[Video] UAI Perjelas Hukum Pengantin Terima Duit Dari Tetamu Majlis
Seperti yang kita tahu, antara budaya orang tempatan adalah menghulurkan sampul berisi wang tunai kepada pengantin atau wakil tuan rumah semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Seperti yang kita tahu, penganjuran majlis perkahwinan adalah untuk meraikan pasangan mempelai semasa hari istimewa mereka.
Waktu ini jugalah para pengantin boleh berjumpa dengan insan tersayang dan rakan-rakan terdekat bagi menyambut hari bahagia itu.
Kalau anda perasan, terdapat satu budaya yang sudah dinormalisasikan di kalangan masyarakat setiap kali berlangsungnya sesebuah majlis perkahwinan iaitu pemberian wang tunai kepada pengantin atau lebih dikenali dengan istilah ‘duit salam kaut’.
Namun begitu, sesetengah tuan rumah berasa segan untuk menerima sumbangan itu dan meminta tetamu untuk menyimpannya.
Hukum Beri Hadiah Kepada Tuan Rumah Majlis
Sebelum ini, pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus dalam satu sesi soal jawab ada mengulas tentang perkara tersebut.
Soalan: “Mak ayah ada anjurkan kenduri kahwin. Niat kalau tetamu ada hulurkan duit, mereka tak nak terima. Tetapi tetamu tu (tetap) bagi duit dekat menantu dia (pengantin). Apa hukum terima duit itu. Halal atau tidak?”
Jelas UAI, masih ramai yang belum memahami perkara tersebut. Ada yang berkata hukumnya haram jika mengambil wang diberikan oleh jemputan. Namun menurut beliau, pegangan tersebut adalah salah.

Sumber: Nur Hazwani/TRP
Hukum sebenar memberi hadiah tidak kira dalam bentuk wang tunai atau sebagainya adalah sunat lebih-lebih lagi ketika orang menganjurkan kenduri. Hal ini kerana tuan rumah telah mengeluarkan belanja yang tinggi untuk majlis tersebut.
Rasulullah SAW bersabda:
تَهَادَوْا تَحَابُّوا
“Hendaklah kamu saling memberi hadiah. Nescaya, kamu akan saling mengasihi dan mencintai.”
Dalam hadis berkenaan, Baginda tidak menyebut untuk memberi hadiah itu di mana.
Hukum Terima Hadiah Dari Tetamu Di Kenduri
Tambah beliau, tidak salah untuk tuan rumah atau pengantin menerima sumbangan hadiah diberi oleh tetamu dan hukumnya adalah harus.
“Jadi kita pergi orang kahwin, dia buat sambutan hari jadi, dia naik rumah baru, dia nak pergi Mekah kita bagi hadiah. Itu amalan (sama) dengan hadis tadi. Jadi bila kita buat kenduri, orang beri kita dah niat dah tak nak ambil duit tapi kita ambil juga hukumnya harus. Tidak salah pun ambil,” ulas UAI.

Pasang Niat Buat Kenduri Untuk Kaut Untung Adalah Salah
Namun sekiranya tuan rumah sudah memasang niat untuk menganjurkan kenduri itu bagi mengaut untung (hadiah) daripada sumbangan orang yang hadir, maka perkara tersebut dianggap salah dan berkemungkinan tidak mendapat pahala.
Hal ini kerana tujuan asal mengadakan kenduri adalah sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah SWT walaupun majlis itu hanya kecil-kecilan.
“Bila orang kasi hadiah harus kita terima. Kerana Nabi SAW banyak menerima hadiah. Baginda hanya tidak terima zakat, tetapi terima hadiah,” jelas pendakwah itu.
Boleh Ke Tak Hadir Kenduri Sebab Tak Ada Duit Nak Bagi Pengantin?
Dalam sesetengah situasi ada juga di antara kita yang enggan menghadiri majlis perkahwinan kerana tidak mempunyai duit untuk diberikan kepada pasangan mempelai.
Bagaimanapun menurut UAI, hukum menghadiri jemputan majlis kahwin adalah wajib. Tambah beliau, bahkan dalam Fiqh Imam Syafie juga pendapat yang muktamad adalah wajib pergi sekiranya seseorang dijemput menghadiri majlis perkahwinan.
Dalam konteks ini, seseorang itu tidak diwajibkan untuk memberikan hadiah kepada tuan rumah. Cukuplah sekadar memberi salam dan mendoakan pengantin berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Boleh Ke Tak Hadir Jemputan Majlis Kahwin Sebab Tak Ada Duit Nak Bagi Pengantin? Ini Penjelasan UAI
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



