Now Reading
Wanita Kongsi Pengalaman Tour Percuma Di Istanbul Dengan Turkish Airlines Ketika Transit

Wanita Kongsi Pengalaman Tour Percuma Di Istanbul Dengan Turkish Airlines Ketika Transit

Bagi penumpang Turkish Airlines dengan tempoh stopover lebih 20 jam, mereka boleh bermalam di hotel secara percuma tertakluk kepada syarat-syarat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebiasaannya sewaktu melancong ke negara-negara di Eropah, ramai yang memilih penerbangan transit berbanding ‘direct flight’ kerana harganya jauh lebih murah.

Salah satu destinasi transit terkenal di Eropah ialah Lapangan Terbang Istanbul, Turkiye bagi mereka yang menggunakan penerbangan Turkish Airlines.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Turkish Airlines membawa kelainan apabila menawarkan keistimewaan buat para penumpangnya sewaktu transit di Lapangan Terbang Istanbul.

Baca Artikel Berkaitan: 3 Filem Ini Pamer Pengalaman ‘Extraordinary’ Di Istanbul. Memang Terpesona!

Baca Artikel Berkaitan: Dari Darat Ke Udara, Malaysia Airlines Lancar Penerbangan Dengan Team All-Women

Wanita Kongsi Pengalaman Sertai Lawatan Touristanbul

Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi satu hantaran di TikTok (@dheeyanatashaa).

Dia mengetahui tentang tawaran Touristanbul setelah membuat carian selepas membeli tiket penerbangan Turkish Airlines dari Malaysia ke United Kingdom.

Katanya, penerbangan yang dinaiki olehnya transit di Lapangan Terbang Istanbul dengan tempoh persinggahan (layover) selama 10 jam.

Wanita itu menerangkan bahawa penumpang boleh menyertai lawatan bersama Touristanbul secara percuma jika layover sekurang-kurangnya enam jam.

Dalam lawatan itu, dia telah menaiki bas dari lapangan terbang ke bandar Istanbul dan turut berkesempatan menyertai cruise. Para penumpang dihidangkan makanan di restoran yang ditanggung sepenuhnya.

Namun wanita itu berkata tidak banyak tempat yang dapat dikunjungi memandangkan dia menyertai lawatan tersebut pada waktu malam.

Gambar sekadar hiasan

Wanita Bermalam Di Hotel Secara Percuma Kerana Tempoh Transit Lama

Ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia pula, penerbangannya telah transit di Lapangan Terbang Istanbul dalam tempoh stopover sehingga 29 jam.

Disebabkan tempoh stopover yang lama, dia layak bermalam di sebuah hotel yang terletak di tengah bandar secara percuma sahaja.

Dia menjelaskan bahawa penempahan hotel percuma itu perlu dilakukan lebih awal menerusi e-mel kepada pihak Turkish Airlines.

Tambahnya lagi, dia telah mendaftar masuk pada jam 11 malam dan mendaftar keluar pada 8 malam keesokan harinya. Ini adalah berbeza berbanding kebanyakan hotel yang perlu ‘check out’ seawal 11 pagi.

Di samping itu, dia juga berkongsi bahawa pelancong boleh menggunakan perkhidmatan bas dari lapangan terbang untuk ke hotel dengan bayaran RM35 sehala.

“Kat bandar naik tram. Guna Istanbul Card, dia macam kad Touch N Go. Kad beli kat lapangan terbang sebab kena guna untuk naik bas juga,” katanya.

@dheeyanatashaa

Tips to make your trip worthhhh, I basically went to Istanbul for FREE

♬ original sound – dhee

Tonton video penuh [DI SINI].

Touristanbul Sedia 7 Jadual Lawatan, Ada Yang Siap Boleh Naik Cruise

Menerusi carian kami, terdapat tujuh jadual lawatan yang disediakan di bawah Touristanbul iaitu:

  • Sightseeing Tour (8am-11.30am)
  • Half day tour (8.30am-3pm)
  • Full day tour (8.30am-6pm)
  • TourAsia (12pm-6pm)
  • Evening tour (4pm-9.30pm)
  • Bosphorus tour dari 1 April hingga 30 November (6.30pm-11pm)
  • Old city tour (6.30pm-11pm)

Setiap tempat yang dilawati adalah berbeza mengikut jadual lawatan. Antara tempat yang bakal dikunjungi termasuk:

  • Blue Mosque
  • Ayasofya Mosque
  • Taksim Square
  • Aqueduct of Valens
  • Golden Horn
  • Dolmabahçe Palace
  • Hippodrome: German Fountain
  • Egyptian Obelisk
Masjid Hagia Sophia (Ayasofya) yang terletak di Istanbul, Turkiye

Baca Artikel Berkaitan: 86 Tahun Bergelar Muzium & Kembali Menjadi Masjid, Ini Sejarah Ringkas Hagia Sophia Yang Patut Anda Tahu

Pengunjung juga boleh menyertai Bosphorus Cruise di bawah Bosphorus tour secara percuma.

Menurut Turkish Airlines, kesemua bayaran termasuk servis pemandu pelancong, makanan, pengangkutan dan tiket kemasukan ke muzium ditanggung oleh pihaknya.

Touristanbul Untuk Penumpang Dengan Tempoh Layover Lebih 6 Jam

Tawaran ini tersedia untuk semua penumpang Turkish Airlines dengan tempoh layover antara enam ke 24 jam dan waktu penerbangan yang bersesuaian mengikut jadual lawatan.

Jika anda berminat untuk lakukan tempahan bagi servis Touristanbul, sila layari laman web Turkish Airlines [DI SINI].

Pastikan anda memiliki tiket Turkish Airlines bermula dengan nombor 235, dengan penerbangan pelepasan dan ketibaan pada kod tempahan (PNR) yang sama.

Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, anda perlu melaporkan diri ke Touristanbul Registration Desk sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu lawatan bermula.

Diingatkan juga agar tiba di balai pelepasan sekurang-kurangnya 1 jam 25 minit sebelum waktu penerbangan selepas pulang ke lapangan terbang dari lawatan tersebut.

Transit Lebih 20 Jam Boleh Bermalam Percuma Di Hotel

Apa yang lebih menarik lagi, Turkish Airlines turut menawarkan Stopover Service buat penumpang dengan sekurang-kurangnya 20 jam tempoh transit yang membolehkan mereka untuk bermalam di hotel secara percuma.

Namun servis ini cuma tersedia buat penerbangan berlepas dan kembali yang dibuat dalam satu tempahan, serta berlepas dan pulang ke negara yang sama.

Stopover Service juga boleh digunakan hanya sekali dalam perjalanan tersebut, sama ada ketika berlepas atau dalam perjalanan pulang.

Hotel serta jumlah bermalam yang ditawarkan adalah berbeza mengikut kelas tiket penerbangan, iaitu:

  • Penumpang Kelas Ekonomi – Satu malam di hotel 4-bintang.
  • Penumpang Kelas Perniagaan – Dua malam di hotel 5-bintang atau hotel butik.

Penumpang yang berlepas dari beberapa negara termasuk Malaysia pula layak menikmati keistimewaan iaitu satu hari tambahan di hotel terbabit.

Blue Mosque di Istanbul, Turkiye

Tak Boleh Guna Servis Stopover & Touristanbul Dalam Transit Sama

Pun begitu, diingatkan bahawa penumpang Turkish Airlines tidak boleh menggunakan servis Touristanbul dan Stopover pada tempoh transit yang sama.

Oleh itu di bawah Stopover Service ini, lain-lain perbelanjaan termasuk perjalanan ke dan dari hotel, lawatan ke tempat bersejarah dan tiket masuk ke muzium adalah di bawah tanggungan sendiri.

Untuk menggunakan servis berkenaan, penumpang perlu membuat tempahan sekurang-kurangnya 72 jam sebelum penerbangan pertama menerusi alamat e-mel setiap negara.

Bagi penumpang yang berlepas dari Malaysia, e-mel boleh dihantar ke alamat [freehotelmalaysia@thy.com].

Tempahan juga boleh dilakukan menerusi laman web Turkish Airlines [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Ini Langkah Perlu Diambil Jika Pasport Rosak Atau Basah Terkena Air

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kongsi Risiko Beli Tiket Penerbangan Guna 3rd Party


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd