Now Reading
Masih Ada Baki AL Walau Dah Nak Berhenti Kerja? Ini Pengiraan Untuk Tuntut Bayaran Dari Majikan

Masih Ada Baki AL Walau Dah Nak Berhenti Kerja? Ini Pengiraan Untuk Tuntut Bayaran Dari Majikan

Untuk info di bawah Akta Kerja 1955, setiap kakitangan yang berhenti kerja berhak menerima Leave Encashment (LE) untuk baki cuti tahunan yang ada.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila sudah tiba masanya, para pekerja akan beralih ke syarikat lain bagi mendapatkan peluang dan persekitaran baharu.

Memang tidak dapat dinafikan banyak proses yang perlu diselesaikan bersama staf Sumber Manusia (HR) sebelum beredar.

Selain memulangkan hak syarikat seperti kenderaan atau komputer riba, pekerja juga mempunyai hak sendiri untuk menuntut bayaran dari majikan tentang sesuatu perkara yang tertakluk di bawah Akta Kerja 1955.

Pekerja Nak Berhenti Kerja Berhak Tuntut Bayaran Baki AL

Baru-baru ini, seorang kakitangan Sumber Manusia (HR) dikenali sebagai Norzarina Norhidullah berkongsi perkara yang boleh dituntut oleh pekerja selepas menamatkan perkhidmatan di sesebuah syarikat.

Menurut Norzarina, setiap kakitangan berhak menerima Leave Encashment (LE) iaitu bayaran untuk baki cuti tahunan yang tidak sempat digunakan sebelum berhenti bekerja.

“Jangan confuse ya, ini bukan faedah tambahan. Undang-undang memang kata, kalau kita ada baki cuti, kita berhak dibayar,” jelas Norzarina.

Sumber: Freepik
#1. Kira Jumlah Cuti AL Anda Yang Tinggal Sebelum Berhenti Kerja

Berikut adalah cara bagi mengira jumlah cuti yang anda sepatutnya terima sehingga tarikh tamat perkhidmatan mengikut formula pro-rata AL.

Di bawah Akta Kerja 1955, Seksyen 60E(1), sekiranya anda tidak cukup tempoh setahun bekerja, cuti tahunan perlu mengikut tempoh sebenar berkhidmat.

FORMULA: Jumlah cuti setahun ÷ 12 x bulan bekerja

Contoh pengiraan adalah seperti di bawah:

  • AL diperuntukkan: 14 hari (mengikut kontrak)
  • Tarikh berhenti kerja: 31 Julai 2025
  • Tempoh berkhidmat: 7 bulan

14 ÷ 12 x 7 = 8.166 hari

Menurut Akta Kerja 1955, Seksyen 60E(2) pula adalah:

  • < 0.5 hari = Buang (tidak dikira sebagai hari cuti)
  • ≥ 0.5 hari = Genapkan 1 hari (waktu cuti)

Maka tempoh hari cuti tahunan yang boleh dituntut adalah selama 8 hari.

#2. Kenal Pasti Tempoh Hari Cuti Yang Perlu Dibayar Majikan

Langkah seterusnya adalah mengenal pasti jumlah hari yang perlu dibayar oleh majikan kepada anda:

Caranya adalah dengan menolak cuti tahunan yang sepatutnya diterima dengan jumlah cuti yang sudah digunakan sebelum berhenti kerja. Sebagai contoh, jika anda sudah mengambil cuti sebanyak dua (2) kali maka cuti yang tinggal adalah enam (6) hari.

#3. Kenal Pasti Nilai Leave Encashment

Langkah terakhir adalah memastikan nilai LE, iaitu bayaran akhir yang perlu dibayar pihak majikan kepada pekerja yang sudah berhenti kerja.

Bagi mendapatkan kiraan LE, anda perlu melakukan pengiraan Ordinary Rate of Pay (ORP) dahulu mengikut Akta Kerja 1955 Seksyen 60I(1A).

  • FORMULA ORP: Gaji bulanan ÷ 26
  • FORMULA LE: Baki cuti x ORP

Contoh pengiraan:

  • ORP: RM1,700 ÷ 26 = RM65.40
  • LE: 6 x RM65.40 = RM392.40

“RM392.40 adalah jumlah yang korang patut dapat sebagai bayaran baki AL yg tidak sempat digunakan atau juga dikenali sebagai Leave Encashment (jika rujuk senario pendapatan di atas),” ulas Norzarina.

Bayaran AL Masih Tolak EPF, PERKESO & EIS

Namun perlu diingatkan bahawa jumlah akhir ini tetap dikenakan caruman KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan juga EIS (Sistem Insurans Pekerjaan).

Oleh disebabkan itu, gaji bersih yang masuk ke dalam akaun simpanan anda berkemungkinan kurang sedikit dari kiraan kasar.

Sumber: Malay Mail

Untuk info, setiap pengiraan dan syarat di atas hanya tertakluk untuk pekerja di bawah Akta Kerja 1955 (EA1955).

Antara perkara yang boleh melucutkan kelayakan anda bagi menggunakan akta terbabit adalah:

  • Tempoh perkhidmatan kurang dari 12 bulan
  • Pekerja diberhentikan atas sebab salah laku
  • Tiada baki cuti tahunan
  • Pekerja merupakan domestic employee iaitu individu yang diambil bekerja untuk kerja-kerja rumah tangga di rumah majikan dan bukannya dalam perniagaan, mengikut Akta Kerja 1955.
Sumber: Pexels

Apa Berlaku Jika Kontrak Habis Sebelum Sempat Gunakan AL?

Tambah Norzarina, pengiraan yang sama turut digunakan untuk kes pekerja yang sudah tamat kontrak tetapi mempunyai baki cuti tahunan.

“Bila kontrak tamat dan masih ada baki cuti tahunan yang belum diambil, formula sama digunakan dan company wajib bayar (leave encashment) ikut subseksyen 60E(2A) EA1955,” kata HR tersebut.

Hak itu tidak boleh digugurkan kecuali memang pekerja sendiri yang enggan mengambil cuti dalam tempoh 12 bulan.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Perlindungan PERKESO Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Bos Paksa Staf Mohon Cuti Tahunan Atau Cuti Tanpa Gaji Gara-gara Pejabat Tak Operasi. Boleh Ke?

Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Kalau Terima MC Ketika Sedang Cuti Tahunan?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd