Now Reading
“Tak Legakan Stres, Hanya Bazir Masa” – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Jadi Perokok Tegar

“Tak Legakan Stres, Hanya Bazir Masa” – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Jadi Perokok Tegar

Menurut pengguna Threads tersebut, dia sebelum ini terlalu ketagih merokok hingga menghabiskan satu kotak rokok dalam masa sehari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, antara tabiat masyarakat Malaysia yang agak sukar untuk dikawal adalah ketagihan merokok. Lebih membimbangkan adalah ada juga golongan pelajar terpengaruh dengan perkara tersebut.

Seperti yang selalu diiklankan, merokok ini diibaratkan sebagai racun perlahan yang diam-diam merosakkan tubuh badan manusia. Meskipun begitu, jumlah perokok di negara ini tetap tinggi.

Berdasarkan dapatan Global Adult Tobacco Survey (GATS) 2023, seramai 4.8 juta atau 19% orang dewasa di Malaysia adalah perokok tembakau.

Baca Artikel Berkaitan: “Sakit Hanya Allah Tahu” – Paru-paru Wanita Kena Tebuk Lepas Hidu Asap Rokok & Vape Orang Lain

Baca Artikel Berkaitan: Rasa Terganggu Akibat Asap Rokok & Vape? Fahami Hak Anda Sebagai Golongan Bukan Perokok

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Letak Di Mana, Terpulang” – Mufti Kelantan Respon Cadangan Letak Rokok Di Bahagian Tak Halal

Lelaki Kongsi Cabarannya Untuk Berhenti Merokok

Terbaharu, tular satu hantaran di laman Threads (@naz_daim) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Naz berkongsi pengalaman, kisah dan cabarannya sebagai seorang perokok satu masa dahulu.

Menurutnya, dia sudah beberapa kali berniat untuk berhenti merokok akibat terlalu ketagih. Dedah Naz, dia boleh menghisap bahan tembakau itu sebanyak satu kotak dalam masa sehari sahaja.

Apabila sudah berhenti untuk beberapa tahun, dia berkata bau rokok yang dihidu dari individu lain adalah sangat busuk sehinggakan dia terfikir bagaimana keadaan orang sekeliling yang terpaksa membau asap rokonya selama ini.

Sumber: Pexels

Namun usahanya itu tidak bertahan lama apabila Naz merokok semula dengan alasan mahu menghilangkan stres.

“Sebenarnya saya berhenti hanya untuk suka-suka je masa tu. Macam cool dan tiba-tiba saya rasa nak merokok balik. Konon-konon saya tengah stres masa tu. Dari seminggu sekotak jadi sehari sekotak,” luahnya.

Tabiat Rokok Hanya Bazirkan Masa & Duit

Jelas lelaki itu, tabiat menghisap rokok tersebut tidak sesekali melegakan tekanan dilalui tetapi hanya menambah kos perbelanjaan peribadi.

Sumber: Pexels

Bukan itu sahaja, Naz juga menyedari bahawa dia telah membazir terlalu banyak masa untuk merokok dan sepatutnya melakukan perkara yang lebih bermanfaat.

“Bayangkan kalau sehari saya hisap 20 batang rokok. Setiap batang ambil masa lebih kurang 5-10 minit. Termasuk borak-borak dah jadi 100-200 minit yang boleh dijimatkan sehari. Berapa banyak buku agaknya saya boleh baca dalam setahun dengan masa tu,” soal lelaki berkenaan.

Pasang Niat Berhenti Rokok Kerana Allah SWT

Menurutnya lagi, adalah mudah untuk seseorang berhenti merokok. Namun mudah juga untuk mereka mula merokok kembali. Oleh disebabkan itu, Naz memasang niat untuk berhenti merokok kerana Allah SWT.

“Masa tu ada quarter pack (rokok), saya buang. Sejak tu, walaupun kadang-kadang rasa nak merokok balik, saya rasa kalau saya hisap rokok saya mungkir janji dengan Allah. Takut weh. Sekarang saya dah bebas (daripada rokok) untuk sekian lama,” tambahnya.

Hasap Rokok Dari Jiran Sebelah Mengganggu Tapi Tidak Berani Menegur

Cabaran lelaki ini dalam berdepan dengan bahan nikotin tidak terhenti di situ apabila jirannya juga dikatakan kerap menghisap rokok. Naz berasa geram kerana bau rokok berkenaan mengganggunya.

Bagaimanapun disebabkan pernah melakukan perkara sama sebelum ini, Naz tidak berani untuk menegur.

“Saya tengah stres tapi inilah agaknya apa yang orang sekeliling rasa dulu waktu saya merokok. Padan muka saya, sekarang baru saya faham.

“Ya saya rasa macam hipokrit bila cakap pasal ni tapi saya rasa terganggu dengan perokok yang tak ambil kira orang kiri kanan. Belum masuk lagi yang buang puntung merata-rata. Saya pun pernah buat dulu, sebab tu rasa tak layak nak menegur,” katanya.

Di akhir perkongsian, lelaki itu berharap agar dia boleh mengekalkan momentum dan tidak lagi terjerumus dengan tabiat merokok.

View on Threads

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Perkongsian Cubaan Berhenti Rokok

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji Naz kerana berjaya berhenti dan terus berusaha agar tidak terjebak kembali dalam mengambil bahan berbahaya itu.

“Bravo bro. Aku respect kau. Kau berjaya kawal badan dan kesihatan sendiri. Cukuplah dengan tabiat merokok tu (kerana) ia meracuni pelbagai organ, memang terbukti. Dalam bidang kerja aku, aku sendiri nampak kesan merokok pada pesakit secara langsung. Apa yang boleh dilakukan sekarang cuma kawal kerosakan je. Nak pulihkan semula memang tak boleh dah,” kata seorang pengamal perubatan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Bahaya Thirdhand Smoke Yang Ramai Masih Tak Tahu

Sementara itu, netizen turut berpendapat bahawa segelintir golongan perokok ini tidak mempedulikan orang sekeliling.

“Orang yang hisap rokok ni kebanyakannya pentingkan diri. Untuk orang yang tak boleh hidu asap rokok macam saya, bila terbau je terus sakit kepala dan sakit tu boleh kekal 2-3 hari. Sangat mengganggu tugas harian. Saya rasa sangat geram bila pergi makan dekat kedai contohnya, lepas tu ada yang hisap rokok.

“Bila tegur nanti marah. Bila dijeling buat-buat tak faham. Yih menyakitkan hati. Ada yang kata, ‘Tak boleh bau rokok duduk je dekat rumah’,” ujar seorang wanita.

Malah ada yang berkata bahawa masalah individu merokok di tempat awam masih lagi berlaku hingga kini meskipun sudah ada akta undang-undang.

“Tak suka perokok di kedai mamak. Sampai ke hari ini, ada je orang merokok di kedai mamak kawasan (rumah) saya. Geram rasa. Sebab saya akan bawa anak kecil sarapan di sana,” kata seorang ibu.

Sumber: Threads (@naz_daim)

WhatsApp Talian Khas KKM Jika Lihat Individu Merokok Di Premis Makanan

Untuk info, anda sebagai orang awam juga mempunyai hak untuk melaporkan sebarang jenis kesalahan merokok kepada pihak berkuasa.

Sekiranya terlihat ada pelanggan merokok di restoran atau premis makanan, anda boleh membuat aduan menerusi talian khas yang telah disediakan oleh KKM di WhatsApp iaitu 010-8608949.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi talian yang sama jika mendapati ada pemilik yang tidak meletak papan tanda larangan merokok di premis makanannya.

Baca Artikel Berkaitan: Akta 852 Tentang Larangan Berkaitan Produk Tembakau, Ini Yang Patut Anda Tahu

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Dakwaan Pelanggan Pecahkan Cawan Di Kedai Makan Hanya Kerana Ditegur Merokok

Baca Artikel Berkaitan: “Bila Tegur Kita Yang Dimaki” – Aksi Pelanggan Merokok Di Premis Kedai Makan Undang Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd