Gara-Gara Parkir Kereta Ke Arah Bertentangan Lalu Lintas, Individu Terima Saman RM100 Di Kampar
Seorang individu mendakwa bahawa ramai yang dikenakan saman sedemikian di Kampar akibat parkir berlawanan dengan arus lalu lintas.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Nak mencari tempat parking memang bukan tugas yang mudah, lebih-lebih lagi di kawasan yang padat dengan penduduk seperti berhampiran flat atau apartmen.
Sebaik sahaja ternampak petak kosong, para pemandu mesti akan cepat-cepat mendapatkannya walaupun yang berada di bahu jalan bertentangan. Kadangkala sampai buat U-turn ‘haram’.
Mungkin ramai yang tidak tahu, namun satu cara meletakkan kenderaan di tepi bahu jalan yang banyak dilakukan sebenarnya salah di sisi undang-undang.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Parkir Di Tepi Jalan Jadi Punca Kereta Lain ‘Stuck’ Hingga 10 Minit
Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Cop Parking Salah Di Sisi Undang-undang?
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kutip RM5 Hingga RM10, Lelaki Pertikai Tindakan Warga Asing Jadi ‘Ulat Parkir’ Di Bukit Bintang
Individu Disaman Kerana Letak Kenderaan Bertentangan Arah Lalu Lintas
Berdasarkan hantaran di Threads (@annas.zainal), seorang individu berkongsi bahawa dia dikenakan saman sebanyak RM100 yang dicatat sebagai “letak di jalan sebelah yang salah”.
Menurutnya, saman itu diterima akibat meletakkan keretanya di dalam petak parkir menghadap ke arah bertentangan dengan arah lalu lintas.
Dalam kata lain, tayar sebelah kiri keretanya berada di sebelah jalan raya, manakala tayar kanan berada berhampiran bahu jalan.
Difahamkan dia menerima saman itu di sekitar Jalan Hala Timah 3 yang terletak di Kampar, Perak.
Menjawab soalan pengguna Threads lain, dia berkata jalan itu merupakan jalan dua hala dan dia tidak memandu di arah bertentangan.
View on Threads
Pengguna Media Sosial Dakwa Banyak Kereta Di Kampar Terima Saman Sedemikian
Menjenguk ke ruangan balas, segelintir individu baru sahaja mengetahui tentang peraturan tersebut yang sebenarnya turut banyak diguna pakai di luar negara seperti di Thailand dan Jerman.
Namun ramai juga yang sedia tahu tentang kesalahan itu dan mengingatkan yang lain agar tidak meletakkan kenderaan sedemikian.
“Benda ni dah lama ada. Pernah kena sebelum PKP lagi. Mungkin ramai yang tak tahu sebab jarang-jarang kesalahan ini berlaku. Tengok pada penguasa tempatan juga,” kata seorang pengguna media sosial.
Seorang individu turut mendakwa bahawa saman itu sering dikenakan di kereta-kereta yang diparkir dengan cara sedemikian di sekitar Kampar.
Di samping itu, seorang warganet menjelaskan saman dikenakan mungkin kerana kenderaan akan memasuki arah bertentangan apabila hendak dikeluarkan daripada parkir kemudian.
“Sebab masa nak keluar parking akan masuk lane orang sebelum masuk lane sendiri,” katanya.






Kesalahan Parkir Bertentangan Arah Tiada Dalam Senarai JPJ, Tetapi Tertakluk Pada PBT
Menerusi carian kami, kesalahan terbabit tidak dinyatakan di dalam dokumen ‘Senarai-senarai Kesalahan Mengikut Kategori dan Jenis Kesalahan‘ oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Namun seperti dinyatakan oleh seorang individu, kesalahan itu mungkin bergantung kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Sebagai contoh, kesalahan itu merupakan salah satu kesalahan yang sering dikenakan kompaun di bawah Majlis Perbandaran Manjung sebagai ‘kereta diletakkan tidak mengikut arah perjalanan lalu lintas’.
Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Boleh Park Kereta di Petak Khas Pada Waktu Tertentu?
Sebagai info, antara kesalahan meletakkan kenderaan yang dinyatakan oleh JPJ termasuk:
- Di tempat yang menyebabkan bahaya.
- Berhampiran pili bomba kurang daripada 10 kaki.
- Di hentian bas kurang daripada 30 kaki.
- Di simpang jalan kurang daripada 30 kaki.
- Di selekoh kurang daripada 30 kaki.
- Di lorong kecemasan.
- Di garisan berkembar.
- Di garisan lurus dan putus-putus.
Baca Artikel Berkaitan: “Minda Kelas Ketiga” – Penunggang Motosikal Parkir Sekitar Bus Stop Undang Kecaman
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Motosikal Parkir Di Petak OKU Hingga Halang Wanita Tolak ‘Wheelchair’ Undang Kecaman
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Kereta Mewah Selamba Parkir Di Laluan Pejalan Kaki & Selekoh Undang Kecaman
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.