Now Reading
Syarat Lantikan MySTEP Boleh Bekerja OT Tanpa Bayaran Raih Kecaman Ramai

Syarat Lantikan MySTEP Boleh Bekerja OT Tanpa Bayaran Raih Kecaman Ramai

Syarat lantikan itu telah dinyatakan dalam satu iklan pencarian Personel MySTEP oleh Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) Kajang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam membantu rakyat Malaysia mendapatkan pekerjaan, kerajaan telah mewujudkan satu inisiatif iaitu ‘Malaysia Short-term Employment Programme’ (MySTEP), yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek secara berkontrak.

Program ini boleh disertai oleh warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dengan memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Di bawah inisiatif ini, penempatan merangkumi pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.

Baca Artikel Berkaitan: “Terlalu Selesa” – Pernah Rekrut Lebih 500 Pekerja, Usahawan Dedah Masalah Graduan Baru

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gen Z Lebih Suka Kerja Hibrid Sebab Fleksibiliti, Betul Ke?

Baca Artikel Berkaitan: “Ada Beza Dengan Cable” – Jurutera Kongsi Kepentingan Networking Untuk Cari Kerja Baharu

Syarat Lantikan Personel MySTEP di HTPN Perlu Sanggup OT Tanpa Bayaran Lebih

Satu hantaran di X (@abd_jabbar), telah berkongsi semula iklan tentang pengambilan Personal MySTEP di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) Kajang, Selangor.

Melihat kepada dokumen tersebut, lantikan secara kontrak itu dibuka untuk mereka yang memiliki SPM dengan kadar upah sebanyak RM1,700 sebulan.

Skop kerja bagi jawatan Personel MySTEP tersebut adalah untuk membantu dan melaksanakan urusan pentadbiran serta pengurusan di unit yang ditempatkan.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah syarat lantikan terakhir yang dinyatakan, iaitu sanggup bekerja lebih masa (OT) dan melakukan tugas-tugas shif tanpa bayaran lebih masa.

Ramai Kecam Syarat Yang Ditetapkan, Anggap Salah Di Sisi Undang-Undang Kerja

Menjenguk ke ruangan balas, sebahagian besar pengguna media sosial merasakan syarat lantikan itu sebagai sesuatu yang tidak adil dan seolah-olah mengambil kesempatan.

“Setiap keringat manusia yang bekerja tu ada harga dan nilai. Nak orang kerja lebih masa, tapi tak mahu bayar lebih,” kata seorang individu.

“Gaji asas dah la sikit. Bayar OT pun tak. Apa benda macam ni,” ujar seorang lagi.

Malah ada juga yang mengkritik sistem kesihatan di Malaysia yang sering dikatakan tidak mementingkan kebajikan pekerjanya.

Seorang individu turut mempersoalkan jika agensi kerajaan sendiri menetapkan syarat yang tidak mengikut undang-undang, apatah lagi syarikat swasta.

“Patut kerajaanlah yang kena tunjuk contoh yang baik. Ni kerajaan pun buat macam ni, apatah lagi syarikat-syarikat lain,” kata seorang warganet.

Segelintir pengguna media sosial berpendapat bahawa permintaan untuk kerja lebih masa tanpa bayaran adalah salah di sisi undang-undang, termasuklah di bawah program MySTEP.

Dalam masa sama, seorang lelaki yang pernah bekerja di bawah inisiatif MySTEP berkata mereka turut layak menerima bonus kerajaan. Namun bagi pekerja wanita yang telah berkahwin, mereka tidak layak menerima cuti bersalin.

Sumber: X

Personel MySTEP Tak Tertakluk Pada Waktu/Jadual Bertugas Penjawat Awam

Menerusi carian kami, Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP di bawah inisiatif ini bagi tahun 2025 menjelaskan bahawa perkhidmatan adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu atau jadual bertugas seperti yang terpakai pada penjawat awam.

Malah garis panduan sama menyatakan bahawa Personel MySTEP tidak layak dibayar Elaun Lebih Masa (ELM).

Dalam masa sama, mereka juga perlu mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PERKESO yang menjadikan bayaran diterima semakin sedikit selepas penolakan dibuat.

Terdapat Kumpulan Pegawai Kerajaan Tak Layak Terima Elaun Lebih Masa, Namun Wajib Bagi Pekerja Swasta

Sebagai info, berdasarkan dokumen ‘Kerja Lebih Masa dan Elaun Lebih Masa‘ oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pegawai yang diarahkan bekerja lebih masa layak menerima ELM.

Namun pengecualian diberikan kepada kumpulan pegawai tertentu iaitu:

  • Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi
  • Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional
  • Angkatan Tentera Malaysia
  • Polis Diraja Malaysia
  • Pegawai Penguat kuasa Maritim
  • Pegawai Penjara
  • Pegawai Bomba
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pelaksana yang mengajar di sekolah atau institusi pendidikan yang menikmati Cuti Rehat Khas
  • Pegawai yang Bekerja Dari Rumah (BDR)
  • Pegawai yang menjadi peserta kursus/ seminar/ perhimpunan/perarakan/ perbarisan dan seumpamanya
  • Pegawai yang telah diberi Cuti Gantian atau diberi Bayaran Khas Lain untuk kerja lebih masa

Bagi syarikat swasta pula, Akta Kerja 1955 menyatakan seseorang pekerja tidak boleh bekerja melebihi 45 jam seminggu.

Pekerja yang diminta bekerja lebih tempoh maksimum yang ditetapkan adalah dikira sebagai kerja lebih masa dan majikan wajib membayar OT mengikut kadar yang ditetapkan.

Pun begitu, diingatkan bahawa hak tempoh OT untuk sebulan hanya 104 jam sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: Warganet Kongsi Cara Nak Kenal Pasti Syarikat ‘Red Flag’ Atau Tak Ketika Mohon Kerja

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Cara Tetapkan ‘Expected Salary’ Buat Graduan Baru

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Intern ‘Demand’ RM3,000 Gaji & Insentif Undang Perhatian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd