“Sebab Ni Nak Kaya” – Sekumpulan Individu Sedekah Makan Buat Gelandangan Raih Pujian
Menerusi video tular, kelihatan lelaki dikenali sebagai Kitol bersama kumpulan rakannya itu sedang mengedarkan bantuan makanan buat golongan gelandangan sekitar ibu kota.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap manusia mempunyai jalan hidup tersendiri yang sudah tertulis Allah Yang Maha Esa. Ada yang hidup lengkap serba-serbi, namun ada juga bergelut dengan masalah kewangan sehinggakan sesetengah golongan masyarakat tidak mempunyai tempat berteduh.
Bukan sahaja tidak mempunyai tempat tinggal, malah gelandangan-gelandangan ini juga sukar mencari sesuap nasi pada setiap hari. Mungkin ada di antara mereka yang masih berupaya untuk mencari rezeki.
Bagaimanapun, ada sesetengah daripadanya yang tidak mampu kerana kecacatan fizikal selain mengharapkan bantuan daripada orang ramai.
Baca Artikel Berkaitan: “Serious Best Tak Tipu” – Ramai Terinspirasi Dengan Tindakan Sedekah Makan Buat Gelandangan
Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Yang Buang Je” – Peniaga Dipuji Sedekah Nasi Beriani Extra Buat Pengunjung Bazar Ramadan
Baca Artikel Berkaitan: Anggap Geng Rider Macam Anak Sendiri, Tindakan Wanita Beri Makanan ‘Free’ Bikin Ramai Tersentuh
Sekumpulan Rakan Kongsi Rezeki Bersama Gelandangan Di Ibu Kota
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@thekitol) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Kitol berkongsi aktiviti yang dilakukan bersama rakannya pada waktu malam sekitar kawasan ibu kota, Kuala Lumpur.
Menerusi video perkongsian, kelihatan lelaki tersebut bersama rakan lain sedang membeli pelbagai jenis makanan untuk diagihkan kepada golongan gelandangan yang berada di sana.
Makanan tersebut termasuklah bungkusan nasi lemak daun pisang, roti berkrim (bun), botol minuman dan juga snek ringan. Jelas pemilik video, ada rakan mereka yang memberikan duit lebih untuk membeli makanan-makanan tambahan bagi gelandangan berkenaan.
Selepas membeli barangan itu di kedai runcit, mereka kemudian bergerak mengelilingi ibu kota untuk mencari individu yang memerlukan.

Salah seorang daripada penerima makanan mengukirkan senyuman selepas mendapat bantuan itu, siap bertanya jika mereka ada snek Apolo berperisa pandan.
Walaupun hujan mula turun secara tiba-tiba, namun mereka semua tidak berputus asa dan tetap meneruskan misi bantuan tersebut.
Simpati Dengan Nasib Masyarakat Yang Tidak Ada Tempat Selesa Untuk Berteduh
Mereka dalam masa telah menyalurkan bantuan berkenaan kepada seorang makcik Orang Kurang Upaya (OKU) yang berkerusi roda. Jelas Kitol, wanita itu hanya tidur beralaskan penghadang jalan sahaja sebagai bantal.
Selain itu, mereka juga terserempak dengan seorang wanita yang duduk berseorangan di kawasan jejantas.
“Bersih je tempat akak ni. Lepas tu letak al-Quran dekat sebelah dia. Semoga akak dilindungi dan dirahmati selalu,” ujar Kitol.
Lebih membuatkan situasi itu sebak apabila wanita itu bertanya sama ada dia boleh mengambil satu roti berkrim extra untuk dijadikan juadah bersahur pada keesokan hari.

Menurut Kitol, tindakan memberi sedekah adalah inisiatif sendiri yang dijalankan olehnya bersama rakan lain dan bukannya di bawah mana-mana badan bukan kerajaan (NGO).
“Terima kasih orang baik! ☺️ Insya-Allah bulan depan kita buat lagi dan lagi,” kata Kitol di ruangan kapsyen.
@thekitol Terima kasih orang baik! ☺️ InsyaAllah next month kita buat lagi dan lagi #feed4homeless❤️ #spreadkindness #fyp ♬ suara asli – fredd
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Tersentuh Lihat Sikap Baik Hati Rakan-rakan Kongsi Rezeki
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai orang memuji sikap baik hati kumpulan rakan tersebut kerana mengeluarkan simpanan sendiri bagi melakukan aktiviti sedekah itu.
“Masya-Allah terima kasih orang baik. Menangis kita tengok macam ni,” kata seorang wanita.
Aksi Kitol bersama rakan juga telah membuatkan warganet terinspirasi, malah ada yang meluahkan hasrat untuk menyertai mereka dalam misi seterusnya.
“Saya follow abang sebab saya nak join sekali boleh? Insya-Allah niat kongsi rezeki supaya rezeki saya dan keluarga tak pernah putus,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, segelintir individu turut berasa insaf selepas melihat kehidupan susah yang perlu dilalui sesetengah masyarakat di luar sana.
“Walaupun kita tengah susah, tapi ada orang yang lagi susah. Aduh sedihnya. Bilalah masalah hutang aku nak selesai ni,” kata seorang pengguna TikTok.
“Kesian sangat dengan homeless ni sebab tu aku bantu aku daripada gelandangan sampai dia dapat kerja atas kapal. Tapi itulah nasib tak menyebelahi dia. Banyak je masalah dan halangan,” tambah seorang lagi individu.







Banyak Benda Anda Boleh Sedekah Selain Wang Tunai
Semoga perkongsian ini menjadi asbab orang ramai terbuka hati untuk sentiasa bersedekah. Selain membeli stok makanan, antara barangan lain yang boleh anda sedekahkan adalah baju terpakai di rumah.
Daripada dibazirkan begitu sahaja tanpa digunakan, baik anda dermakannya kepada mereka yang memerlukan. Pun begitu, pastikan dahulu pakaian itu berada dalam keadaan baik tanpa ada kesan koyak.
Memetik Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, konsep sedekah yang dianjurkan Rasulullah SAW adalah amat luas.
Bukan hanya terhenti pada harta benda dan wang ringgit semata-mata, tetapi ia melebar kepada sebarang bentuk kebaikan termasuklah doa.
Baca Artikel Berkaitan: Pasangan Bangsa Cina Dari Kelantan Edar Makanan Percuma Untuk Berbuka Puasa Di Masjid Raih Pujian Netizen
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Beri 550 Orang Makan Percuma Setiap Hari, Usahawan Tak Sanggup Lihat Penduduk Berlapar
Baca Artikel Berkaitan: 2 Kali Datang Kedai, Tindakan Peniaga Sedekah Ayam Goreng Untuk Anjing Jalanan Raih Pujian Netizen
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



