Now Reading
Lelaki Sanggup Minta Izin WFH Dari Majikan Untuk Jaga Rakan Hidap Kanser Raih Perhatian

Lelaki Sanggup Minta Izin WFH Dari Majikan Untuk Jaga Rakan Hidap Kanser Raih Perhatian

Apa yang lebih menarik perhatian, lelaki berkenaan tidak sekadar mengambil giliran untuk menjaga rakan yang menghidap kanser bahkan turut memasakkan makanan untuknya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sudah menjadi satu perkara yang biasa untuk setiap individu hidup bermasyarakat dan mempunyai rakan baik.

Bukan sekadar berkawan bahkan rakan baik juga adalah individu yang banyak mengetahui mengenai keadaan anda.

Malah ada ketika mereka turut menghulurkan bantuan sekiranya sahabat sedang berada dalam kesusahan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Batal Semua Urusan & Terbang Ke Kelantan Tolong Sahabat Jatuh Sakit, Lelaki Ini Raih Pujian Ramai

Lelaki minta izin nak kerja WFH sebab nak jaga kawan sakit kanser

Terbaharu, seorang lelaki turut melakukan perkara sama kepada sahabatnya apabila sanggup bekerja dari rumah (WFH) untuk membantu rakannya yang sedang sakit.

Menerusi hantaran yang dikongsikan Haziq Mahmur di Threads, dia memaklumkan telah meminta izin daripada majikan untuk bekerja dari rumah kerana ingin mengambil giliran untuk menjaga rakan yang sedang menghidap kanser.

Apa yang menjadi perhatian, dia dan rakan yang lain turut berpakat untuk bergilir-gilir mengambil cuti atau bekerja dari rumah untuk menjaga sahabatnya itu.

Siap ada jadual giliran jaga rakan sakit

Dalam hantaran itu, Haziq turut berkongsi tangkap layar perbualan di WhatsApp menunjukkan mereka mempunyai jadual giliran untuk menjaga rakannya itu.

Sewaktu menjaga rakan itu, Haziq tidak sekadar menemani sebaliknya turut memasak di rumah dan membawa makanan tersebut buat sahabatnya.

Mereka turut solat berjemaah bersama-sama di rumah meskipun rakannya itu kerana tidak larat untuk ke masjid.

“Selesai solat jemaah dengan dia. Dia tak larat nak ke masjid. Tapi tetap jadi imam.

“Selesai makan tengah hari. Tak selera katanya, sikit sahaja makannya. Tapi kena cuba (makan) untuk terus kuat,” ujar Haziq.

Jelas Haziq sewaktu menjaga rakannya itu terdapat pelbagai soalan yang ingin diajukan seperti bagaimana dia boleh menjadi kuat dalam menghadapi ujian tersebut.

Sifatkan rakan penat walaupun tidak berbuat banyak aktiviti

Namun mengetahui hatinya mudah tersentuh dan tidak kuat untuk mendengarnya, maka persoalan itu hanya bermain di dalam fikiran sahaja.

“Nak balik tadi tak sempat nak cipika cipiki (berbual) sebab dia penat. Tenaga tiada walaupun tidak berbuat apa sangat. Hanya sisipkan mesej sahaja, kerana tak nak kacau dia rehat.”

Dalam hantaran itu, Haziq berkongsi tangkap layar dia memaklumkan kepada rakannya untuk pulang ke rumah terlebih dahulu.

Malah dia turut meninggalkan makanan di atas meja untuk dinikmati oleh sahabatnya itu nanti.

Selain itu, dia turut berterima kasih kepada orang ramai kerana mendoakan rakannya.

“Saya balik dulu ya. Semoga Allah SWT berikan Syifa (kesihatan) dan tingkatkan darjat iman awak dari ujian ini insya-Allah. Saya ada tinggalkan sup dan sampul di atas meja,” ujarnya lagi.

Ahli keluarga rakan turut ucapkan terima kasih kerana bantu jaga adik ipar

Di ruangan komen, seorang pengguna dipercayai ahli keluarga kepada rakan Haziq turut mengucapkan terima kasih kerana telah membantu menjaga adik iparnya.

“Eh terjumpa pula post kawan adik tinggi lampai kita. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjaga adik ipar saya dan membantu dia serta isterinya iaitu adik saya sendiri. Disebabkan kalian, sedikit sebanyak membantu menaikkan semangat mereka berdua untuk tempuhi ujian berat ini.

“Terima kasih juga atas kesabaran kalian sebagai sahabatnya dalam menjaga dan menamani dia. Saya doakan anda semua dikurniakan rezeki yang barakah serta rahmat dan syifa daripada Allah SWT dalam kehidupan kalian sekeluarga,” katanya.

Ramai puji dan tersentuh lihat persahabatan dua lelaki ini

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji persahabatan dimiliki dua lelaki ini.

Malah ada yang mengatakan ia adalah perkara yang sukar untuk mendapat sahabat yang sanggup berkorban apa sahaja.

Perkara itu, turut menyentuh hati segelintir pengguna di Threads melihat kesetian mereka berkawan.

“Semoga Allah berkati awak dan rakan dengan segala kebaikan di dunia”

“Alhamdulillah, zaman sekarang susah nak cari sahabat macam ni. Semoga kawan dibebaskan dari kanser dan diberikan kesembuhan”

“Kebaikan yang awak lakukan pada kawan. Insya-Allah akan berbalik juga kepada awak sekeluarga nanti. Semoga dipermudahkan urusan awak dan rakan-rakan menjaga kawan tu nanti.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd