[Video] Tular Wetfood Kucing Ada Bahan Babi, Apakah Hukumnya Dalam Islam?
Menerusi hantaran di TikTok, seorang lelaki menunjukkan label pada tin makanan basah kucing yang menyatakan hati babi sebagai bahan utama.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pemilihan makanan yang bersesuaian adalah penting agar si bulus kesayangan kekal sihat dan bertenaga. Bulu pun boleh jadi makin gebu!
Namun mungkin ramai yang tidak tahu, terdapat juga jenama makanan kucing yang mengandungi bahan haram terutamanya babi.
Memandangkan makanan kucing berkenaan perlu diberi kepada si bulus yang sedang sakit bagi tujuan pemulihan, kadangkala pemilik yang beragama Islam tidak dapat mengelak daripada berbuat demikian.
Baca Artikel Berkaitan: Nama Hampir Sama, Kualiti Berlainan. Ini Cara Terbaik Untuk Pilih Makanan Buat Si Bulus
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Minta Lelaki Ini Untuk Ekorinya, Rupanya Nak ‘Mengadu’ Sesuatu
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Oyen Minum Air Rendaman Tauhu, Adakah Bekas Jilatan Kucing Najis?
Lelaki Kongsi Wetfood Kucing Mengandungi Hati Babi
Seperti yang dikongsikan semula baru-baru ini menerusi hantaran di TikTok (@aminahsigaraga), seorang lelaki mendedahkan dia baru sahaja mengetahui bahawa makanan basah (wetfood) yang diberi kepada kucingnya mengandungi bahan babi.
Dia menunjukkan label pada tin makanan tersebut yang menyatakan hati babi sebagai bahan utama bagi wetfood berkenaan.
Difahamkan dia pertama kali membeli wetfood mewah tersebut dengan niat untuk memanjakan si bulus yang sedang tidak sihat.
“Budak ni (si bulus) tak sihat harini. Pastu aku belanjalah dia makanan yang mewah sikit. Baru perasan, bahan utama dia hati babi,” katanya.
Tambahnya lagi, sebaik menyedari perkara itu dia terus membuang makanan tersebut serta mangkuk yang digunakan oleh kucingnya.
@aminahsigaraga Jom sebarkan sebarkan kepada kawan2 yang lain.. Semoga kita selamat kerana Allah swt #fyp #kucing #kucinglucu #kucinglucu #ftp ♬ original sound – Aminah_Sigaraga94
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Disaran Veterinar Agar Beri Wetfood Dengan Babi Untuk Kucing Sakit
Menjenguk ke ruangan komen, ramai yang berkata mereka juga pernah disarankan untuk memberi wetfood dengan kandungan babi tersebut oleh doktor haiwan sewaktu kucing sakit.
“Selalunya makanan kucing yang ada babi ni untuk kucing special need. Kalau kucing sihat tak ada,” ujar seorang wanita.
Seorang individu turut mencadangkan langkah berhati-hati dengan menggunakan bekas pakai buang dan memakai sarung tangan sekiranya risau tersentuh makanan itu.
Ada juga yang menyatakan beberapa jenama makanan kucing yang menggunakan babi sebagai sebahagian bahan utamanya.






Apa Hukum Beri Makanan Kucing Yang Ada Kandungan Babi?
Perkara ini mungkin menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai tentang hukum memberi si bulus tersayang makanan dengan bahan haram.
Menurut Jabatan Mufti Negeri Selangor, tidak menjadi masalah untuk memberi kucing makanan yang mengandungi babi memandangkan haiwan tidak terikat dengan syariat.
Namun sekiranya pemiliki tersentuh makanan tersebut, dia perlulah menyucikan diri secara sertu iaitu sebanyak tujuh kali basuhan yang dimulakan dengan air tanah.
Sebaliknya, tidak perlu sertu jika terpegang najis yang dikeluarkan oleh kucing setelah makan produk tersebut memandangkan tidak kelihatan ain pada najis.
Tak Perlu Sertu Peralatan Makanan Kucing Kerana Babi Tidak Lagi Berjisim
Di samping itu, penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus turut memberi penerangan mengenai isu ini.
Menurutnya, sekiranya makanan kucing yang mengandungi bahan babi berciciran di lantai rumah atau diletakkan di dalam pinggan sekalipun hanya perlu dibasuh seperti biasa dan tidak perlu disertu.
Beliau menerangkan bahawa perbuatan sertu hanya perlu dilakukan ke atas najis mughallazah termasuk babi yang masih dalam keadaan berjisim, iaitu mempunyai bentuknya sama ada daging, tulang dan sebagainya.
Kebiasaannya, makanan basah kucing yang telah diproses tidak lagi mempunyai bentuk bahan asal, tetapi hanya berbentuk seperti separa pepejal atau cecair.
Wetfood Mengandungi Babi Penting Untuk Pemulihan Kucing Yang Sakit
Dalam masa sama, pasti ada yang tertanya-tanya mengapakah ada makanan kucing yang menggunakan protein babi dan bukan haiwan lain?
Berdasarkan penerangan oleh doktor veterinar di klinik haiwan Tuah Vet, bahan babi yang terkandung dalam makanan kucing sebenarnya mempunyai kepentingan tersendiri.
Menurutnya, protein yang telah diekstrak dari babi untuk mendapatkan enzim tertentu penting bagi memulihkan tisu badan kucing yang rosak dan jisim ototnya.
Bahan gliserin pula merupakan salah satu lemak untuk memberi tenaga kepada kucing lemah agar segera sembuh.
Di samping itu, gelatin pula bertujuan untuk tekstur yang bersesuaian bagi menarik minat kucing untuk makan.
“Kalau perasan, makanan recover adalah makanan yang kucing tiba-tiba nak makan sebabkan tekstur dia,” katanya.
Makanan ini juga lebih mudah dihadam dan diserap tubuh badan kucing, sekaligus membantu fungsi usus untuk berjalan dengan baik serta mengelakkan si bulus muntah dan cirit-birit.
@tuahvet Replying to @AiraDelisha ♬ original sound – Tuahvet
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rupa-Rupanya Kucing Juga Boleh Kena Diabetes, Sampai Kena Potong Kaki
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Veterinar Kongsi 4 Tanda Kucing Anda Ada Cacing, Take Note!
Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Kucing Anda Suka Duduk Dalam Posisi ‘Cat Loaf’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



