Now Reading
Pernah Kena Scam? Ini Cara Semak Nombor Akaun Atau Nombor Telefon Scammer

Pernah Kena Scam? Ini Cara Semak Nombor Akaun Atau Nombor Telefon Scammer

Orang ramai boleh membuat carian laporan scammer dengan menggunakan nombor akaun bank, nombor telefon dan nama syarikat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pembelian secara dalam talian adalah kaedah jual beli yang lebih mudah memandangkan pelanggan tidak perlu keluar ke kedai dan barang akan dihantar terus ke rumah.

Namun jika tidak bernasib baik, pelanggan boleh menjadi mangsa scam dan mengalami kerugian wang ringgit yang besar.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar melakukan semakan terlebih dahulu terhadap nombor akaun bank atau nombor telefon penjual bagi memastikan tiada laporan penipuan pernah dibuat terhadapnya.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Taktik Scam Baru, ‘Pancing’ Mangsa Dengan Hantar Hadiah Ke Rumah

Baca Artikel Berkaitan: Taktik Baru Scammer Melalui Aplikasi Jual Beli Online, Wanita Hilang Hampir RM800

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Dedah Bagaimana Scammer Berjaya Akses Data Peribadi Mangsa Dalam Telefon Bimbit

Semak Nombor Akaun Bank, Nombor Telefon & Nama Syarikat Scammer Di Laman Web PDRM

Menerusi perkongsian di Threads (@richardker), laman web yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan menyemak scammer telah dinaik taraf baru-baru ini.

Dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, carian boleh dibuat menerusi tiga kategori iaitu nombor akaun bank, nombor telefon dan nama syarikat.

Sekiranya terdapat sebarang laporan polis yang dilakukan tentang tiga maklumat itu mengenai skim penipuan, ia akan dipaparkan secara terus di dalam laman web tersebut.

Tambahnya lagi, PDRM juga menjalankan kerjasama dengan aplikasi Whoscall yang boleh membantu bagi mengenal pasti panggilan telefon yang mencurigakan.

Orang ramai boleh memuat naik aplikasi itu di peranti iOS atau Android dan berpeluang mendapatkan taraf Premium percuma selama satu tahun dengan menebus di laman web Whoscall menggunakan kod ‘PDRMLAWANSCAMS’.

Laman Web Senaraikan Top Ten Akaun Bank & Nombor Telefon Scammer

Di samping itu, laman web berkenaan turut menyenaraikan ‘top ten’ nombor akaun bank dan nombor telefon scammer yang dilaporkan bagi tempoh sebulan yang lalu.

Senarai ini disediakan berdasarkan jumlah laporan polis yang telah dibuat ke atas nombor akaun bank atau nombor telefon terbabit.

Berdasarkan maklumat dari Commercial Crime Intelligence System (CCIS) (Live) yang dipaparkan, sebanyak 279,961 akaun bank dan 221,290 nombor telefon scammer yang telah direkodkan.

Sumber: JSJK PDRM

Malah, laman web tersebut turut disediakan dalam empat bahasa utama di Malaysia yang merangkumi bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil, menjadikannya satu inisiatif yang inklusif.

Ia juga memaparkan beberapa pautan berita berkenaan sindiket penipuan dan kaedah scam yang orang ramai perlu tahu.

Kunjungi laman web terbabit [DI SINI].

View on Threads

Scam Juga Boleh Dilakukan Menerusi Penghantaran Pautan Di e-Mel

Selain penipuan menerusi pembayaran kepada akaun bank scammer, salah satu lagi kaedah yang dilaporkan adalah melalui pautan yang dihantar ke e-mel.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita sebelum ini, dia menerima e-mel kononnya dihantar oleh sebuah syarikat laman penstriman dalam talian yang mengatakan bahawa akaun miliknya akan digantung sekiranya tidak disahkan.

Menganggap perkara itu benar, dia telah mengisi segala maklumat yang diminta termasuklah nombor kad bank dan kod CVV, serta turut mengesahkan satu transaksi.

Dia kemudian menerima notifikasi bahawa terdapat cubaan untuk menolak lebih RM4,000 dari dalam akaun bank, namun tidak berjaya memandangkan baki tidak mencukupi.

Setelah menghubungi pihak bank, dia dimaklumkan bahawa sememangnya terdapat cubaan penipuan yang tidak berjaya.

Baca Artikel Berkaitan: Scam Kad Bank Menerusi E-Mel, Ini Cara Kenal Pasti E-Mel Betul Atau Palsu

Hubungi Talian 997 Dalam Tempoh 24 Jam Jika Anda Menjadi Mangsa Scam

Sekiranya anda telah menjadi mangsa scam, segera hubungi Talian Respon Scam Kebangsaan di talian 997

Untuk info, talian ini merupakan satu program di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Bank Negara Malaysia (BNM).

Seorang peguam yang dikenali sebagai Azri Abdullah sebelum ini berkata jika panggilan dilakukan dalam tempoh 24 jam setelah mengalami scam, pihak terbabit akan berusaha untuk mendapatkan balik wang yang hilang.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Tahu Apa Nak Buat Bila Kena Scam? Ini Nombor Yang Boleh Dihubungi Dalam Tempoh 24 Jam

Baca Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Wang Dipulangkan Semula Lepas Lakukan 20 Transaksi Bank Pada Scammer


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd