Now Reading
[Video] Mekyun Kongsi Kenapa Banyak Makanan & Colok Di Tepi Jalan Pada Bulan Ini

[Video] Mekyun Kongsi Kenapa Banyak Makanan & Colok Di Tepi Jalan Pada Bulan Ini

Aktiviti itu kebiasaannya dilakukan oleh penganut Buddha sepanjang bulan ke-7 dalam kalendar Lunar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang kita tahu, Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis etnik yang mempunyai budaya dan kepercayaan tersendiri.

Bagi mengekalkan perpaduan di kalangan masyarakat, adalah penting bagi setiap individu menghormati perbezaan kepercayaan ini. Dalam masa sama, bagus juga kalau kita mempelajari dan memahami setiap upacara dilakukan kaum lain.

Kalau anda perasan pada waktu ini, banyak makanan diletakkan secara rawak di tepi jalan. Kadangkala ada makanan berat, buah dan juga jajan. Tetapi siapa yang letak dan apakah maksud di sebaliknya?

Sesetengah Orang Cina Percaya Upacara Bulan Hantu (Hungry Ghost Festival)

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila influencer Mekyun berkongsi tentang kepercayaan sesetengah masyarakat Cina pada bulan ini.

Menurutnya, ramai di kalangan kaum itu akan meletakkan pelbagai jenis makanan, minuman dan juga colok di kawasan tepi jalan.

Kalau anda nak tahu, perbuatan terbabit adalah bersempena dengan upacara Bulan Hantu (Hungry Ghost) yang dipercayai penganut Buddha.

Sumber: Mortician in The Kitchen

“Sebahagian orang Cina percaya upacara ini pintu neraka roh atau hantu terbuka sepanjang bulan ni. Masa inilah roh-roh dari alam lain yang lapar, tak tenteram keluar masuk ke dunia manusia kita,” kata Mekyun.

Dalam erti kata mudah, fungsi makanan tersebut diletakkan adalah bagi memastikan roh ini tidak kelaparan.

Di Taiwan, roh-roh berkenaan dipercayai berkeliaran sepanjang bulan ke-7 dalam kalendar Lunar. Memetik The Merdeka Times, perayaan itu mempunyai pelbagai nama mengikut negara sebagai contoh Festival Zhongyuan serta Festival Yulanpen di China dan Festival Obon di Jepun. 

Namun hanya namanya sahaja yang berbeza, tradisi diterapkan masih sama.

Sumber: Malay Mail

Hell Note Dibakar Untuk Kegunaan Roh Yang Berkeliaran

Antara aktiviti lain yang dilakukan pada bulan ini adalah membakar replika duit kertas kerana roh dikatakan akan ‘terima’ duit tersebut untuk kegunaan di dunia mereka.

Wang kertas itu mempunyai coraknya tersendiri dan dipanggil sebagai ‘Hell Note’.

Sumber: Malay Mail

Selain wang kertas, ada juga yang membakar pakaian, keperluan harian dan juga barangan mewah.

Kesemua perbuatan yang dinyatakan dilakukan bagi menghormati dan menenangkan roh-roh agar tidak mengacau manusia.

“Makanan dan minuman diletakkan sebagai offering (tawaran) untuk kenyangkan roh-roh yang berkeliaran di luar sana. Lepas bakar (Hell Note) kami akan basuh dan bersihkan tempat ni,” tambah Mekyun.

Pantang Larang Masyarakat Cina Ketika Bulan Hantu

Bukan sekadar menawarkan makanan dan duit kertas, malah golongan Cina juga mempunyai pantang larang yang perlu dipatuhi sepanjang Bulan Hantu ini berlangsung. Antaranya:

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Freepik
  • Tidak boleh keluar rumah selepas 12 malam
  • Jangan bergurau tentang hantu
  • Jangan pijak makanan atau colok di tepi jalan
  • Tidak jemur baju di luar pada waktu malam
  • Tidak boleh masuk ke hutan kerana takut terkena benda ‘kotor’ dan ‘hantu’ ikut balik
  • Elak lalu lorong-lorong gelap jika berseorangan
  • Elak main air di pantai, tasik dan kolam renang
  • Jangan buka payung di dalam rumah
  • Tidak memakai baju berwarna merah ketika waktu malam
  • Jangan mengambil selfie pada waktu malam
  • Tidak mengutip angpau yang dilihat berselerak di tepi jalan
  • Tidak boleh bersiul pada waktu malam
  • Potong kuku sebelum waktu Maghrib
@mekyunnnn

Sedikit ilmu pengetahuan untuk korang pasal Bulan Hantu (Hungry Ghost) ni 👻

♬ original sound – Mekyun

Tonton video [DI SINI].

Ramai Baru Tahu Maksud Sebenar Makanan & Colok Yang Diletakkan Di Tepi Jalan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat mendapat ilmu baharu selepas mendengar perkongsian Mekyun.

“Terima kasih Mekyun untuk pencerahannya. Ni budaya dan kepercayaan agama masing-masing kan. Jadi hormati semasa sendiri. Baru Malaysia makmur,” kata seorang wanita.

“Terima kasih Mekyun. Dah 2025 baru saya faham apa maksud dia. Saya ada kawan Cina tapi mereka tak kongsi sedalam ini,” ujar seorang lagi pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@mekyunnnn)

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Pengebumian Kaum Cina Ambil Masa Lebih Sehari

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Segelintir Bangsa Cina Ada 2 Jenis Nama Berbeza?

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Kubur Kaum Cina Banyak Dibina Di Kawasan Bukit? Ini Sebabnya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd