Now Reading
Pakar Kongsi Cara Bayar Hutang Dengan Formula ‘SNOWBALL’. Boleh Cuba Praktik!

Pakar Kongsi Cara Bayar Hutang Dengan Formula ‘SNOWBALL’. Boleh Cuba Praktik!

Pelatih Kewangan Islam, Khairul Azizah, berkongsi lapan langkah menerusi formula SNOWBALL bagi membantu seseorang membayar segala hutangnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kegagalan dalam mengurus kewangan boleh menyebabkan seseorang terjerumus ke dalam kancah hutang sehingga tidak mampu membuat bayaran balik.

Pada Oktober 2024, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mendedahkan 53,000 individu berusia 30 tahun ke bawah mempunyai hutang terkumpul berjumlah RM1.9 bilion.

Malah dengan sistem pembayaran ‘beli dulu, bayar kemudian’ (BNPL), lebih banyak individu yang semakin terbeban dengan hutang.

Sudah tentu kesemua hutang ini harus dilangsaikan bukan sahaja untuk mengelakkan daripada diisytihar bankrupt, tetapi juga sebagai kewajipan yang dituntut.

Baca Artikel Berkaitan: 53,000 Individu Bawah 30 Tahun Di Malaysia Miliki Hutang Terkumpul Sebanyak RM1.9 Bilion – AKPK

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rela Diisytihar Bankrupt Kerana Tidak Mahu Bayar Hutang, Boleh Ke?

Baca Artikel Berkaitan: Kos Kahwin Di Malaysia Antara Tertinggi Di ASEAN, Ada Yang Sampai Berhutang

Formula SNOWBALL Bantu Individu Dalam Proses Pembayaran Hutang

Untuk melangsaikan hutang terkumpul, seseorang perlu mempraktikkan kaedah yang betul di samping berdisiplin dalam setiap bayaran.

Seorang Pelatih Kewangan Islam, Khairul Azizah, menerusi hantaran di Threads telah berkongsi satu formula yang dapat membantu seseorang untuk melunaskan kesemua hutang terkumpul.

Formula digelar sebagai SNOWBALL itu mempunyai lapan langkah bagi membantu mereka yang tidak tahu dari mana untuk mula membayar hutang.

#1. S – Senaraikan Semua Hutang

Tanpa sedar, mungkin anda dah mengumpul beberapa hutang dari peminjam berbeza, contohnya PTPTN, kad kredit, kereta, rumah dan pinjaman peribadi.

Agar lebih jelas, senaraikan semua hutang yang ada ini supaya anda dapat tengok dengan siapa dan berapa hutang terkumpul.

Lebih elok jika buatkan senarai dalam bentuk spreadsheet yang boleh mengira secara automatik jumlah hutang yang tinggal selepas pembayaran dilakukan.

Sumber gambar: Pexels
#2. N – Nilai Kadar Faedah

Setiap hutang mempunyai nilai kadar faedah atau keuntungan (bagi pinjaman Islamik) tersendiri.

Perkara ini penting untuk melihat hutang mana yang mempunyai kadar paling tinggi dan boleh meningkatkan jumlah hutang jika tidak dilangsaikan dengan segera.

Sebagai contoh, kadar faedah kad kredit adalah yang paling tinggi dan akan semakin meningkat jika pembayaran tidak dibuat mengikut jadual ditetapkan.

#3. O – Organise (Susun) Ikut Jumlah Baki

Dalam senarai pinjaman yang anda hasilkan tadi, susun hutang ikut baki daripada yang paling kecil sehingga paling besar.

Seperti namanya, kaedah SNOWBALL memberi tumpuan agar menyelesaikan baki hutang yang sedikit dahulu untuk mencipta momentum.

Bila dah berjaya langsaikan walaupun satu hutang, mesti anda akan rasa lebih bermotivasi!

#4. W – Wajib Bayar Minima Semua Hutang

Kalau anda ada melakukan pinjaman lebih-lebih lagi bagi kad kredit, pasti dapat melihat jumlah bayaran minimum yang perlu dilakukan.

Menurut Khairul, bayaran minimum ini perlu dilunaskan agar sebarang hutang tidak dikenakan penalti.

Sebagai contoh, kad kredit masih akan mengenakan kadar faedah terhadap bayaran yang tidak mengikut jadual. Namun jika bayaran minimum juga tidak dilakukan, peminjam akan dikenakan denda dan perlu membayar lebih!

Sumber gambar: Pexels
#5. B – Bayar Lebih Pada Hutang Kecil

Menerusi kaedah SNOWBALL, anda perlu fokus untuk menyelesaikan hutang yang kecil terlebih dahulu.

Sebagai contoh jika terdapat hutang A (RM800), B (RM3,000) dan C (RM10,000), cuba langsaikan hutang A terlebih dahulu jika mempunyai lebihan tunai.

Dalam masa sama, pembayaran berjadual bagi hutang B dan C masih perlu dilakukan agar tidak dikenakan penalti.

#6. A – Automatikkan Bayaran

Kadangkala bukan sengaja, tetapi anda terlupa nak bayar hutang sebelum tarikh akhir. Tak pasal-pasal kena penalti pula!

Untuk mengelakkan perkara ini daripada terjadi, tetapkan pembayaran auto-debit jika boleh. Namun pastikan baki wang dalam bank mencukupi.

Langkah ini bukan sahaja dapat membantu mendisiplinkan pembayaran, tetapi mengelakkan anda daripada culas.

Sumber gambar: Pexels
#7. L – Lacak (Track) Perkembangan

Ingat tak senarai yang anda perlu hasilkan tadi? Gunakan senarai sama untuk track pembayaran yang telah dibuat dan baki hutang.

Kalau guna spreedsheet, anda boleh mengautomatikkan sahaja segala kiraan yang berkenaan.

“Setiap kali habis satu hutang, raikan! Boost semangat untuk teruskan,” kata Khairul.

#8. L – Latih Diri Elak Hutang Baharu

Dah terlalu banyak hutang? Selesaikan dahulu dan jangan tambah hutang lagi buat sementara waktu.

Elakkan penggunaan BNPL atau kad kredit selagi hutang yang ada belum dilangsaikan sepenuhnya.

Khairul juga mengingatkan orang ramai agar membelanja mengikut kemampuan dan bukannya berdasarkan nafsu.

“Kaedah SNOWBALL bantu urus hutang dengan momentum dan motivasi. Mulakan kecil, tapi bila dah jalan, salji pun jadi bola gergasi,” katanya.

Sumber gambar: Pexels
View on Threads

Belia Sanggup Berhutang Kerana Budaya FOMO & YOLO

Sebelum ini, Pakar Kewangan Pengguna Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, budaya FOMO (fear of missing out) dan YOLO (you only live once) menyebabkan golongan belia sanggup melakukan pinjaman peribadi walaupun tidak berkemampuan.

Perkara ini menyebabkan ramai yang sudah mula berhutang pada usia seawal 20 tahun.

“Terpaksa meminjam untuk beli pelbagai barangan keperluan adalah satu perkara amat serius kerana dalam pengurusan kewangan, kita tidak sepatutnya berbuat demikian untuk kelangsungan hidup.

“Contohnya terpaksa membuat pinjaman bank atau institusi kewangan lain untuk beli barangan keperluan harian, sewa rumah, bayar kereta,” katanya.

Dalam masa sama, Dekan Fakulti Ekologi Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM) Mohamad Fazli berkata, penting agar anak muda yang telah mengumpul banyak bermuhasabah diri dan melihat semula tujuan membuat pinjaman, sama ada untuk keperluan atau kehendak hidup.

Baca Artikel Berkaitan: Budaya FOMO & YOLO Punca Belia Terbeban Dengan Hutang – Pakar Kewangan

Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Hutang Benda Tak Perlu” – Wanita Kongsi Pandangan Bayaran Ansuran, Cetus Perdebatan Netizen

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mampu Selesaikan Hutang Lebih 1 Juta, Ariff Peter Kongsi Cara Doa Yang Diamalkan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd