Now Reading
Foto Zara Qairina Dalam Poster Iklan Food Festival Raih Pelbagai Reaksi

Foto Zara Qairina Dalam Poster Iklan Food Festival Raih Pelbagai Reaksi

Difahamkan, food festival itu telah berlangsung pada 20-24 Ogos lalu di Dataran Arena Merdeka, Dungun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Insiden pemergian membabitkan pelajar Tingkatan 1 dari Sekolah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Zara Qairina Mahathir, masih lagi menjadi bualan ramai hingga ke hari ini (25 Ogos).

Ia bukan sahaja mendapat perhatian masyarakat tempatan tetapi juga rakyat dari negara jiran selepas peristiwa ini didakwa mempunyai kaitan dengan kes buli.

Oleh disebabkan itu, banyak pihak telah berhimpun beramai-ramai bagi mengetengahkan isu ini dan menularkan hashtag #JusticeforZara agar pihak berkuasa dapat menyiasat punca sebenar kematian murid perempuan terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: Tragedi Zara Qairina: KPM Arah Audit Keselamatan Di Semua Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: Kes Kematian Zara Qairina: Mustapha Sakmud Nafi Fitnah Kaitkan Isteri

Food Festival Papar Gambar Allahyarhamah Zara Qairina Dalam Poster Iklan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook apabila sebuah penganjur festival makanan (food festival) berkongsi poster bagi mengiklankan acara tersebut di platform media sosial.

Namun perkara yang mengundang perhatian adalah salah satu poster dipaparkan sekali bersama foto Allahyarhamah Zara berserta dengan hashtag #SuaraKamiTakAkanSenyap dan #BangkitDemiKebenaran.

Menurut paparan iklan, festival makanan tersebut telah berlangsung pada 20-24 Ogos lalu di Dataran Arena Merdeka, Dungun.

Himpunan Solidariti Buat Zara Dianjur Ketika Food Festival Berjalan

Menerusi semakan kami di laman Instagram, food festival terbabit turut berkongsi beberapa foto menyaksikan para pengunjung sedang melakukan himpunan solidariti buat adik Zara. Bukan sahaja melibatkan golongan dewasa malah kanak-kanak juga tidak terkecuali.

Dalam perkongsian sama, kelihatan orang ramai yang menyertai acara berkenaan turut menyediakan sepanduk dan banner tentang keadilan yang mahu ditegakkan untuk Zara Qairina.

Jelas seorang pengguna media sosial, himpunan itu dijalankan semasa food festival itu berlangsung.

Difahamkan himpunan solidariti itu akan berjalan sekali lagi di food festival seterusnya iaitu di G-Orange Mall, Kelantan pada 27 Ogos.

Sumber: Instagram

Orang Ramai Tak Setuju Foto Zara Dipapar Pada Poster Iklan

Perkongsian poster iklan berserta gambar arwah bagaimanapun telah tular dan mendapat pelbagai reaksi selepas ia dimuat naik semula di platform X (Twitter).

Rata-rata orang ramai mengecam pihak penganjur dengan mengatakan poster tersebut tidak menjaga sensitiviti insiden yang masih lagi disiasat hingga kini.

Ramai mendakwa himpunan dan paparan foto arwah itu adalah untuk mengaut keuntungan dan pengunjung untuk ke food festival berkenaan.

“Apa benda menunggang isu arwah untuk keuntungan bisnes sendiri. Tak ada common sense dah zaman sekarang, asalkan dapat untung,” dakwa seorang lelaki.

Seorang individu turut mempersoalkan sama ada pihak penganjur mendapat kebenaran keluarga ataupun tidak bagi paparan poster itu.

“Diorang yang tunggang kes ni ada minta kebenaran keluarga tak? Dah la guna gambar mangsa. Kebenaran ada ke tak tak tahu,” tanya pengguna X terbabit.

Sementara itu, segelintir netizen turut menasihati orang ramai agar dapat membezakan solidariti dan menggunakan sesuatu isu untuk kepentingan diri sendiri.

“Zaman aku dulu, kematian itu suci. Nak bercakap pun fikir 2-3 kali. Sebab mak bapak aku pesan, kematian itu bukan sehari. Zaman sekarang? Kematian itu ibarat Sarkas. ‘Pung pang pung pang’, tunggang selagi boleh dijual beli,” luah seorang individu.

Sumber: X (@bumilangit)

Kronologi Insiden Kematian Zara Qairina

Zara Qairina sebelum ini disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama pada 16 Julai.

Laporan awal siasatan menyatakan bahawa mangsa jatuh dari tingkat tiga asrama sekolah. Banyak pihak kemudiannya tidak berpuas hati dengan hasil siasatan ini, termasuklah ibu arwah yang menyedari terdapat lebam pada bahagian belakang badannya ketika memandikan jenazah.

Susulan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengarahkan agar jenazah Zara Qairina digali semula pada 9 Ogos bagi proses bedah siasat dan laporannya akan diterima dalam masa dua bulan akan datang.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Zara Qairina: Hasil Bedah Siasat 2 Bulan Terlalu Lama – Ketua UMNO Bahagian Subang

Sementara itu, lima remaja yang didakwa terlibat dalam insiden terbabit mengaku tidak bersalah pada 20 Ogos lalu di Mahkamah Kanak-Kanak, Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Allahyarhamah Zara Qairina.

Sehubungan itu, setiap tertuduh dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

@halillokman Giliran Bagan Serai Perak mengadakan solat hajat,doa,pidato,ceramah penerangan demi solidariti keadilan buat allahyarhamah adik Zara Qairina Mahathir #justiceforzara ♬ bunyi asal – H@lil Lokm@n

Baca Artikel Berkaitan: Kes Zara Qairina: Lima Tertuduh Tak Mengaku Salah, Dibenarkan Ikat Jamin RM5,000

Baca Artikel Berkaitan: Keluarga Zara Qairina Didakwa Bakal Saman Doktor Berhubung Kenyataan ‘Memang Terjun Sendiri’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd