“Boleh Berjangkit Kutu..” – Ibu Ayah Biarkan Anak Guna Sikat Di Pasar Raya Undang Perhatian
Kelihatan seorang ayah sedang mendandan rambut anaknya menggunakan sikat yang belum dibelinya di pasar raya MYDIN manakala seorang lagi anak perempuannya sedang melakukan aksi sama menggunakan sikat lain.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, setiap individu seharusnya peka terhadap persekitaran dan menjadi pembeli yang berhemah.
Sikap ini bukan sahaja mencerminkan adab ketika berurusan di kedai, tetapi juga untuk kebersihan asas serta mengelakkan perkara yang boleh memudaratkan orang lain.
Namun begitu, masih ada segelintir pihak yang melakukan perkara tidak sepatutnya di pasar raya atau pusat membeli-belah.
Pelanggan Suka Hati Guna Sikat Di Pasar Raya Sebelum Membelinya
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@lifewith5rose) apabila seorang wanita berkongsi situasi dia bersama ahli keluarganya semasa mengunjungi sebuah cawangan pasar raya Mydin.
Menerusi video perkongsian, kelihatan dua anak perempuan sedang mendandan dirinya menggunakan sikat. Perkara yang mengundang perhatian adalah mereka telah menggunakan sikat yang berada di rak tanpa membuat pembayaran terlebih dahulu.
Dalam klip sama, kelihatan si suami sedang menyikat rambut anak kecilnya. Manakala seorang lagi anak perempuan sedang menyikat rambutnya sendiri menggunakan sikat yang lain.
@lifewith5rose mydin core hahahaha.. @mydinmalaysia #fyp #mydin ♬ original sound – ⠀ ⠀ ⠀ ⠀ ⠀᠌ ︎ ︎⠀ ⠀ – _certfied.cjae
Tonton video penuh [DI SINI].
Bimbang Kutu Atau Kelemumur Berjangkit Melalui Sikat
Hantaran tersebut kemudiannya mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik semula di laman Threads.
“Seriuslah? MYDIN apa punya perangai pembeli macam ni? Boleh jadi cross contamination (pencemaran silang) dan berjangkit tau sebagai contoh kutu, kulit kepala berkeruping dan kelemumur tanpa kita sedar 🤮. Lagi pun dia bukan beli pun dua sikat tu,” kata pengguna akaun (@8caun9).
Dalam satu tangkap layar dikongsi, kelihatan si ibu mengaku bahawa dia tidak membeli sikat yang dicuba di pasar raya terbabit.
“Tak beli sebab tak best, beli jenis lain,” katanya.

View on Threads
Wanita Buat ‘U-Turn’, Dakwa Telah Beli Sikat Yang Dicuba
Bagaimanapun, wanita berkenaan menerusi satu hantaran baharu telah meminta maaf kepada semua pihak yang terganggu dengan perkara tersebut selain meminta orang ramai berhenti menularkan perkara itu.
Menurut wanita berkenaan, sikat yang dicuba tidak mempunyai bungkusan dan tidak salah untuk dia menggunakannya.
“Kalau hampa was-was, balik nanti hampa basuh la (sikat),” ujar wanita terbabit.
Lain seperti yang diperkatakan di ruangan komen sebelum ini, wanita itu mendakwa dia membeli sikat yang telah dicuba.
“Tak payah la nak perli dalam TikTok ni. Sikat je pun. Aku nak tergelak hampa cakap dekat aku macam-macam. Kata aku penjaga jahat la, tunjuk teladan yang tak baik la. Be gentle okay, jangan terlalu marah-marah,” tambahnya lagi.
@lifewith5rose isu sikat mydin tu aku beli laa , Yang hampa nak marah aku knp😂 – I'm so sorry @Mydin Malaysia 🤭 sebab buat mcm tu.. 😄#fyp #mydincore ♬ original sound – SOFAIRUZ
Tonton video penuh [DI SINI].
Dalam pada itu, pengendali akaun MYDIN telah pun mengambil maklum tentang perkara ini dan meninggalkan komen, “WOI”.

Orang Ramai Kecam Tindakan Pembeli Selamba Guna Sikat Tanpa Lakukan Pembayaran
Rata-rata orang ramai mempersoalkan tindakan para penjaga yang membiarkan anak menggunakan sikat di pasar raya tanpa membuat pembayaran terlebih dahulu.
“Geli la. Tak kan tak tahu sikat rambut tak boleh kongsi. Asas kebersihan diri kot,” kata seorang pengguna Threads.
Seorang individu pula berkata ini merupakan sebab utama mengapa dia tidak suka mengambil barangan yang tersusun di bahagian paling hadapan pada rak produk.
“Nampak tak? Sebab tu la aku tak ambil barang yang (tersusun) dekat depan. Saya sanggup pilih belakang-belakang walaupun kena susun balik barang tu. Perangai ‘kelas belakang’ punya pasal,” ujar wanita itu.
Sementara itu, warganet juga berpendapat bahawa ibu bapa itu sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak agar mereka menjadi pembeli berhemah.
“Bila ibu bapa kurang didikan, mereka akan ajar anak-anak benda yang sama. Omg! Manusia tak bersivik dan dia sangat bangga dengan perkara tu. MYDIN patut ambil tindakan,” kata seorang netizen.







Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Kamu Punya Kedai” – Wanita Berang Selepas Ditegur Bawa Anjing Masuk Pasar Raya [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Video Gimik Suami Isteri Bergaduh Di Pasar Raya ST Rosyam Mart Tular Di Luar Negara [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Elak Kena Curi Kak” – Netizen Sindir Wanita Mengadu Cashier Kedai Keluarkan Barang Dalam Beg Untuk Scan Harga
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



