Now Reading
Hakim ‘Paling Baik Di Dunia’, Frank Caprio Meninggal Dunia Disebabkan Kanser Pankreas

Hakim ‘Paling Baik Di Dunia’, Frank Caprio Meninggal Dunia Disebabkan Kanser Pankreas

Hakim dari Rhode Island, Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Frank Caprio sebelum ini sering menjadi perhatian ramai menerusi program Caught in Providence dalam setiap kes yang diadilinya dalam mahkamah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi pengikut program Caught in Providence di media sosial pasti mengenali hakim dari Amerika Syarikat, Frank Caprio yang sering menjadi perhatian dalam program berkenaan.

Bahkan dia juga mendapat jolokan ‘hakim paling baik di dunia’ sepanjang mengendalikan kes dalam program berkenaan.

Malah banyak video tular yang memaparkan sikap Caprio yang begitu berkeperimanusiaan, baik hati dan penuh empati dalam mengadili sesuatu kes.

Hakim paling di dunia meninggal kerana kanser

Terbaharu hakim dari Rhode Island itu dimaklumkan telah meninggal dunia semalam (21 Ogos) akibat menghidap kanser pankreas.

Caprio meninggal dunia pada usia 88 tahun dan ada berkongsi mengenai kanser yang dihadapinya pada Instagram.

“Dikasihi kerana belas kasihan, kerendahan hati dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi terhadap kebaikan orang. Hakim Caprio menyentuh kehidupan berjuta-juta orang melalui kerjanya di bilik mahkamah dan seterusnya.

“Kemesraan, jenaka dan kebaikan meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan kepada semua yang mengenalinya,” jelas kenyataan terbabit dalam Instagram, lapor NDTV.

Ucap terima kasih kepada pengikut yang mendoakannya sebelum meninggal dunia

Sehari sebelum hakim tersebut meninggal, dia juga ada memuat naik hantaran di Instagram dengan mengucapkan terima kasih atas doa serta sokongan yang diberikan.

“Hakim Caprio mengucapkan terima kasih kepada setiap orang untuk doa, kasih sayang, serta sokongan yang diberikan ketika dia berada di hospital. Kebaikan dan sokongan yang diberikan sangat bermakna buat dirinya.

“Dia dan keluarga sangat bersyukur. Tolong sentiasa mengingati dan doakannya pada hari ini,” katanya.

Terdapat satu lagi video meminta pengikutnya untuk sentiasa mendoakan dirinya sewaktu meneruskan perjuangan melawan kanser berkenaan.

“Ketika saya meneruskan perjuangan yang sukar ini, doa anda akan menaikkan semangat saya.

“Malangnya, saya mengalami ‘setback’ (kemunduran), dan saya kembali ke hospital. Saya minta anda sekali lagi, jika tidak terlalu banyak, awak boleh ingat saya dalam doa awak. Saya sangat percaya dengan kekuatan doa,” ujarnya dalam video itu.

Untuk makluman Caprio telah berkhidmat sebagai hakim perbandaran untuk beberapa dekad sebelum sesi mahkamahnya dibawa dalam program Caught in Providence yang disiarkan pada 2018 hingga 2020 sehingga tercalon untuk tiga anugerah ‘Daytime Emmy.’

Bukan hanya itu, rancangan terbabit turut menyerlahkan sisi Caprio sebagai seorang hakim yang mengutamakan keadilan, kebaikan dan sentiasa menghormati individu lain.

Namun pada 2023, hakim terkenal itu telah memaklumkan dirinya sudah didiagnos menghidap kanser pankreas dan sentiasa berkongsi mengenai rawatan yang dijalani serta cabaran yang dihadapi.

Gabenor Rhode Island, Dan McKee turut menggelar Caprio sebagai ‘permata sebenar Rhode Island’ dan mengarahkan bendera di negeri tersebut dikibarkan separuh tiang sebagai penghormatan kepadanya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd