Now Reading
[Video] Wanita Kongsi Risiko Beli Tiket Penerbangan Guna 3rd Party

[Video] Wanita Kongsi Risiko Beli Tiket Penerbangan Guna 3rd Party

Antara cara berjimat bagi sesetengah pengembara adalah dengan membeli tiket melalui pihak ketiga (3rd party) dan bukannya terus di website rasmi penerbangan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jika mahu bercuti ke sesuatu tempat, sudah tentu pelbagai persiapan yang dilakukan sebagai contoh tempahan hotel, bajet diperuntukkan, pakaian, tiket penerbangan dan banyak lagi.

Dalam masa kita mahu bergembira dan mengembara di tempat lain, antara perkara yang dititikberatkan adalah kos pelancongan berkenaan. Selagi mana boleh jimat, mesti mahu ‘cut’ kos.

Sebagai contoh sentiasa survey harga tiket penerbangan dari hari ke hari dan menunggu ia murah sebelum membelinya.

Perkara Yang Anda Patut Tahu Sebelum Beli Tiket Penerbangan Menerusi 3rd Party

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@tyahdelrey) apabila seorang wanita dikenali sebagai Fatiyah Nabila berkongsi tentang risiko jika membeli tiket penerbangan melalui pihak ketiga (3rd party).

Pihak ketiga dimaksudkan adalah syarikat yang menawarkan tiket penerbangan menerusi platform mereka.

Fatiyah bagaimanapun berkata setiap medium pembelian sama ada menerusi website penerbangan atau 3rd party mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing.

Sumber: Pexels

“Kalau nasib kita baik, semua benda lancar je. Beli la dekat mana-mana pun tapi kalau luck kita tu tak menyebelahi kita. Kita akan lalui macam-macam,” kata wanita itu.

Jelasnya, jika anda seseorang yang mementingkan kesempurnaan dan mahukan segala urusan berjalan lancar sebelum dan selepas penerbangan, adalah lebih baik untuk membeli tiket terus di website rasmi penerbangan.

“Kalau kau jenis orang yang suka mencabar, suka redah, tawakal je kau boleh beli dengan 3rd party,” ujar Fatiyah.

Dakwa Kena Caj Hingga US$50 Jika Isi Salah Maklumat

Hal ini kerana, jika seseorang itu melakukan sebarang kesilapan semasa meletakkan butiran maklumat peribadi ketika tempahan tiket sebagai contoh nama, nombor telefon atau nombor pasport, ada kemungkinan anda perlu membayar cas tambahan bagi membetulkan perkara tersebut.

Dakwanya, ada sesetengah syarikat yang akan menambah sehingga US$50 (sekitar RM212) hanya untuk membetulkan kesalahan tersebut.

Bagi memastikan perkara itu tidak berlaku, setiap individu perlulah memeriksa dengan teliti segala butiran diletakkan sebelum melakukan tempahan.

Situasi Yang Mungkin Berlaku Di Lapangan Terbang Jika Beli Tiket Dengan 3rd Party

Perlu diingatkan juga bahawa segala perubahan perlu diuruskan dengan 3rd party jika anda membuat pembelian tiket daripada saluran terbabit dan bukannya dengan syarikat penerbangan rasmi.

Antara situasi yang berkemungkinan berlaku adalah:

  • Anda menyedari terdapat kesalahan ejaan nama pada tiket penerbangan di kaunter check-in dan perlu melakukan pembetulan dengan 3rd party terlibat. Namun disebabkan sudah kesuntukan masa, dan tempoh masa untuk membetulkannya mengambil masa agak lama, anda berisiko untuk terlepas penerbangan berkenaan.

Wanita Terima Notifikasi Dari 3rd Party Jika Ada Penerbangan Ditangguhkan

Bagaimanapun mengikut pengalaman Fatiyah, tiada perkara buruk atau situasi tidak terduga yang berlaku sepanjang dia membeli tiket penerbangan melalui 3rd party sebelum ini.

Jika jadual penerbangan berubah, mereka akan memaklumkannya kepada penumpang melalui e-mel yang diberi.

“Dia macam kau yang buat keputusan kan jadi apa-apa kena hadap sendiri la tapi doa jela yang baik-baik dan yakin dipermudahkan gitu,” kata Fatiyah di ruangan kapsyen.

@tyahdelrey

dia macam kau yang buat keputusan kan so pape kena hadap sendiri la tapi doa jela yang baik baik & yakin dipermudahkan gitu mwah

♬ original sound – FatiyahNabila

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Beri Pengalaman Beli Tiket Penerbangan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkongsi pengalaman mereka membeli tiket penerbangan melalui pihak ketiga.

“Yes! Saya trauma tempah (tiket penerbangan) guna 3rd party. Salah typo sikit je tapi caj dia gila (mahal) kalah airline. Jadi lepas ni tempat terus dengan airline je,” kata seorang pengguna TikTok.

“Aku beli dekat Agoda. Setakat ni tiada masalah. Isi maklumat dengan betul dan lengkap lepas tu bila dapat nombor booking terus check in dalam aplikasi MAS atau AirAsia Move. Kalau ada delay ke perubahan gate diorang akan e-mel dengan mesej,” ujar seorang

Malah segelintir individu turut menasihati agar sentiasa membaca terma dan syarat sebelum membeli tiket tersebut.

“Betul! Kena rajin membaca dan faham betul-betul sebelum beli tiket. Kadang-kadang tu screenshot untuk faham kan dengan maklumat apa yang diberitahu dan penerangan. Tapi biasa beli 3rd party banyak diskaun dan macam-macam lagi la. Tiba-tiba kau boleh duduk lounge free,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Universiti Terlepas Penerbangan Balik Ke KL Gara-gara Tersalah Tengok Waktu Sistem 24 Jam

Baca Artikel Berkaitan: Kecewa Terlepas Penerbangan, Jurutera Tentera Di India Nekad Buat Ancaman Bom Palsu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd