaja mahu memperkenalkan makanan kegemaran rakyat Malaysia tetapi juga pakaian tradisional kita kepada orang luar.
@sinwantz_ Replying to @TIDURRMALEM Day 2 : Kena serbu terus. Satay Nanjing China #fyp #sinwantz #fypシ゚ #china #mixlegacy ♬ original sound – sinwantz_
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rakyat Malaysia Jual Sate Di Australia, Raih Jualan Hingga 400 Batang Dalam Tempoh 3 Jam
Ramai Teruja Makanan Malaysia Turut Digemari Rakyat China
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai teruja melihat makanan kebanggaan Malaysia mendapat sambutan luar biasa di China.
“Bayangkan nasi lemak jadi sepopular pasta dan kebab. Fuh mendonia,” kata seorang lelaki.
Malah ramai juga berharap agar banyak lagi makanan tempatan dapat diperkenalkan di sana.
“Pergh ini baru (makanan) standard ni. Belum lagi mi bandung, mi rebus, nasi kerabu, soto, ayam percik, lemang dan lain-lain,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, segelintir individu berpendapat pengunjung yang beratur itu mungkin rindu dengan makanan yang pernah dicuba sewaktu melancong ke Malaysia sebelum ini.
“Mereka dah biasa datang Malaysia. Mesti dah biasa makan nasi lemak masa dekat Malaysia, rindu,” kata seorang netizen.







Baca Artikel Berkaitan: “Macam Kat Malaysia” – Suasana Meriah Bazar Ramadan Di Australia Undang Perhatian Netizen
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Keluarga Di London Ini Raih Pendapatan Lebih RM2 Juta Setahun Dengan Jual Nasi Kerabu
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.