“Ada Rap & Nyanyian!” – B.I Teruja Tonton Video Keselamatan Malaysia Airlines
Jelas penyanyi hip-hop terkenal dari Korea Selatan tersebut, dia terus berhenti membaca sewaktu berada di dalam kapal terbang kerana seronok menonton video panduan keselamatan Malaysia Airlines itu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat peminat K-pop, pasti ada di antara anda yang tahu bahawa penyanyi hip-hop terkenal Korea Selatan, Kim Hanbin atau lebih dikenali sebagai B.I telah datang ke Malaysia pada 1 September lalu bagi acara NIVEA Derma Control Skincare Deodorant x Pickleball Event.
Untuk info, program tersebut telah diadakan di pusat membeli-belah Sunway Pyramid bersama beberapa barisan selebriti tempatan termasuklah Shukri Yahaya, Hannah Delisha dan ramai lagi.
Selepas acara itu sudah selesai, B.I telah melakukan satu siaran langsung di platform media sosial bersama para peminatnya.
B.I Seronok & Teruja Tonton Video Panduan Keselamatan MAS
Selain berbicara tentang pengalamannya di Malaysia, dia juga berkongsi tentang penerbangan yang dinaikinya semasa bertolak pulang iaitu Malaysia Airlines (MAS).
Menerusi video tular di laman X (Twitter), B.I meluahkan rasa teruja serta memuji panduan peraturan keselamatan yang disiarkan di dalam kapal terbang tersebut.
Malah dia juga menontonnya sampai habis kerana video panduan itu dikatakan sangat menyeronokkan.
Menurut salah seorang peminat yang menonton siaran langsung berkenaan, B.I yang pada awalnya sedang membaca sesuatu terus berhenti membaca selepas video unik itu disiarkan.

“Ada arahan peraturan keselamatan di skrin, tapi mereka buat macam muzik video (MV). Memang hasilnya sangat baik. Lagunya pun sedap. Mereka rap, menyanyi, menari dengan bagus. Memang menarik. Saya tengok sampai habis,” kata B.I.
🐣: When I came back from Malaysia this time, I took Malaysia Airlines. There was safety rules instruction on screen, but they made it like MV. It was really well-made. The song's good. They rap, sing, dance well. It was interesting. I watched it all#HANBIN #BI #비아이 #김한빈 pic.twitter.com/rX0s7NPGbd
— 👑 시노시작🆔🖍️ (@tttop131kon) September 7, 2025
Video Panduan Keselamatan MAS Diarah Bersama Yusry KRU
Seorang pengguna X dalam masa sama turut berkongsi dan memuji video panduan keselamatan berkonsepkan MV oleh MAS tersebut. Untuk info, klip berjudul ‘Satu, Dua, Tiga, Jom!’ itu diarahkan oleh penerbit merangkap pengasas The Enfiniti Creative Universe, Puan Sri Tiara Jacqueline dan diarahkan bersama pelakon serta pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim dari KRU.
Ia juga ditulis bersama oleh penyanyi-penulis lagu dari Sabah Mia Palencia, yang turut muncul sebagai cameo dalam video tersebut.
“Wow, dari muzik, loghat Melayu sampailah ke pelakon, semua betul-betul menyerlahkan Malaysia,” kata individu itu.
The full MAS safety video. Wow every single element from music to Malay accent to casts are all highlighting Malaysia 🥹 Directed by Tiara Jacquelina and Co-directed by Yusry KRU 💞 https://t.co/UfwQ9RAUFM pic.twitter.com/ChKD3vxmZd
— Tika🐰 (@atzynchronize) September 8, 2025
Video Keselamatan MAS Tampilkan Kebanggaan & Budaya Di Malaysia
Kalau anda nak tahu, video tersebut sudah mula ditayangkan sejak Ogos 2022 lalu sehinggalah kini.
Bagi mengelakkan para penumpang berasa bosan dengan panduan normal, klip terbabit tampil dengan konsep muzikal Malaysia yang menggabungkan seni, budaya dan muzik serta keselamatan penerbangan.
Antara klip istimewa yang ditampilkan dalam video berkenaan adalah latar belakang ruang udara yang cantik serta kru kabin Malaysia Airlines bersama artis tempatan yang segak bergaya dalam baju kebaya tradisional bagi mengalu-alukan kedatangan penumpang.
Video itu kemudiannya diteruskan dengan meraikan figura penting di Malaysia termasuk penyanyi parodi Azman Naim yang terkenal dengan suara ala-ala rockers, gimnas Olimpik, Farah Ann sehinggalah ke pasukan bola sepak Harimau Malaya.
Di bawah kami sertakan juga video penuh bagi panduan keseamatan MAS itu:
Orang Ramai Turut Teruja Lihat Video Panduan Keselamatan Penerbangan Yang Kreatif
Menjengah ke ruangan balas, segelintir individu turut bersetuju dengan pandangan Hanbin dengan mengatakan video itu adalah unik dan lain daripada lain.
“Ada satu masa tu saya tengok je sebab rasa pelik sikit tapi dalam masa sama menghiburkan. Haha, memang menarik,” kata seorang wanita.
Sementara itu, ada yang berkata video itu membuatkan sesetengah rakyat Malaysia berasa seperti berada di tanah air.
“Setiap kali saya terbang balik ke Malaysia dan melangkah masuk ke pesawat MH, rasa macam dah sampai rumah. Tengok pula video keselamatan ni, walaupun dah lama, dan tak terkira berapa kali pakcik tengok, mesti ada je habuk masuk mata. Tahniah MH!” ujar seorang lelaki.







Baca Artikel Berkaitan: Penyanyi Indonesia, Kunto Aji Puji Malaysia Airlines Beri Baucar Makanan Lepas Penerbangan Lewat 2 Jam
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Pilot Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Ketika Cuaca Buruk Di London Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: MAS Buat ‘Survey’ & Minta Pendapat Orang Awam Tentang Pilihan Pakaian Pramugari Lebih Tutup Aurat
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



