Now Reading
“300L Bukan 300KM” – Ceddy Terangkan Kuota BUDI95 Cukup Untuk Perjalanan Hingga 5,000KM

“300L Bukan 300KM” – Ceddy Terangkan Kuota BUDI95 Cukup Untuk Perjalanan Hingga 5,000KM

Ceddy turut berkongsi bahawa motosikal biasa boleh mencecah sehingga 13,500km dengan had petrol 300 liter itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Program subsidi bersasar BUDI95 kini menjadi topik yang hangat diperkatakan setelah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Menerusi program ini, setiap rakyat Malaysia dengan lesen kenderaan sah menerima kuota 300 liter petrol RON95 pada harga RM1.99 setiap bulan.

Namun begitu, ada yang merasakan had 300 liter ini tidak mencukupi, malah akan habis digunakan dalam perjalanan pulang ke kampung.

Baca Artikel Berkaitan: BUDI95: “Sekali Balik Kampung Dah Habis” – Lelaki Luah 300 Liter RON95 Sebulan Tak Cukup

Baca Artikel Berkaitan: Perlu MyKad & Lesen Memandu Aktif Untuk Nikmati RON95 RM1.99 Seliter Mulai 30 September

Ceddy Jelaskan Had 300 Liter Tidak Sama Dengan 300km

Baru-baru ini, pempengaruh Ceddy Ng menerusi hantaran di media sosial, tampil memberi pendapat apabila mengetahui ada yang merasakan kuota diberikan tidak mencukupi.

“I terkejut sebab I terbaca orang kata tak cukup. Apa maksud you tak cukup?” soalnya.

Dia menegaskan bahawa 300 liter minyak petrol bukanlah bersamaan dengan perjalanan berjarak 300km.

Ceddy turut bertanya kepada pemilik kereta atau motosikal sama ada mereka menyedari berapa jauhkan perjalanan yang boleh dilakukan dengan tangki minyak yang diisi penuh.

300 Liter Petrol Bersamaan Dengan 5,000km Bagi Kereta Biasa

Sebagai perspektif, Ceddy memberi contoh bahawa kebanyakan kereta biasa seperti Axia, City dan Vios boleh melakukan perjalanan sekitar 5,000km dengan had petrol 300 liter.

Dia juga mempersoalkan individu yang berkata jumlah 300 liter itu tidak mencukupi walaupun untuk perjalanan sekali pulang ke kampung.

“You punya kampung dekat mana? Sampai 5,000km,” katanya lagi.

Malah, Ceddy merasakan petrol 5,000km itu masih akan mempunyai baki dalam perjalanan dari Kuala Lumpur sehingga ke Laos melalui Thailand!

Menerusi semakan kami, perjalanan dari Kuala Lumpur sehingga ke ibu negara Laos, Vientiane yang terletak di bahagian selatan adalah sekitar 2,100km. Maksudnya tak sampai separuh daripada had yang diberikan.

Sumber: X/ @ceddyornot

Jarak Bagi Motosikal Boleh Mencecah 13,000km Dengan 300 Liter Petrol

Tambah Ceddy lagi, jumlah kilometer dengan kuota 300 liter petrol adalah amat tinggi bagi motosikal.

Seperti gambar yang dikongsikannya, jumlah itu bagi motosikal biasa boleh mencecah sehingga 13,500km, manakala motor sports pula sekitar 10,500km.

Dia juga menegaskan bahawa apa yang dikongsikan olehnya adalah pengetahuan umum yang perlu diketahui ramai.

Ramai Setuju Kuota 300 Liter Sebulan Adalah Mencukupi

Apa yang diperkatakan oleh Ceddy itu dipersetujui orang ramai yang menyatakan kuota petrol 300 liter sebulan mencukupi bagi mereka.

“Saya isi minyak kereta RM50 dalam 23 liter. Boleh pergi Johor Bahru dengan jaran lebih 300km,” jelas seorang individu.

Ada juga yang berkata kuota 300 liter itu adalah bagi seorang individu. Oleh itu isi rumah boleh berkongsi kuota, sebagai contoh suami dan isteri, untuk mendapatkan had isian petrol lebih tinggi.

Sumber: X

Kadar RON95 RM2.60 Seliter Jika Melebihi Kuota 300 Liter Sebulan

Seperti yang diumumkan, setiap rakyat Malaysia layak mendapatkan subsidi BUDI95 tanpa mengambil kira pendapatan. Janji kena ada lesen kenderaan yang sah dan aktif.

Anda boleh menyemak kelayakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan di laman web rasmi BUDI95 [DI SINI].

Di bawah program BUDI95, penerima dapat menikmati harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter dengan kuota 300 liter sebulan.

Isian melebihi had ini akan dikenakan pada kadar RM2.60 seliter sebelum kuota diperbaharui semula pada bulan seterusnya.

Semakan kuota boleh dilakukan menerusi aplikasi stesen petrol seperti Setel, Shell App atau CaltexGo setelah melakukan proses verifikasi.

Pengesahan MyKad Boleh Dilakukan Di Terminal Pam Juga

Bagi menikmati subsidi BUDI95, pengguna perlu mempamerkan kad pengenalan ketika membuat bayaran di stesen petrol sebagai pengesahan.

Bukan hanya di kaunter, pengesahan juga boleh dilakukan menerusi terminal pam dengan melakukan imbasa MyKad.

Anda cuma perlu mengikut arahan pada skrin dan memasukkan MyKad pada mesin imbas pada masa yang ditetapkan.

Malah jika pembelian petrol dilakukan menerusi aplikasi stesen petrol atau Touch ‘n Go eWallet, anda tidak perlu mengesahkan lagi kad pengenalan di stesen sekiranya telah melakukan proses verifikasi.

Baca Artikel Berkaitan: BUDI95: Tak Perlu Beratur Dekat Kaunter, Ini Cara Imbas MyKad Di Terminal Pam Minyak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lesen Memandu Tamat Melebihi Tiga Tahun Tak Layak Nikmati Budi95 – Anthony Loke

Baca Artikel Berkaitan: Perlu MyKad & Lesen Memandu Aktif Untuk Nikmati RON95 RM1.99 Seliter Mulai 30 September


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd