Belanja Foto, Lolipop & Air, Wanita Terharu Dengan Kebaikan Rakyat Malaysia Terhadap Adik OKU
Wanita tersebut tidak sangka dalam masa sehari sahaja, ramai individu bertindak membelanja adiknya yang merupakan OKU Sindrom Down.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Seperti yang anda tahu, kita dibesarkan dengan diversiti penduduk yang pelbagai di Malaysia ini termasuklah golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Oleh disebabkan itu adalah penting bagi setiap lapisan masyarakat bertimbang rasa antara satu sama lain.
Sebelum ini, seorang gadis mencuri perhatian ramai apabila dia bertindak membantu seorang lelaki OKU cacat penglihatan yang sedang bergelut untuk mencucukkan straw pada minuman dibeli.
Lebih membuatkan situasi tersebut sebak apabila anak sulung berkenaan dilihat menitiskan air mata selepas tampil menolong.
Baca Artikel Berkaitan: “Mulia Hati Dia” – Ramai Puji Gadis Ini Bantu Lelaki Buta Cucuk Straw Pada Cawan Minuman
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Rakan Tolong Pegang Makanan Murid OKU Di Sekolah Bikin Ramai Terharu
Wanita Kongsi Kisah Rezeki Adik OKU Ketika Cuti Hari Kebangsaan
Terbaharu, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita berkongsi kisah menyentuh hati yang berlaku kepada adik bongsunya semasa cuti umum, Hari Kebangsaan.
Jelasnya, dia telah membawa si adik yang merupakan OKU, Sindrom Down itu ke sebuah kedai gambar bagi mengambil foto pasport.
Tidak sangka dengan rezeki mengejut, wanita ini terpinga-pinga selepas pemilik kedai tersebut menawarkan perkhidmatan itu secara percuma kepada adik OKU berkenaan.
“Ini anak syurga. Mana boleh saya ambil duit dari dia. Itu sudah panggil saya uncle. Jadi sudah jadi family, mana boleh ambil duit dari family,” kata pengusaha kedai itu.
Walaupun mencuba beberapa kali untuk membayar, namun pakcik terbabit masih mahu membelanja foto itu secara percuma dan meminta wanita tersebut menganggap ia sebagai promosi Merdeka sahaja serta mendoakan kesejahteraannya bersama pasangan.
Pelanggan Lain Hulur Gula Lolipop Buat Insan Istimewa
Selepas urusan di kedai gambar selesai, wanita itu kemudiannya pergi ke kedai farmasi runcit Watsons bagi membeli sedikit barang.
Sewaktu beratur, seorang pembeli yang sama-sama dalam barisan tersebut dengan bersahaja menghulurkan sebatang gula lolipop kepada anak OKU itu.
Pelanggan Watsons Belanja Wanita OKU Minuman
Bukan itu sahaja, seorang pelanggan lain pula bertindak membelanja minuman yang diambil wanita istimewa berkenaan.
“Lepas wanita Melayu tu bayar, dia hulur lolipop dekat adik saya. Saya macam, ‘Eh tak payah dia dah tua 😂’. Tapi masih kasi. Lepas tu wanita India depan saya ambil air yang adik saya pegang dan bayarkan.
“Saya terkejut dan tanya kenapa bayarkan. Dia cakap tak apa, rezeki dia. Semoga kita sama-sama murah rezeki,” ujar si kakak.
Lebih mengharukan apabila pelanggan yang belanja minuman tersebut bertindak mencium dahi adik bongsunya. Perkara tersebut membuatkannya rasa bersyukur selain terharu dengan kebaikan golongan masyarakat yang sentiasa prihatin.
View on Threads
Orang Ramai Luah Rasa Sebak Lihat Kebaikan Rakyat Malaysia
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai tersentuh membaca kisah masyarakat yang bertimbang rasa dan mensantuni golongan OKU.
“Love sangat. Masyarakat terima anak syurga macam manusia normal. Kalau dibandingkan dengan zaman dulu, macam-macam dikatanya. Jaga adik awak ya. Bagus dedahkan dia dengan orang lain. Dia pun macam kita, bezanya satu je. Dia dah ada tempat dekat syurga,” kata seorang netizen.
Malah ramai yang berkata kisah ini membuktikan perpaduan dan kebaikan rakyat Malaysia.
“Sukanya cerita 1 Malaysia macam ni. Love it so much! Bangga jadi rakyat Malaysia,” ujar seorang pengguna Threads.
Sementara itu, segelintir indvidu turut menasihati orang ramai agar tidak berkelakuan rasis sesama satu sama lain.
“Saya nangis. Suka tengok situasi macam ni. Ada Cina, India dan Melayu. Sebab tu kalau jadi apa-apa jangan salahkan bangsa. Tapi salahkan perangai orang tu. Setiap bangsa ada yang perangai elok dan tak elok. Yang perangai tak elok tu yang dikeji. Bukan keji bangsanya,” kata seorang wanita.







Semoga perkongsian ini dapat dijadikan contoh kepada orang ramai untuk sentiasa berbuat baik dengan orang sekeliling kita tidak kira dengan insan tidak dikenali, berbeza pangkat, bangsa atau sebagainya.
Insya-Allah perbuatan terpuji itu akan berbalik semula kepada diri sendiri dalam pelbagai bentuk cara. ❤️
Baca Artikel Berkaitan: “Sebab Ni Nak Kaya” – Sekumpulan Individu Sedekah Makan Buat Gelandangan Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: Adakah Golongan OKU Digelar Sebagai Anak Syurga? Ini Penjelasan UAI
Baca Artikel Berkaitan: “Cikgu Suruh Bagi Orang Yang Kita Sayang” – Anak Istimewa Beri Ibu Bunga Buat Ramai Sebak
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.