Now Reading
“Tak Puas Hati, Jangan Bagi Silent Treatment” – Ini Antara Senarai Nasihat Perkahwinan Buat Bakal Pengantin

“Tak Puas Hati, Jangan Bagi Silent Treatment” – Ini Antara Senarai Nasihat Perkahwinan Buat Bakal Pengantin

Antara tips yang dikongsikan oleh orang ramai adalah saling menghormati cara dan pandangan masing-masing, menjaga aib pasangan dan sentiasa bersabar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Melayari bahtera perkahwinan buat kali pertama merupakan satu babak yang amat penting buat pasangan suami isteri.

Malah kebiasaannya, mereka akan mempelajari banyak perkara baharu tentang pasangan masing-masing selepas baru sahaja memasuki alam perkahwinan.

Oleh itu, pasangan baharu boleh mengambil nasihat daripada pasangan suami isteri yang telah lama membina rumah tangga agar hubungan dapat berkekalan lama dan menjadi lebih utuh.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Teruja Lepas Tahu Rupanya Ada Kursus Pasca Perkahwinan Buat Pasangan Dah Lama Kahwin

Baca Artikel Berkaitan: Dah Kahwin Atau Bakal Berumah Tangga? Ini 7 Ciri Suami ‘Red Flag’ Yang Wanita Wajib Tahu

Orang Ramai Kongsi Nasihat Perkahwinan Buat Pasangan Bakal Bernikah

Seperti yang dikongsikan di ruangan Threads (@mzhafx), orang ramai telah memberi nasihat perkahwinan buat golongan bujang dan mereka yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Bukan sahaja perkara yang perlu dilakukan dan dielakkan ketika alam perkahwinan, tetapi turut merangkumi saranan sejak sebelum bernikah lagi.

View on Threads
#1. Jangan belanja berlebihan untuk majlis kahwin

Menjadi antara majlis terpenting yang selalunya diadakan sekali seumur hidup, pasangan pengantin pasti mahukan majlis yang ‘grand’.

Kadangkala ada yang sanggup berhutang hanya untuk mengadakan majlis perkahwinan gilang-gemilang.

Namun ramai yang memberi saranan agar menyimpan duit yang dikumpul untuk perbelanjaan selepas berkahwin, seperti untuk memberi barang-barang rumah.

Boleh juga gunakan duit tersebut untuk pergi berbulan madu!

Sumber gambar: Canva

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wajar Ke Buat Pinjaman Peribadi Hanya Untuk Majlis Perkahwinan?

Baca Artikel Berkaitan: Kos Kahwin Di Malaysia Antara Tertinggi Di ASEAN, Ada Yang Sampai Berhutang

#2. Amalkan komunikasi sihat dengan pasangan

Dalam mana-mana hubungan sekali pun, komunikasi merupakan salah satu perkara penting yang perlu diamalkan.

Jika ada berasa tidak puas hati dengan sesuatu perkara, maklumkan kepada pasangan dan jangan simpan sendiri sehingga menjadi masalah yang lebih besar.

Ini termasuklah memaafkan serta meminta maaf kepada pasangan masing-masing sebelum tidur.

“Kalau bergaduh macam mana sekali pun, jangan sesekali pisahkan tempat tidur,” kata seorang wanita.

#3. Hormat cara pasangan dan keluarga mertua

Apabila sudah berkahwin dengan seseorang, itu bermakna anda bersetuju menerima segala baik buruknya.

Jadi, jangan pula mengharapkan pasangan akan mengikut segala gaya yang diterapkan oleh anda.

Ini kerana mereka dibesarkan dalam keluarga berbeza dan mempunyai cara yang tersendiri termasuklah dari sekecil-kecil perkara seperti memasak, melipat baju dan menyusun atur rumah.

Asalkan isu yang berbangkit tidak sehingga mengganggu hubungan, biarkan sahaja pasangan dengan cara masing-masing.

“Terima fakta bahawa suami dan isteri dari dua keluarga berbeza dengan budaya, latar belakang dan trauma masing-masing yang perlu dihormati. Tak ada antara kita yang ‘lebih bagus’,” kata seorang wanita.

Sumber gambar: Canva
#4. Jaga aib pasangan

Dengan trend penggunaan media sosial yang semakin meningkat, ramai yang secara sengaja mahupun tidak kerap berkongsi tentang privasi sendiri.

Malah, ada juga yang sehingga menguar-uarkan keburukan dan kekurangan pasangan sendiri dengan alasan ingin mendapatkan pendapat atau nasihat.

Perkara ini sebenarnya hanya mendedahkan aib dan membuka ruang kepada orang ramai untuk merendah-rendahkan pasangan anda.

Bincang masalah perkahwinan sesama sendiri, selain berdoa kepada Allah SWT untuk diberi petunjuk dan dipermudahkan segala urusan.

Kalau rasa perlukan pendapat pihak ketiga, cuba hadiri sesi kaunseling bersama pasangan anda.

#5. Bincang matlamat keluarga bersama

Mendirikan rumah tangga dan mengembangkan keluarga bukanlah suatu perkara remeh atau enteng yang didatangkan dengan tanggungjawab tinggi.

Oleh itu, bincang segala perkara berkaitan keluarga sebelum menikahi seseorang.

Ini termasuklah dari segi rancangan masa depan seperti jumlah anak yang dikehendaki, impian yang dipasang dan matlamat kewangan keluarga.

Ingat, keluarga adalah sebuah kumpulan yang memerlukan kerjasama semua ahlinya!

“Perkahwinan adalah tentang kerjasama. Beri dan terima. Kadangkala anda akan berusaha lebih apabila pasangan berdepan masalah, begitu juga sebaliknya,” ujar seorang individu.

Sumber gambar: Canva
#6. Jaga hubungan dengan bukan mahram

Ini termasuklah dalam menjaga batas dengan individu bukan mahram, lebih-lebih lagi di tempat kerja.

Sama ada suami mahupun isteri, kedua-duanya wajib sering menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan sendiri.

Institusi perkahwinan ibarat membina sebuah masjid yang pasti berdepan dengan pelbagai ujian dan hasutan syaitan.

#7. Mengutamakan agama & Allah SWT

Buat mereka yang beragama Islam, walaupun anda amat menyayangi pasangan masing-masing, namun ingat bahawa cinta yang utama adalah terhadap Allah SWT.

Jika anda menjaga hubungan dengan Maha Esa, insha-Allah keluarga juga akan kekal bahagia.

“Pastikan dua-dua suami isteri meluangkan masa untuk menyertai program agama. Ini akan membantu apabila mengalami kesukaran,” kata seorang warganet.

Sumber gambar: Canva
#8. Sentiasa Bersabar

Kedengaran cliche, namun yang paling penting dalam sesebuah hubungan adalah untuk sentiasa bersabar.

Dengan kesabaran dan izinNya, insha-Allah perkahwinan akal berkekalan hingga ke akhir hayat.

Apabila menghadapi sesuatu masalah, bincangkan bersama dengan hati yang terbuka dan saling memaafkan antara satu sama lain.

#9. Nikmati perkahwinan dengan pasangan

Bukanlah sesuatu yang mudah untuk sesebuah pasangan sampai ke tahap membina keluarga sendiri. Pasti telah banyak melalui susah senang bersama-sama.

Oleh itu nikmatilah dan hormatilah perkahwinan yang dibina. Ramai yang memberi saranan agar memilih pasangan yang boleh menjadi BFF kita.

Walau apa jua kesukaran yang dihadapi, sentiasa berbincang dan bergelak tawa bersama.

“Tiada resepi rahsia melainkan bergelak-ketawa dengan pasangan. Penat jaga anak?Bersembang dan saling tertawa. Duit makin susut? Gelak,” kata seorang wanita.

Sumber gambar: Canva
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Orang Ramai Kongsi Idea Doorgift Kahwin Bermanfaat Yang Tak Akan Dibuang Para Tetamu

Baca Artikel Berkaitan: Nak Kahwin Dalam Masa Setahun Tapi Duit Tak Cukup? Ini Tips Dari Pakar Kewangan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Tak Nak Bebankan” – Ramai Setuju Lelaki Tak Perlu Tanggung Majlis Kahwin Belah Perempuan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd