Now Reading
“Mat Saleh Pun Respect Waktu Solat” – Wanita Kongsi Keadaan Surau Pejabat Di UK

“Mat Saleh Pun Respect Waktu Solat” – Wanita Kongsi Keadaan Surau Pejabat Di UK

Jelas wanita dikenali sebagai Aida itu, dia tidak bersetuju dengan sikap segelintir majikan yang melarang pekerja untuk solat sebentar semasa waktu bertugas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum memasuki sesebuah syarikat, antara aspek yang dinilai adalah fasiliti dan kebajikan disediakan majikan buat pekerjanya.

Antara perkara penting yang dititikberatkan golongan Muslim pula adalah sama ada tempat itu menyediakan ruangan solat atau sebaliknya memandangkan mengerjakan ibadah itu adalah satu kewajipan.

Meskipun banyak tempat yang tersedia dengan surau selesa sebagai contoh di pejabat Christy Ng, namun masih ada syarikat tidak menyediakan ruang khusus untuk solat fardu.

Baca Artikel Berkaitan: “Bos Yang Aku Respect! – Ramai Puji Christy Ng Ubah Suai Surau Selesa Buat Pekerja

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Butik Siti Khadijah Di IOI City Mall Putrajaya Sediakan Ruang Solat, Boleh Cuba Pakai Telekung SK!

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Orang Baik” – Wakaf Barang Keperluan Di Surau, Dua Sahabat Raih Pujian

Wanita Tak Setuju Dengan Sesetengah Majikan Yang Larang Pekerja Solat

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@aideabig) apabila seorang wanita dikenali sebagai Aida berkongsi pandangan dan keadaan surau di pejabatnya.

Untuk info, Aida merupakan pekerja firma audit, Deloitte berpangkalan di United Kingdom (UK). Menurut wanita tersebut, sebelum ini pernah ada individu yang berkata bahawa majikannya tidak beri keizinan untuk menunaikan solat sewaktu sedang bertugas.

Perkara itu kemudiannya menarik perhatian Aida yang mana dia berkata majikannya yang bukan Muslim juga memahami perbezaan budaya dan agama.

“Bos mat saleh pun respect waktu solat kita,” jelasnya.

Tambah wanita itu, adalah tidak masuk akal bagi sesetengah majikan yang melarang pekerja-pekerjanya solat dengan alasan ia memakan masa lama walhal sebenarnya ia mengambil lebih kurang 10 ke 15 minit sahaja.

Pekerja Tunjuk Keadaan Surau Dalam Pejabat

Aida dalam hantaran sama kemudiannya menunjukkan keadaan surau yang disediakan buat para Muslim di pejabat tersebut. Ia dipanggil sebagai ‘Multi-Faith Room’.

Walaupun ruangannya agak kecil, namun fasilitinya mencukupi sebagai contoh tempat wuduk mini, singki, tong sampah, kerusi, dan juga beberapa helai sejadah.

Sumber: TikTok (@aideabig)

Surau tersebut juga tersedia dengan dua bahagian iaitu bagi para Muslim dan Muslimah.

“Jadi kalau bos korang tak bagi solat bagi tahu dia 10-15 minit lebih-lebih lagi masa waktu makan tengahari tak akan hancurkan syarikat tu.

“Hanya hormati budaya yang berbeza. Asalkan korang buat kerja semua siap, solat tak akan beri impak apa-apa,” kata Aida di akhir perkongsian.

@aideabig

The company won’t go bankrupt because of you, trust me I’m an auditor 😌

♬ original sound – aideabig

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Majikan Yang Tidak Beri Izin Solat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan wanita tersebut mengenai sikap majikan yang tidak memberi keizinan untuk solat.

“Terima kasih sebab kongsi. Saya setuju, kebanyakan mat saleh hormat waktu solat kita. Terkejut dan sedih bila dengar sesetengah syarikat di Malaysia masih guna stor sebagai tempat solat buat pekerja Muslim,” kata seorang netizen.

“Untuk mana-mana syarikat terutamanya milik Islam, dengar ni. Tak ada syarikat yang gulung tikar kalau sediakan surau dan ruang solat yang selesa untuk staf serta pelanggan,” tegur seorang lelaki.

Malah ada yang berkata sesetengah syarikat hanya membiarkan pekerjanya solat di dalam stor sempit.

“Saya dalam stor je. Susun kotak dulu sebelum solat. Pernah ternangis masa solat tu. Bukan sebab solat dalam stor tapi sebab rasa diuji,” luah seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ada individu mendakwa segelintir pekerja mengambil masa lama untuk solat sehingga menyebabkan majikan melarang mereka bagi menunaikan ibadah.

“Sikit je yang solat 5-10 minit. Kebiasaannya sampai 30 minit. Terlalu banyak kali diorang masuk meeting lambat dengan alasan tu. Meeting hanya sejam. Diorang boleh je pergi solat sebelum atau selepas tu,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@aideabig)

Bos Tak Izin Solat Antara Punca Pekerja Berhenti Kerja

Sebelum ini, golongan warganet menerusi satu hantaran telah berkongsi antara punca mereka berhenti dari tempat kerja. Ramai berkata gangguan seksual di kalangan rakan sekerja adalah sebabnya.

Namun faktor utama lain mencuri perhatian adalah kes majikan yang tidak memberi izin kepada kakitangan bagi mengerjakan solat meskipun bos tersebut seorang Muslim.

Ada yang sampai terpaksa qada (ganti semula) solat ketika sudah pulang ke rumah. Oleh disebabkan tidak tahan dengan situasi berkenaan, mereka bertindak berhenti dari tempat kerja.

Baca Artikel Berkaitan: Bos Tak Izin Solat & Duit Dah Cukup, Netizen Kongsi Sebab Di Sebalik Ramai Resign

Baca Artikel Berkaitan: “Terkejar-kejar” – Wanita Diberi 10 Minit Untuk Solat Di Tempat Kerja Baharu Cetus Perdebatan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd