Now Reading
[Video] Wanita Warga Asing Dedah Perkara Di Malaysia Dirasakan Pelik Namun Akhirnya Disukai

[Video] Wanita Warga Asing Dedah Perkara Di Malaysia Dirasakan Pelik Namun Akhirnya Disukai

Kata Seonma Shin yang berasal dari Korea, awalnya dia merasakan makan menggunakan tangan sebagai satu perkara yang pelik namun jatuh cinta selepas mencubanya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila melancong ke luar negara pasti kita tahu tempat yang dikunjungi pastinya mempunyai budaya yang tersendiri dan berbeza dengan negara sendiri.

Namun ia adalah suatu perkara yang seronok apabila mempelajari budaya baharu dan dapat merasai pengalaman baharu.

Meskipun ia berbeza dengan budaya di negara sendiri tetapi budaya yang dipelajari di negara luar juga dapat dijadikan contoh dan digunakan pada waktu tertentu.

3 wanita dedah perkara di Malaysia yang dirasai pelik namun akhirnya jatuh cinta

Terbaharu, tiga wanita warga asing yang berasal dari Korea, Jepun dan Scotland telah berkongsi apakah perkara di Malaysia yang awalnya dirasakan pelik tetapi akhirnya disukai mereka.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Malaypan_tv di TikTok, awalnya Alana Dunsmore dari Scotland menjelaskan perkara yang dia berasa pelik namun suka mengenainya adalah keterbukaan rakyat di negara ini dalam membincangkan mengenai agama.

Keterbukaan dalam membincangkan tentang agama

Ujar Alana jika di Scotland, dia tidak akan mengetahui apakah agama mereka. Namun di Malaysia ia sebahagian perkara yang besar dan ia dibincangkan secara terbuka berbanding di United Kingdom.

“Jadi ia adalah satu budaya yang berbeza pada saya,” jelas Alana.

Perkara itu turut disetujui oleh Arisa yang berasal dari Jepun dengan mengatakan di negaranya juga mereka tidak membicarakan mengenai agama dengan individu lain.

Makan dengan tangan awalnya pelik namun akhirnya suka

Seonma Shin dari Korea pula berkongsi perkara yang pelik namun disukainya adalah makan menggunakan tangan.

Umum mengetahui rakyat di Korea makan menggunakan peralatan seperti sudu, chopstick dan garfu.

“Seperti yang semua tahu di Korea kami tidak makan menggunakan tangan, malah makan ayam goreng juga menggunakan sarung tangan (tiada sentuhan terus dengan makanan),” jelasnya.

Namun apabila berkahwin dengan jejaka yang berasal dari Malaysia, Seonma Shin menjelaskan suami meminta dia cuba makan menggunakan tangan sewaktu menikmati satu hidangan.

“Abang (suami) meminta saya mencuba makan menggunakan tangan sewaktu makan mengguna daun pisang. Saya kemudian merasakan seperti ada satu rasa dari tangan, dan kini saya menggunakan tangan lebih daripada Abang,” ujar Seonma Shin.

Orang Malaysia selalu berjumpa ahli keluarga

Manakala pada Arisa pula perkara yang dirasai pelik adalah keluarga di Malaysia selalu berjumpa antara sama lain dengan kerap dan perkara itu sangat berbeza dengan budaya di Jepun.

“Sebagai contoh jika seorang anak (warga Jepun) ke Tokyo untuk bekerja, mereka akan pergi berjumpa ibu bapa satu atau dua kali setahun.

“Namun apabila saya berpindah ke sini (Malaysia) seperti seminggu sekali (akan bertemu keluarga). Awalnya saya merasakan kenapa perlu selalu berjumpa ibu bapa mentua, kerana saya berasa gugup.

“Namun sekarang setiap kali saya keluar bersama ibu bapa mentua saya dapat menikmati makanan Malaysia yang sedap.

“Sebenarnya jika saya dapat pergi ke rumah datuk dan nenek saya sangat suka makanan yang dimasak oleh mereka. Waaa, ia sangat sedap. Saya nak pergi lagi minggu depan,” jelasnya.

Kata tiga wanita ini, perkara yang pelik itu sudah mengubah diri mereka dengan cara yang terbaik.

https://www.tiktok.com/@malaypan_tv/video/7541341944320953607?_r=1&_t=ZS-8z9qDuwtpfV

Ramai setuju rakyat Malaysia suka balik kampung lawat ibu bapa

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengatakan mungkin ramai yang masih tidak sedar Malaysia miliki pelbagai budaya.

Malah ramai yang bersetuju dengan Arisa di mana rakyat Malaysia sememangnya kerap pulang ke kampung tanpa mengira bangsa.

Tidak kurang juga ada yang tersentuh mendengar penjelasan Alana mengenai keterbukaan dalam membincangkan tentang agama.

“Tanpa kita sedar, negara kita ini kaya dengan budaya”

“Jumpa keluarga tu setuju. Sebab tu setiap kali cuti umum mesti jalan sesak sangat, tu yang jauh, kalau yang dekat setiap minggu balik”

“Balik kampung adalah mesti, sebab itu kita perlukan lebuh raya, jalan dan kereta”

“Keluarga saya akan berjumpa setiap minggu, terutama apabila ibu bapa sudah pencen. Mereka berjumpa hampir setiap hari. Namun apabila saya membesarm saya mahu meraikan momen itu lebih banyak”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd