“Sampai Tercabut!” – Aksi Lelaki Tak Letak Nozel Pam Sebelum Pandu Kereta Undang Perhatian Ramai
Pemandu kereta Vios itu bagaimanapun tidak terus memandu pergi, sebaliknya mengundurkan semula kenderaannya sebelum dibantu petugas stesen.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila mengisi minyak, kebanyakan orang mesti akan tunggu berhampiran pintu tangki sampai proses itu selesai kan?
Tak pun mungkin ada juga yang sempat berlari ke dalam kedai untuk membeli minuman atau barangan lain.
Namun kadangkala, ada sesetengah pengguna bersikap cuai dan terus memandu kereta tanpa mencabut nozel pam!
Baca Artikel Berkaitan: Unik! Pemilik Kafe Ubah Suai Kepala Paip Guna Nozel Pam Minyak Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tinggal Kereta Di Pam Minyak Untuk Beli Barang, Wanita Tegur Sikap Tak Bertimbang Rasa
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Pemandu Bawa Kereta Di Jalan Dengan Nozel Pam Minyak Lupa Dicabut Bikin Netizen Berdekah
Nozel Pam Lupa Dicabut Dari Pintu Tangki Sebelum Kereta Dipandu
Itulah yang disaksikan menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok (@kinkysharyo) baru-baru ini di satu stesen minyak Petronas.
Sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih telah bergerak sebelum nozel pam dicabut daripada pintu tangki minyak. Sampai tercabut hos pam daripada kiosknya!
Namun kereta itu tidak terus dipandu pergi, sebaliknya pemandu mengundurkan semula kenderaannya.
Tidak lama kemudian, kelihatan seorang petugas stesen petrol membantu mengeluarkan penyambung hos yang tercabut dari bawah kereta serta nozel pada pintu tangki.
Video itu telah meraih tontonan sebanyak 1.2 juta dengan lebih 32 ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
@kinkysharyo part 2
♬ original sound – Kinki Shayro Co
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Bingung Lelaki Boleh Lupa Cabut Nozel Pam Lepas Isi Minyak
Menjenguk ke ruangan komen, ramai yang berasa bingung bagaimana pemandu boleh terlupa mencabut nozel selepas mengisi minyak.
Ada yang mempersoalkan mengapa pemandu itu berada di dalam kereta semasa mengisi petrol.
Pun begitu, seorang individu berpendapat mungkin pemandu berkenaan menganggap nozel itu telah dikeluarkan oleh petugas di stesen.
“Lelaki aku pernah kena. Ralit bersih cermin depan sampai lupa nak cabut nozel,” kata seorang wanita.
Dalam pada itu, segelintir pengguna media sosial wanita sempat berasa lega setelah mengetahui yang pemandu itu merupakan seorang lelaki!
“Nasib baik lelaki. Kalau perempuan dah kena kutuk tujuh keturunan,” katanya.
Ada juga yang berkata bahawa hos tidaklah terputus, sebaliknya hanya tercabut dari sambungan dan boleh dipasang semula.








Pengguna Boleh Didenda Jika Sebabkan Nozel Pam Minyak Tercabut
Dalam masa sama, beberapa individu yang dipercayai pernah bertugas di stesen petrol menjelaskan denda akan dikenakan terhadap mereka yang melakukan kerosakan sedemikian.
Ada yang berkata bayaran sebanyak RM350 dikenakan pada tahun 2014, namun yang lain pula memaklumkan ia boleh mencecah sehingga RM800.
Seorang individu pula menerangkan jika hos pam tercabut dari kiosk, ia hanya boleh dibaiki oleh pekerja penyelenggaraan.
Pam petrol juga perlu ditutup apabila kejadian itu berlaku, sekaligus menyebabkan stesen sesak lebih-lebih lagi pada waktu puncak.
“Kena tunggu staf masuk shift 8 pagi. Kena tutup dulu pam. Kalau pukul 6, 7 pagi pelanggan tengah ramai nak isi minyak, punca sesak tau,” katanya.


Breakaway Coupling Buatkan Hos Tercabut Apabila Ditarik Kuat
Sebelum ini, pengguna TikTok @pakhajipetronas menerangkan apabila nozel tidak dikeluarkan dari tangki kereta yang telah dipandu, penyambung hos akan tercabut.
Katanya ini kerana terdapat mekanisme ‘breakaway coupling’, iaitu coupling kecemasan yang akan terputus apabila terdapat tekanan tinggi.
Ia bertujuan bagi mengelakkan kerosakan pada peralatan dan mengurangkan petrol yang tertumpah.
Tambahnya lagi, pam akan tertutup secara automatik sebaik sahaja sambungan itu terputus, mengelakkan minyak daripada terkeluar.
Dia menerangkan bahawa breakaway coupling yang telah terputus tadi perlu ditukar, namun harganya tidaklah sehingga mencecah RM1,000.
Dalam masa sama, dia mengingatkan hos yang tercabut boleh terkena pada kereta dan menyebabkan kerosakan.
Malah hos yang melantun juga boleh mengenai pelanggan lain yang berhampiran sekaligus mendatangkan bahaya kecederaan buat mereka.
@pakhajipetronas Betul ke kena bayar RM1000 kalau anda putuskan Nozel pum minyak? #pakhajipetronas #petronaspulaiperdana #petronas #fyp ♬ original sound – Kuih Raya Petronas – Pak Haji Petronas
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anda Suka Bau Petrol Ketika Isi Minyak? Doktor Ini Kongsi Kesan Buruknya
Baca Artikel Berkaitan: “Gembirakan Hati Orang” – Usahawan Dipuji Beri Minyak Petrol Percuma Buat Rider
Baca Artikel Berkaitan: Pernah Nampak Ruang Petak Kuning Di Stesen Minyak? Ini Fungsi Sebenarnya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.