“Tawaf Ke Bang?” – Gelagat Pemuda Pusing Keliling Tiang Hingga Cecah 5KM Bikin Ramai Terhibur
Jarak 5.72KM diambil oleh pemuda itu untuk mengelilingi tiang tersebut mengambil masa 27 minit 32 saat sahaja.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semakin hari, golongan masyarakat lebih terdedah dengan kebaikan bersenam atau melakukan aktiviti fizikal dalam rutin harian. Ia adalah penting untuk mengekalkan badan yang cergas tidak kira berapa pun umur anda.
Lebih-lebih lagi buat mereka yang bekerja di rumah. Golongan ini perlu mencuri masa untuk keluar berjalan-jalan bagi meningkatkan jumlah jarak berjalan dalam masa sehari.
Buat mereka yang berada di ibu kota, lokasi tumpuan orang ramai adalah trek baharu di KLCC Park. Pun begitu, ada juga yang bijak dengan mencari jalan pintas untuk bersenam.
Pemuda Berlari Keliling Tiang Hingga Cecah Jarak 5KM Di Kawasan Rumah
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@m.a.n18) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Man berkongsi aktivitinya pada waktu malam di sebuah kawasan perumahan.
Seperti yang anda boleh lihat sekarang, semakin ramai yang memilih untuk keluar bersenam pada waktu malam kerana sibuk dengan pekerjaan hakiki di siang hari. Sama ada berjoging sekitar taman riadah berdekatan atau di rumah sendiri.
Namun perkara yang mencuri tumpuan adalah cara Man melakukan senamannya. Menerusi video pekrongsian, kelihatan pemuda itu sedang berpusing dan berlari mengelilingi sebatang tiang sekitar kawasan pejalan kaki.
Lebih mengejutkan apabila dia berjaya berpusing dengan jarak yang agak jauh iaitu sepanjang 5.72KM. Macam menyertai maraton jaraknya!
Bukan itu sahaja, dia juga melakukan bulatan di tempat yang sama dalam tempoh masa 27 minit 32 saat sahaja dengan kelajuan (pace) 4.
Walaupun klip tersebut dilajukan, namun dapat dilihat Man berhenti beberapa kali semasa melakukan pusingan tersebut berkemungkinan kerana pening kepala.
@m.a.n18 short distance , top speed
♬ original sound – M.A.N
Tonton video penuh [DI SINI].
Kreativiti pemuda tersebut dalam mengambil ‘shortcut’ untuk bersenam nyata mencuri perhatian ramai dengan jumlah tontonan video sebanyak 2.5 juta kali.
“Jarak dekat, kelajuan tinggi,” kata Man di ruangan kapsyen.
Kalau ikutkan logik, walaupun aksi lelaki tersebut nampak sedikit pelik kerana berpusing seorang diri di tiang pada waktu malam, tetapi jaraknya adalah lebih kurang sama jika seseorang itu berjoging di taman.
Orang Ramai Terhibur Dengan Gelagat Pemuda Cari Jalan Pintas Untuk Bersenam
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan gelagat rawak lelaki berkenaan yang berlari mengelilingi tiang di rumah.
“Ni nama dia 5KM Lord of The Ring. Penat, peluh dan pening,” kata seorang lelaki.
Malah ramai juga sempat memberikan komen-komen melucukan selepas melihat aksi senaman tersebut.
“Tambah lagi 5KM jadi beyblade terus dah ni,” ujar seorang pengguna TikTok.
“Pening la sorang-sorang. Tak payah ajak kita orang bang,” jenaka seorang netizen.
Sementara itu, ramai yang berkata aksi berlari mengelilingi tiang boleh membuatkan seseorang berasa pening yang melampau.
“Tak sesuai untuk yang ada vertigo dan darah rendah. Boleh bikin meninggal,” kata seorang warganet.










Memang tidak dapat dinafikan aksi random itu sememangnya menghiburkan. Namun jika anda berniat melakukan perkara sama, kami nasihatkan anda untuk berhenti sekiranya badan mula berpusing dan pening kepala.
Risau daripada mahu sihat, makin bertambah teruk pula keadaan badan anda itu.
Baca Artikel Berkaitan: “Jogging Sampai Malam!” – Suasana Masyarakat Hartamas Bersukan Pada Waktu Malam Raih Pelbagai Reaksi
Baca Artikel Berkaitan: “Jadikan Senaman Sebagai Tabiat, Bukan Alasan” – Pakar Pemakanan LAC Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: “Sportingnya”- Gelagat Guru Besar Enjoy Ketika Senamrobik Buat Ramai Geli Hati [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.